PENGISIAN LAD Muslim  

Posted by farihan in

• Mengadakan satu majlis ramah mesra bersama masyarakat orang asli Kampung Kuala Koyan dan Belau.
• Kunjungan satu sesi ziarah untuk melihat perkembangan masyarakat orang asli di situ setelah dijalankan Program Dakwah Masyarakat Non-Muslim pada sesi yang lalu.
• Menjemput Masyarakat Orang Asli Kampung Kuala Koyan dan Belau untuk meyertai Program yang akan dijalankan oleh Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam, Pengajian Dakwah dan Kepimpinan.
• Mengadakan program ceramah dan tayangan video kepada masyarakat orang asli Kampung Kuala Koyan dan Belau.


TARIKH : 18 JULAI 2009
TEMPAT : -Kampung Belau, Pahang
-Kampung Kuala Koyan, Pahang
-Felda Gugusan Tersang Raub, Pahang.

Matlamat dan Objektif LAD Muslim  

Posted by farihan in

Memberi latihan kepada mahasiswa Pengajian Dakwah dan Kepimpinan dalam menjadi pendakwah yang serba lengkap. Ia juga bermatlamat untuk melahirkan mahasiswa Islam yang hebat, berkepimpinan, berketrampilan dalam berdakwah serta merealisasikan falsafah universiti, wawasan, misi dan matlamat Universiti Kebangsaan Malaysia.


2.1 Memberi kefahaman yang jelas kepada mahasiswa/i tentang islam yang bersifat universal ini supaya dapat menjadikan islam sebagai cara hidup dan panduan kepada sasaran.

2.2 Memupuk dan melahirkan mahasiswa/i yang bertanggungjawab pada diri, agama, bangsa tanpa mengira fahaman dan warna kulit.

2.3 Memberi ruang kepada mahasiswa/i mengeratkan hubungan silaturrahim dikalangan Orang Asli disamping dapat memberi gambaran sebenar tentang Islam.

2.4 Membantu usaha dakwah Jabatan-jabatan Agama Islam.

Amalan Asyura  

Posted by Azlinda Mohd in


Soalan:

Ustaz.. Boleh tak terangkan berkenaan puasa asyura? Bila puasanya? Saya dengar 9 & 10 Muharram. Ada yang bagitau saya 11 pun sunnat puasa. Bagaimana yang terbaik? Apa lagi amalan baik di hari Asyura? Syukran.

Jawapan:
. Di bawah ini saya nyatakan beberapa hukum yang disebutkan oleh para Fuqaha’ berkaitan ‘Asyura‘.

1. Bilakah ‘Asyura‘?

* Pendapat pertama : Ibn Abbas Radhiyallahu ‘Anhuma berpendapat ‘Asyura‘ adalah pada 9 Muharram.
* Pendapat kedua : Jumhur Fuqaha‘ berpendapat ‘Asyura‘ adalah pada 10 Muharram.

2. Bila Sunnah Puasa?

* Sunnah berpuasa seluruh bulan Muharram. Ini kerana ia termasuk salah satu daripada bulan-bulan haram.
* Sunnah muakkadah (yang sangat dituntut) berpuasa pada 10 Muharram (hari ‘Asyura‘).
* Sunnah juga berpuasa pada 9 Muharram.
* Sunnah juga berpuasa pada 11 Muharram.
* Sunnah juga berpuasa 1-10 Muharram menurut sebahagian Fuqaha’.

3. Kelebihan berpuasa pada 10 Muharram?

* Diampunkan dosa setahun yang lalu (hadis sahih riwayat Imam Muslim).
* Pada hari tersebut Nabi Musa diselamatkan daripada Fir’aun. Maka puasa tersebut adalah sebagai tanda kesyukuran*. Ummat Islam lebih berhak berpuasa daripada Yahudi (yang juga berpuasa pada ‘Asyura‘) kerana aqidah yang sama dengan Nabi Musa.

* ia juga dalil bahawa Islam membenarkan sambutan diadakan untuk mensyukuri sesuatu perkara setiap tahun. Oleh kerana itu juga, maka sambutan maulid dibenarkan di dalam Islam sebagai tanda kesyukuran.

4. Mengapa pula puasa pada 9 Muharram?

* Hadis Nabi yang bermaksud: Jika aku hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa pada hari kesembilan. Namun baginda telah wafat pada tahun berikutnya. (
Riwayat Muslim dan Abu daud)
* Membezakan dengan amalan orang Yahudi.
* Ihtiyath (berhati-hati). Kemungkinan kiraan taqwim tersilap, kita tetap dapat berpuasa pada hari ‘Asyura‘.
* Termasuk bulan-bulan haram.
* Termasuk 10 hari pertama Muharram yang disunnahkan berpuasa oleh sebahagian Fuqaha‘.

