Pesanan pada semua  

Posted by Rabeah Ab. Rahman in

TUNAIKAN 10 HAK.....

Pesanan Imam Syafie, sesiapa yang ingin meninggalkan dunia dengan selamat, hendaklah dia mengamalkan sepuluh perkara berikut:

1) Hak diri, iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan bercakap dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

2) Hak malaikat maut, iaitu mengqadakan kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan daripada orang yang dizalimi, membuat persediaan untuk mati dan rasa cinta kepada Allah swt.

3) Hak kubur, iaitu membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang air kecil merata-rata, memperbanyakkan solat tahajud dan membantu orang yang dizalimi.

4) Hak Munkar Nankir, iaitu tidak berdusta, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

5) Hak mizan, iaitu menahan marah, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesulitan.

6) Hak sirat, iaitu membuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

7) Hak Malik, iaitu banyak menangis kerana takutkan azab Allah swt, berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa, bersyukur dengan nikmat Allah swt dan bertaubat daripada maksiat.

8) Hak Ridhwan, iaitu reda dengan qada Allah swt, sabar terima bala, syukuri hikmat Allah swt dan bertaubat daripada maksiat.

9) Hak Rasulullah, iaitu berselawat ke atasnya, berpegang dengan syariat, bergantung dengan sunnah, menyayangi sahabat dan bersaing mencari kelebihan Allah swt.

10) Hak kepada Allah, iaitu mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia daripada kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci maksiat.

This entry was posted on Tuesday, August 25, 2009 at 11:57 PM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment

Antara kenangan disepanjang program Latihan Amali Dakwah Muslim

18 Ogos 2009-24 ogos 2009. Semoga perjalanan program yang telah dilaksanakan

membawa seribu satu pengertian. Selamat Menyambut Bulan Ramadhan