HIKMAH MALAM AL-QADAR DIRAHSIAKAN
Allah Taala telah merahsiakan Malam Al-Qadar ini, dan Rasulullah SAW telah menjelaskan bahawa waktu yang dijangka akan berlakunya Malam Al-Qadar adalan antara 10 malam terakhir dari bulan Ramadhan. Hikmah daripada perahsiaan Malam Al-Qadar ialah agar orang-orang yang beriman bersungguh-sungguh dalam beribadat sepanjang malan bulan Ramadhan adan agar mereka sentiasa meneliti dan menanti akan kehadirannya pada setiap malam. Hikmah penyembunyian Malam Al-Qadar ini adalah serupa seperti penyembunyian waktu yang mustajab untuk berdoa pada hari Jumaat.
TANDA-TANDA MALAM AL-QADAR
Antara tanda-tanda yang utama yang telah disebut dan ditetapkan di dalam kitab-kitab sunnah nabawiyah ialah :
- ianya berada pada setiap malam bulan Ramadhan dan juga pada sepuluh malam terakhir dalam bulan Ramadhan, lebih-lebih lagi pada malam ganjil.
- pada malam itu banyak malaikat yang turun ke bumi dalam bilangan yang tidak terkira.
- suasana pada malam itu tenang,tidak panas dan tidak sejuk.
- pada paginya pula, matahari kan kelihatan kurang menyinarkan cahayanya,ia terbit tetapi kurang menyinar.
- air laut tiba-tiba menjadi beku.
- tiada seekor anjing pun yang menyalak pada malam itu.
- keldai-keldai pun tidak bersuara.
- pokok-pokok kelihatan menundukkan dahannya ke bumi.
- terdapat cahaya yang kelihatan berkilau pada tempat-tempat yang biasanya gelap.
- Sufian As-Sauri telah berkata :"doa pada malam Al-Qadar lebih aku sukai daripada memperbanyakkan solat"
- Al-Hafiz bin Rejab pula berkata :"yang dimaksudkan banyaknya doa lebih baik dari solat yang kurang padanya doa, sebaliknya sekiranya solat disertakan dengan banyaknya doa itu adalah lebih baik. Sesungguhnya Rasulullah SAW bersolat, membaca al-Quran dan berdoa maka terhimpun diantara solat, bacaan al-Quran, doa dan tafakur pada satu waktu maka sesiapa yang melakukannya adalah lebih baik dan lebih sempurna"