5. Hikmah berpuasa pada hari 11 Muharram?

* Ihtiyath (berhati-hati). Kemungkinan kiraan taqwim tersilap, kita tetap dapat berpuasa pada hari ‘Asyura‘.
* Termasuk bulan-bulan haram.

6. Apakah amalan terbaik selain berpuasa pada hari ‘Asyura‘?

Meluaskan rezki (berbelanja makanan, minuman, menggembirakan kanak-kanak dan kaum keluarga).

7. Apakah kelebihannya?

Dilapangkan oleh Allah rezekinya selama setahun.*

* Hadis diriwayatkan oleh Imam Baihaqi dan Attabrani dengan pelbagai sanad. Imam Baihaqi menyebutkan, sanad-sanadnya dhoif, tetapi apabila dihimpunkan kesemuanya maka ia menjadi kuat.

8. Apakah yang dilakukan oleh para salafussoleh pada hari ‘Asyura‘?

Disebutkan di dalam nota kaki kitab Fathul ‘Allam oleh Syaikhuna Muhammad Alhajjar, menakalkan kitab Almadkhal oleh Ibnul Hajj, para salafussoleh tidak akan melalui musim-musim ini melainkan dengan banyaknya ibadah, sedekah, berbuat kebajikan dan meraih kelebihannya, bukanlah dengan makan dan minum, bahkan bersegera menambahkan sedekah dan berbuat baik.

9. Apakah contoh amal kebaikan yang digalakkan oleh para ulamak untuk dilakukan pada hari tersebut?

Apa jua amalan kebajikan baik dilakukan pada hari yang mulia tersebut. Antara yang diajarkan oleh para ulamak adalah bersiwak, bercelak, berwangi-wangi, mengusap kepala anak yatim, menziarahi orang soleh dan para ulamak.

11. Apa hukumnya merobek pakaian, meronta-ronta dan memukul badan seperti mana yang dilakukan oleh Syi’ah pada hari ‘Asyura‘ meratapi pemergian Sayidina Husin?

Hukumnya haram. Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan satu hadis daripada Sayyidina Ibn Mas`ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Bukanlah daripada kalangan kami orang yang memukul dada, mengoyak kain dan menyeru dengan seruan jahiliyyah (yakni meratap seperti ratapan kaum jahiliyyah).”

Wallahu A’lam

*Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre merupakan salah seorang moderator soal jawab agama iLuvislam.com. Artikel ini disunting dari blog beliau.

Program Anak Angkat, Terasa Dihargai...  

Posted by Ummu Sulaim in

Salah satu daripada Program Latihan Amali Dakwah (LAD) adalah Program anak angkat dimana pelajar-pelajar, mahasiswa/i Pengajian Dakwah dan Kepimpinan yang terdiri daripada pelajar tahun tiga bersama pelajar siswazah dibahagikan kepada keluarga angkat masing-masing mengikut perancangan yang telah disediakan oleh Seketeriat LAD MUSLIM pada sesi kali ini.

Daripada program ini, kita dapat mengenali hati budi masyarakat setempat dan mereka dapat mengenali budaya dan pemikiran mahasiswa/i Islam. Segala tingkah laku dan bantuan dan apa sahaja aktiviti yang dilakukan oleh mahasiswa/i akan diperhatikan oleh masyarakat Orang Asli kerana disitu kita percaya melalui metod "mauizatul Hasanah" kita akan dapat menarik minat mereka dalam mengenali Islam dengan lebih mendalam.

Kita telah fahami, bahawa sifat Masyarakat Orang Asli adalah pemalu dan sensitif, jadi bagaimana cara kita untuk mendekati mereka adalah dengan aktiviti sebegini seperti sukaneka dan sebagainya dan juga ziarah keluarga samaada secara kelompok atau individu (metod bil hal digunakan). Mereka lebih ramah rupanya bilamana mereka telah mengenali kita dan kadang-kadang perasaan terharu itu timbul dengan sendirinya dengan sifat dan sikap penerimaan Masyarakat Orang Asli terhadap masyarakat luar.

Oleh itu, peranan kita untuk menyusup dalam hati-hati mereka bagi menyatakan kebenaran Islam, kebenaran akidah yang kita pegang, akidah yang kita bawa adalah tinggi nilainya. Bersiap sedialah dengan persoalan-persoalan mereka dan tunjukkan mahasiswa Islam berilmu mampu untuk menghurai, memahamkan dan merungkai persoalan-persoalan yang ada dibenak mereka, Insya Allah. Ahlan wasahlan Masyarakat Orang Asli di Felda Tersang, Raub Pahang!!!Wallahua'lam.

SINAR CAHAYA AYAT KURSI  

Posted by aqma_caem in


Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah di sekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan rahmat padanya.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda:
'Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat...'

MaKiN RaMai MeLuPaKaN FadHiLaT AiDiLaDHa  

Posted by *sRiKaNDi* in

AIDILADHA yang dirayakan pada 10 Zulhijah adalah tanda pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail mentaati perintah Allah. Ia juga simbol perpaduan ummah apabila setiap tahun umat Islam berhimpun di Makkah untuk menunaikan ibadat haji. Sambutan hari raya ini oleh umat Islam di seluruh dunia mempunyai falsafahnya tersendiri. Hari raya adalah kurniaan Allah kepada orang Islam Ansar menggantikan amalan hari perayaan jahiliah sebelum kedatangan Islam di Madinah.

Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas dalam hadis yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah menggantikan untuk kamu yang lebih baik daripada keduanya iaitu Aidiladha dan Aidilfitri."

Ibn Taimiyah juga menyebut perayaan ini adalah suatu 'syariat' seperti ditegaskan dalam firman Allah yang bermaksud: "Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu syariat dan jalan agama atau ibadat (yang wajib diikuti oleh masing-masing)." (Surah Al Maidah, ayat 48).

Oleh itu, perayaan yang diraikan umat Islam bukan semata-mata aktiviti sosial tetapi adalah satu ibadat yang dituntut dalam agama.

Garis panduan merayakan Aidilfitri dan Aidiladha ada persamaan dan perbezaan. Jika pada Aidilfitri kita dilarang berpuasa pada hari raya pertama, pada sambutan Aidiladha dilarang berpuasa selama empat hari.

Bertakbir hanya sehari di Aidilfitri tetapi dituntut bertakbir selama empat hari berturut-turut di Aidiladha, disunatkan mengerjakan solat sunat hari raya, diwajibkan membayar zakat fitrah pada Aidilfitri tetapi disunatkan melakukan ibadat korban sebagai tanda ketakwaan dan keimanan terhadap Allah selepas solat sunat Aidiladha.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan." (Hadis riwayat At-Tirmizi).

Dapat difahami bahawa apa yang dituntut daripada ibadat korban ialah keredaan dan lapang dada kita untuk melakukan ibadat itu, bukan terpaksa, terikut-ikut atau untuk menunjuk-nunjuk. Apa yang akan sampai kepada Allah bukan daging, atau binatang korban tetapi ketakwaan yang mendorong kita melakukan ibadat korban.

Allah berfirman yang bermaksud: "Daging dan darah binatang korban itu tidak sekali-kali sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah ketakwaan kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang itu bagi kamu, supaya kamu mengagungkan Allah atas apa yang Dia beri petunjuk kepada kamu. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang yang melakukan kebaikan." (Surah Al-Haj, ayat 37).

Perayaan Aidiladha berlangsung selama empat hari dari 10 Zulhijah hingga 14 Zulhijah. Selama empat hari itu disunatkan berkorban dan daging korban akan diagih-agihkan kepada mereka yang miskin sebagai satu cara penyucian jiwa bagi mereka yang kaya.

Kita juga sewajarnya menziarahi sanak-saudara dan keluarga terdekat serta kenalan untuk menguatkan ikatan persaudaraan sempena menyambut Aidiladha. Kegembiraan meraikan hari raya amat digalakkan dalam mentauhidkan Allah.

Ibadat korban mencerminkan dua perkara. Pertama, ia adalah wasilah atau perantaraan bagi mengeratkan hubungan sesama anggota keluarga dan masyarakat. Kedua, ibadat korban mencerminkan sifat keihsanan yang sangat dianjurkan Islam.

Tetapi apa yang berlaku di tanah air kita ialah semakin ramai menjadi kurang prihatin dan memahami tujuan sebenar sambutan hari raya seperti yang disarankan agama. Pada pertengahan Ramadan sudah berkumandang lagu raya seolah-olah kita lupa sebenarnya ibadat berpuasa menuntut pengorbanan nafsu yang tinggi.

Media elektronik berlumba-lumba meraih penonton dengan menghidangkan pelbagai rancangan hiburan, hinggakan semakin ramai terpaku di hadapan televisyen dan amalan untuk menziarahi sanak saudara serta sahabat handai makin dilupakan.

Cuti umum Aidiladha pula dianggap seperti hari cuti biasa, diisikan dengan tidur atau membasuh kereta. Mungkin ramai beranggapan Aidiladha khusus bagi mereka yang sedang menunaikan haji di Makkah menyebabkan ramai yang tidak berapa mengambil peduli untuk meraikan Aidiladha.

Sudah sampai masanya kita kembali kepada al-Quran dan as-Sunnah untuk menyambut hari raya supaya pengisian yang dilakukan mendapat keredaan Allah. Wang untuk membeli pakaian baru adalah lebih baik digunakan untuk melaksanakan ibadat korban.

Kemungkinan kita boleh meraikan Aidiladha tahun ini dengan mengorbankan seekor lembu yang dikongsi bersama ahli keluarga, kemudian daging korban diberikan kepada orang miskin atau komuniti orang asli supaya dapat merasai nikmat keimanan serta penghayatan Aidiladha.

Firman Allah yang bermaksud: "Ceritakanlah kepada mereka kisah kedua-dua putera Adam (Habil dan Qabil) menurut yang sebenarnya ketika mereka mempersembahkan korban maka diterima daripada salah seorang daripada mereka berdua (Habil) dan tidak diterima dari yang lain (Qabil). Ia berkata (Qabil): Aku pasti membunuhmu! Berkata Habil: Sesungguhnya Allah hanya menerima korban daripada orang yang bertakwa." (Surah al-Maidah, ayat 27).

Umat Islam mesti mengagungkan dan membesarkan hari perayaan agama mengikut konsep yang sebenarnya. Kita perlu mengetahui tujuan sebenar atau cerita di sebalik sambutan hari raya supaya mendapat rahmat daripada Allah.

MALAM KESENIAN LAD MUSLIM  

Posted by rozie in

Dalam melakukan aktiviti seperti ceramah, sukan dan sukaneka, gotong-royong dan sebagainya kesenian juga tidak dilupakan. Semasa program ini berlangsung, terdapat juga aktiviti malam kesenian yang mana melibatkan anak angkat iaitu mahasiswa/i dengan penduduk felda.

Antara aktiviti yang akan dilakukan pada malam tersebut ialah:

1) Dari orang kampung Felda ialah busana muslim dan muslimah, nasyid lelaki dan perempuan, berzanji dan marhaban serta dikir timuran Islam.

2) Dari mahasiswa/i pula ialah nasyid qasidah bagi perempuan dan nasyid serta dikir bagi lelaki.

3) Manakala dari Orang Asli pula ialah persembahan sewang dari Orang Asli Belau dan Kuala Koyan.

Semoga malam kesenian ini berjalan dengan jaya dan lancarnya. Semua mahasiswa/i memainkan peranan yang pentig pada malam itu.Begitu juga dengan penduduk Felda dan Masyarakat Orang Asli.

AKTIVITI SUKAN DI FELDA TERSANG  

Posted by rozie in

Pelbagai aktiviti telah dirangka untuk dijayakan dalam LAD Muslim kali ini. Antaranya sukan seperti bola sepak, bola jaring, bola tampar dan tarik tali. Perlawanan permainan ini akan dilakukan di padang sekolah-sekolah yang terdapat disana ( Felda Tersang ). Perlawanan ini dapat menguji stamina pemain-pemain dan dapat mengeratkan silaturrahim sesama penduduk Felda dan mahasiswa/i.

Manakala acara sukaneka yang akan dipertandingkan pada hari yang sama ialah:

1) Bowling kelapa. Acara ini menggunakan buah kelapa dan juga botol air yang kosong.Caranya ialah botol-botol tersebut disusun seperti pin bowling, pemain akan meleretkan buah kelapa kearah botol-botol tersebut.Pemenang akan dikira berdasarkan berapa banyak botol yang jatuh.

2) Anyam ketupat. Sukaneka ini akan dimainkan oleh golongan wanita. Mereka akan membuat ketupat menggunakan reben yang berlainan warna. Pemenang akan dikira berdasarkan kreativiti masing-masing dalam menyediakan ketupat.

3) Kupas bawang. Golongan wanita juga yang akan melakukan acara ini. Mereka akan diberi masa 5 minit untuk mengupas bawang yang telah disediakan.Pemenang dikira berdasarkan jumlah dan kekemasan.

4)Lari 3 kaki. Acara ini akan dimainkan oleh golongan lelaki.Caranya berpasangan, kaki pasangan tersebut akan diikat supaya menjadi 3. Mereka akan berlari ke hujung garisan.Pemenangnya ialah siapa yang mendahului

5) Tiup gula-gula dalam tepung.Permainan ini biasa dilakukan oleh kanak-kanak.Mereka akan meniup tepung untuk mendapatkan gula-gula.Kumpulan yang menang ialah kumpulan yang banyak mengumpul gula-gula.

6) Bawa bola pingpong dengan sudu, isi air dalam botol dan masukkan getah guna straw. Permainan ini semua melibatkan kumpulan yang terbahagi kepada 2. Setiap bahagian akan berlari ke bahagian lain untuk bertukar orang sehingga kepada orang yang terakhir. Pemenang akan dikira apabila setiap kumpulan habis membuat pertukaran. Siapa cepat kumpulan tersebut menang.

Ini adalah sebahagian acara sukaneka yang akan dipertandingkan. Semua orang boleh melibatkan diri sama ada keluarga angkat, anak angkat, dan penduduk Felda. semoga acara-acara yang akan dipertandingkan ini akan berjalan dengan lancar dan jauh daripada masalah.

DISEBALIK ANGKA 7  

Posted by Hawa' in

Angka atau nombor kadang-kadang mempunyai rahsia yang tersendiri. Ada orang yang kadang-kadang menjadikan nombor sebagai igauan hidupnya. Bangun pagi ingat nombor. Tidur pun, kalau dapat, mimpi pun biarlah mimpi nombor. Boleh ke kedai nombor. Orang sebegini kita namakan sebagai orang gila nombor. Dalam Islam nombor tidak mempunyai apa-apa kepentingan sama sahaja nombor 1 hingga nombor berapa pun.

Walau bagaimanapun, antara nombor-nombor yang banyak itu, yang sering kali disebutkan Tuhan dalam al-Quran ialah angka ganjil. Antara nombor ganjil yang diulang sebut oleh Tuhan ialah angka 7. Misalnya, Tuahan ciptakan bumi dan langit sebanyak 7 lapisan. Tuhan takdirkan siang dan malam berganti-ganti dalam tujuh hari. Tuhan menciptakan syurga dan neraka sebanyak 7 tingkatan.

Demikian juga dalam amalan ibadah kita, 7 juga diulang-ulang, Misalannya, ketika kita mengerjakan haji, maka kita bertawaf sebanyak 7 pusingan. Bersai sebanyk 7 kali. Melontar di 3 jamrah iaitu di Jamrah al-Aqabah, Ula dan Wusta sebanyk 7 biji batu setiap lontaran.

Demikian juga ada yang menyebutkan kalimah syahadah juga terdiri daripa da 7 kalimah. Apabila dilihat pula pada sembahyang, maka seseorang itu dikira sah sembahyangnya hanya selepas dia meletakkan 7 anggota badan iaitu, dahi, dua tapak tangan, dua litut dan dua kakinya yang ditegakkan anak-anak jari. Pendek kata angka 7 ialah angka yang dipilih oleh Tuhan dan disebutkan dalam al-Quran seta diamalkan dalam beberapa ibadah Islam.

Hanya Tuhan yang maha mengetahui rasia angka 7 itu. Hikmat dan rahsianya kita pulangkan kepadanya. Apabila kita cuba mengupas hikmat ini maka bolehlah kita sebutkan 7 itu memenuhi kehidupan sejagat. Apabila Tuhan sebutkan 7 hari maka wajar kita penuhi 7 hari itu dengan amalan syurga, bukan 7 hari dipenuhi dengan amalan neraka. Apabila kita sujud dengan tidak mencukupi 7 anggota badan seolah-olah kita tidak sujud kepada Tuhan dengan penuh rasa kehambaan.

Ketika kita bertawaf mengelilingi Kaabah sebanyak 7 kali. Kita melontar di Jamrah, bermakna kita melontar hasutan syaitan yang menggoda kita setiap ahri. Seolah-olah lontaran pertama kita merejam syaitan pada hari pertama. Demikian lontaran kedua dan seterusnya.

Demikian apabila kita cuba menyingkap rahsia angka yang Tuhan sebutkan dalam al-Quran. Apa pun hakikatnya Tuhan sahaja yang menetahui. Sebagai orang beriman, kita menerima semua yang tuhan sebutkan dalam al-Quran sebagai rahsia yang Tuhan sahaja maha mengetahui. Apa pun, menjadi sudah tanggungjawab kita tidak mempercayai nombor-nombor tertentu sebagai nombor hakikat dan sebagainya. Apatah lagi kita gunakan nombor-nombor tersebut bagi melakukan maksiat kepada Tuhan. Semoga Tuhan merahmati kita dan menjauhkan kita daripada bala bencana di dunia dan akhirat.

Keindahan Dunia Suatu Kepalsuan  

Posted by Hawa' in

Untuk peringatan pada diri yang sering alpa dengan keindahan dunia yang hanya palsu belaka. Sedarlah bahawa bumi sentiasa berkata-kata dengan manusia namun masih ramai lagi manusia yang lalai dan leka.


Berkata Anas Bin Malik r. a;

Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara.

1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.

2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku.
3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.

4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku.

5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku.

6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku

7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku.

8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.

9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.

10. Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku.

Amalan-amalan Sunat Pada Bulan Sya'ban  

Posted by Rabeah Ab. Rahman in

Keistimewaan bulan ini ialah seluruh amalan manusia diangkat untuk dihadapkan kepada Allah SWT, sewajarnyalah sepanjang bulan ini diisikan dengan amal ibadah dan kebajikan. Antara amalan yang digalakkan pada bulan Sya‘ban adalah:
1. Memperbanyak Puasa Sunat
Nabi SAW lebih gemar berpuasa sunat dalam bulan Sya‘ban berbanding dengan bulan-bulan yang lain.

2. Bertaubat dan Beristiqhfar
Bertaubat dan beristigfar boleh mensucikan jiwa dari dosa, kerana sebagai manusia kita sudah pasti tidak akan terlepas dari melakukan dosa. Walau bagaimanapun sebenar-benar taubat itu ialah taubat nasuha.
Taubat nasuha akan berjaya dilakukan apabila kita menepati syarat-syaratnya, contohnya jika dosa itu antara manusia dengan Tuhan:
a) Dia hendaklah meninggalkan dosa atau maksiat itu.
b) Dia hendaklah benar-benar menyesali dan merasa sedih dengan perbuatan maksiatnya itu.
c) Dia berjanji dan berazam untuk tidak akan mengulangi dan melakukannya.
Manakala jika dosa itu berkaitan dengan hak orang lain, hendaklah memohon maaf daripada orang berkenaan.

3. Memperbanyak Zikir dan Berdoa
Zikir ialah ucapan yang dilakukan dengan lidah atau mengingati Allah dengan hati, dengan ucapan atau ingatan yang membesar dan mengagungkan Allah.
Ini bersesuaian dengan janji Allah SWT bahawa orang-orang yang beriman itu tenang hati mereka dengan zikrullah. Ini kerana berzikir (mengingati Allah) itu mententeramkan hati manusia. Antara keistimewaan amalan zikir itu pula ialah:
i. Zikir boleh dilaksanakan bila-bila masa. Ia juga boleh dilaksanakan dalam keadaan duduk, berdiri dan baring.

ii. Boleh dilaksanakan walaupun dalam keadaan berhadas sama ada hadas kecil mahu pun hadas besar.
Begitu juga dengan ibadat doa. Doa boleh dilakukan tanpa mengira tempat dan masa. Doa ialah memohon sesuatu hajat atau perlindungan daripada Allah SWT dengan cara merendahkan diri kepada-Nya.

Selain daripada itu banyak lagi amal kebajikan yang boleh dilaksanakan di bulan Sya‘ban ini sebagai persiapan menyambut kedatangan Ramadhan seperti memperbanyakkan selawat atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, bersembahyang sunat terutama di waktu malam, banyak bersedekah dan sebagainya. Maka rebutlah peluang dan kelebihan yang ada di bulan Sya‘ban ini untuk mempertingkatkan keimanan dan ketaqwaan kita. Rasulullah SAW pernah ditanya, mengapa Baginda melebihkan berpuasa sunat di bulan Sya‘ban berbanding bulan-bulan yang lain? Baginda bersabda yang bermaksud:

“Bulan itu (Sya‘ban) yang berada di antara Rejab dan Ramadhan adalah bulan yang dilupakan manusia dan ia adalah bulan yang diangkat padanya amal ibadah kepada Tuhan Seru Sekalian Alam, maka aku suka supaya amal ibadah ku di angkat ketika aku berpuasa”.(HR an-Nasaie)

Malam Nisfu Sya‘ban
Kelebihan Malam Nisfu Sya‘ban itu telah disebutkan di dalam hadis sahih daripada Mu‘az bin Jabal r.a Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :
“Allah menjenguk datang kepada semua makhluk-Nya di Malam Nisfu Sya‘ban, maka diampunkan dosa sekalian makhlu-kNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.” (H.R Ibnu Majah, at-Thabaroni dan Ibnu Hibban)
Pada malam Nisfu Sya‘ban juga, adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa. Menyedut pendapat Imam asy-Syafi‘e dalam kitabnya al-Umm telah berkata: “Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: pada malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya ‘Aidil fitri, malam pertama di bulan Rejab dan malam nisfu Sya‘ban.”
Kita boleh Menghidupkan Malam Nisfu Sya‘ban dengan memperbanyakkan beribadat seperti sembahyang sunat dan berdoa, berzikir dan membaca al-Quran..
* Amalan yang berterusan ini akan membuatkan kita lebih bersedia untuk beramal serta meyambut kedatangan Ramadhan dengan hati yang bersih dan jiwa suci, natijahnya mengundang ke arah kecemerlangan hidup.
Sabda Nabi SAW maksudnya: “ Lakukanlah amalan setakat yang kamu terdaya. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu semua jemu. Sembahyang yang paling disukai oleh Nabi SAW iaitu yang dilakukan secara berterusan walaupun sedikit apabila baginda sembahyang. Apa jua sembahyang ia akan lakukan secara berterusan” (HR Bukhari)

Memiliki Ilmu Teknologi Suatu Tuntutan Agama Masa Kini  

Posted by syifak in

Pada masa kini, kita telah menyaksikan suatu revolusi di mana pelbagai maklumat ICT. kemunculan blog merupakan suatu media baru mengatasi peranan emel, sistem pesanan ringkas(SMS), telefon dan sebagainya. Kemunculan blog pada hari ini cukup berpengaruh di sudut pandangan masyarakat pada hari ini. Perubahan senario politik negara masa kini dikatakan mendapat kesan langsung dari ICT tersebut. Namun, sebagai seorang muslim, kemudahan teknologi ini saharusnya membantu untuk mendekatkan diri kepada Allah, bukan sebaliknya. ICT adalah hasil daya usaha manusia menggunakan kepintaran akal yang dikurniakan oleh Allah. Menerusi penemuan ICT, sewajarnya manusia besyukur serta lebih beriman dan bertaqwa kepada Allah s.w.t. Justeru, dalam mengharungi dunia teknologi tanpa mengira bidang apa sekalipun perlu dikuasai oleh setiap umat Islam. Menjadi suatu tuntutan fardhu kifayah kepada semua umat Islam untuk mempelajarinya. Golongan muda khususnya seharusnya mendalami ilmu teknologi ini supaya hikmah yang pernah tercicir dapat dimiliki semula oleh yang selayaknya. Nabi Muhammad s.a.w berpesan bahawa hikmah adalah milik mukmin yang tercicir di mana jika kamu menemuinya hendaklah mengambilnya. Semoga iman dan taqwa kita semakin bertambah sewaktu menggunakan teknologi .

KELEBIHAN BULAN SYABAAN  

Posted by farihan in

* Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Sya’aban dan akhir khamis daripada Sya’aban, dimasukan dia ke dalam syurga. (dari kitab Al-Barakah).

* Berkata Siti Aisyah r.a., bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w. ialah bulan Sya’aban.

* Sabda Nabi s.a.w.: Sya’aban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Sya’aban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmini rohani).

* Sabda Nabi s.a.w.: Bahawa puasa Syaba’an kerana membesarkan Ramadhan. Siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya’aban, kemudian dia bersalawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa maka di ampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatikan rezki baginya, antara lain sabdanya lagi: Bahawa Allah Ta’ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat.

* Bulan Sya’aban, keagungan malamnya dengan Nisfu Sya’aban seperti keagungan Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Sya’aban telah datang Jibril kepada Rasulullah s.a.w lalu katanya: Angkat kepalamu ke langit, itulah malam yang Allah padanya tiga ratus rahmat dan diampunkan Allah sekelian orang yang menyegutukan (syirik) denganNya sesuatu, kecuali: tukang nujum, kekal dalam zina, kekal minum arak, derhaka terhadap ibubapa.

* Allah menilik kepada hambaNya pada malam Nisfu Sya’aban maka diampunkan dosa segala makhlukNya melainkan orang syirik dan orang yang tidak bertutur dengan saudaranya.

* Apabila pada malam Nisfu Sya’aban maka berjagalah kamu pada malamnya bersembahyang, beribadat dan puasa kamu pada siangnya. Allah berfirman yang bermaksud: Adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah orang ditimpa bala Aku afiatkannya. Adakah orang yang meminta rezki maka Aku rezkikannya, demikianlah pertanyaan lainNya sehingga keluar fajar subuh.
Tersebut dalam kitab Al-Barakah: Bahawa jin, burung, binatang-binatang buas, ikan dilaut berpuasa mereka pada hari Nisfu Sya’aban.

* Tersebut di dalam Kitab Iqna’ : Bahawa Jibril bersungguh-sungguh pada malam Nisfu Sya’aban menunaikan segala hajat. Maka datanglah Jibril kepada Rasulullah s.a.w. kali keduanya katanya: Ya Muhammad! gembirakanlah kamu bahawa Allah Ta’ala telah mengampunkan segala umatmu orang yang tidak mengsekutukanNya sesuatu, angkatkan kepalamu, lalu Rasulullah mengangkatkan kepalanya, tiba-tiba terbuka segala pintu syurga.

* Bahawa malam Nisfu Sya’aban adalah hariraya Malikat, begitu juga pada malam Lailatul Qadar mereka tidak tidur, dipenuhi dengan amal dan ibadat sepanjang malamnya. Dan bagi anak-anak Adam berhariraya pada siang hari dengan berpuasa dan ibadat, kerana mereka tidur pada malamnya.

Barang siapa membaca pada bualan Sya’aban, ayat dibawah ini. Allah hapuskan daripadanya dosa seribu tahun dan keluarkan dari kuburnya mukanya seperti bulan purnama yang bermaksud:

Allah tidak akan mengampunkan dosa pada malam Nisfu Sya’aban enam orang:
1. Orang yang kekal minum arak.
2. Orang yang durhaka dua ibubapanya.
3. Orang yang kekal dalam zina.
4. Orang yang banyak berkelahi.
5. Orang yang melakukan perjualan dengan sumpah yang dusta.
6. Orang yang memperlagakan orang supaya berkelahi.

* Pada malam Nisfu Sya’aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turunkan kelangit dunia lalu berfirman yang bermaksud: Adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintaanya, adakah orang yang meminta, maka Aku perkenankan permintaanya, adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah orang bertaubat maka aku Taubatkannya dan diampunkan bagi sekelian orang mukmin lelaki dan perempuan melainkin orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.

* Sabda Nabi s.a.w.: Hai Aisyah! adakah engkau izinkan aku sembahyang pada malam ini? Jawab Aisyah: Ya, aku izinkan, lalu Nabi pun bersembahyanglah sepanjang malam Nisfu Sya’aban itu, beliau telah diambil ruhnya (mati), lalu aku tutupkannya dengan kain, Daku letakankan tanganku di atas dua tapak kakinya. Maka gembira aku kerana beliau masih bernafas lagi dan aku dengar beliau membaca di dalam sujudnya yang bermaksud:

"AKU BERLINDUNG DENGAN KEMAAFAN ENGKAU DARI SIKSA ENGKAU DAN AKU BERLIDUNG DENGAN KEREDAAN ENGKAU DARIPADA KEHINAAN ENGKAU DAN AKU BERLINDUNG DENGAN ENGKAU DARIPADA KEJAHATAN YANG DATANG DARIPADA ENGKAU, AKU TIDAK TERHINGGA MEMUJI ENGAKU SEPERTIMANA ENGAKU MEMUJI DARI ENGKAU".

Nabi menyuruh Aisyah mengamalkan doa ini dalam sujud:
* Sesiapa sembahyang pada malam Nisfu Sya’aban daripada umat Muhammad s.a.w. terlebih afdal daripadanya ibadatnya 400 tahun. Demikian Allah memberi tahu kepada Nabi `Isa a.s, lalu Nabi `Isa a.s. pun berdoa kepada Tuhan: Mudah-mudahan aku daripada umat Muhammad s.a.w.

* Telah disebut empat malam istimewa tentang beribadat (berbuat amal kebajikan) iaitu malam Nisfu Sya’aban, malam Raya Fitrah yang pertama dan malam Arafah. Disembunyikan malam Lailatul Qadar kerana bahawasanya malam rahmat dan mereka daripada api neraka, supaya sapanjang malam Ramadhan atau sepanjang sepuluh yang akhir daripada Ramadhan umat Muhammad berlumba-lumba dalam ibadat dengan berjaga malamnya. Demikian pula saat mustajab doa pada hari Jumaat.

Antara kenangan disepanjang program Latihan Amali Dakwah Muslim

18 Ogos 2009-24 ogos 2009. Semoga perjalanan program yang telah dilaksanakan

membawa seribu satu pengertian. Selamat Menyambut Bulan Ramadhan