KELEBIHAN RAMADHAN  

Posted by Rabeah Ab. Rahman in

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh Imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi.

PERSIAPAN MENJELANG RAMADHAN  

Posted by Azlinda Mohd in

Persiapan Yang Perlu Dari Segi Rohani Dan Jasmani....

1) Mengulangi kembali pelajaran-pelajaran yang berkaitan dengan puasa agar kita memasuki dan menjalani ibadah puasa dengan pengetahuan dan yang diperbaharui dengan pedoman-pedoman yang baik serta pengalaman-pengalaman yang baru dan sempurna. Pelajaran-pelajaran samada yang berhubung dengan rukun, syarat sah, sebab-sebab yang membatalkan puasa, perkara-perkara sunat, makruh, adab berpuasa, dan hikmah-hikmahnya.

2) Membuat persiapan dari segi rohani iaitu merasai ketenangan jiwa dalam menghadapi bulan puasa sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah dan para sahabat baginda.

3) Membanyakkan doa semoga Allah memberikan kesihatan, tenaga, kelapangan, dan kesempatan mengerjakan puasa dan mudah-mudahan Allah memberikan taufiq dan hidayah-Nya supaya dapat menunaikan puasa dengan hati yang jujur, tulus ikhlas, dan dijauhi daripada sifat riya', ujub dan segala rupa penyakit yang menghilangkan pahala puasa.

4) Menguatkan semangat untuk melaksanakan latihan yang akan dijalani sepanjang bulan Ramadhan agar memperoleh kesan peningkatan ketakwaan kita.

Datanglah Ramadhan....  

Posted by Azlinda Mohd in

Ramadhan kembali akan menyapa kita, masih ada waktu untuk kita memperbaiki diri. Mudah-mudahan saat kealpaan dan dosa-dosa kita selama ini diampunkan dengan kehadiran bulan maghfirah ini. Betapa banyak keberkatan dan kebaikan yang terdapat di dalam bulan Ramadhan. Maka kita wajib memanfaatkan kesempatan ini untuk bertaubat kepada Allah dengan sebenar-benarnya dan beramal soleh, semoga kita termasuk orang-orang yang beruntung dan diterima amalannya.

Tidak dinafikan bahawa ada sebahagian orang mungkin berpuasa tetapi tidak solat atau hanya solat pada bulan Ramadhan sahaja. Orang seperti ini puasanya tidak bernilai sedikit pun kerana solat adalah sendi agama yang ia tidak dapat ditegakkan melainkan dengannya. Rasulullah bersabda,maksudnya : Jibril datang kepadaku dan berkata "Wahai Muhammad, siapa yang menemui bulan Ramadhan, namun setelah bulan itu habis dan ia tidak mendapat keampunan, maka jika ia mati ia akan masuk neraka".

Maka sewajarnya setiap detik yang berlalu pada bulan Ramadhan digunakan untuk melakukan amal kebaikan seperti solat, sedekah, membaca al-Quran, zikir, doa, dan istighfar. Ramadhan adalah kesempatan untuk kita menanam rasa kehambaan pada Allah dan membersihkan hati dari kerosakan. Justeru kita wajib menjaga anggota badan daripada melakukan dosa seperti mengumpat, berdusta atau melihat perkara yang haram, mendengar yang haram, meminum dan memakan makanan yang haram agar puasa kita menjadi bersih dan diterima olehNya.

Setiap orang yang mengaku beriman dengan kebesaran Allah pasti akan bergembira dengan ketibaan bulan Ramadhan kerana seperti yang dikatakan bahawa bulan Ramadhan adalah satu-satunya bulan yang penuh dengan rahmat dan keberkatan yang tidak terdapat di dalam bulan-bulan yang lain. Hanya orang yang mengenali kelebihan Ramadhan sahaja yang akan bersedia apabila menjelangnya bulan yang mulia ini. Hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim menyebut :" apabila masuk bulan Ramadhan maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka serta diikat semua iblis dan syaitan".

Bulan puasa merupakan bulan latihan berjihad memerangi hawa nafsu dan bulan bercucuk tanam untuk bekalan di akhirat, bulan membersihkan dan menyucikan diri dari dosa dan noda serta menghiasi diri dengan budi pekerti yang tinggi dan luhur.

Oleh itu hendaklah kita menyediakan diri kita dalam melaksanakan hak puasa dengan perkataan-perkataan yang baik dengan sepenuh hati, jujur, dan ikhlas semata-mata kerana Allah.

RENUNGAN BERSAMA  

Posted by yusra yusoff in

SEDEKAH.....

Utk renungan bersama. Sebarang ayat Allah (alQuran) atau zikir bila dibaca dgn khusu' & tawadu' dan disedekah oleh anak kepada ibu bapa... insyaAllah Allah panjangkan sedekah itu kepada mereka terutama yg sedang sakit atau sudah meninggal.

Saya ada pengalaman utk di share iaitu pada 1997 sebelum arwah ibu saya meninggal sebab kanser. Saya adik beradik rush ziarahi emak di hospital bila dapat khabar beliau sakit tenat hari tu.

Sebelum saya sampai, kakak bagitau emak tak bermaya dan lesu sebab tak lalu makan. Alhamdullillah bila kami sampai beliau sudah boleh bercakap dan agak cergas sikit. Kami minta emak makan supaya dapat tenaga. Anehnya emak kata dia sudah kenyang, baru lepas makan makanan yg sedap walau pun makanan di depannya tak disentuh pun.

Emak bagi tau yg saya sediakan atau bagi makan utknya. Saya hairan walhal saya baru sampai. Baru saya teringat sepanjang perjalanan saya sedekahkan alfatihah, ayat kursi dan seberapa banyak ayat QulhuAllah dengan tartil dan bersungguh-sungguh. Alhamdulillah saya bersyukur kepada Allah kerana DIA terima sedekah saya.

Lagi satu sewaktu saya terlantar sakit di hospital. Saya tak berasa lapar sepanjang hari walau tak lalu jamah makanan. Saya bagi tau wife. Dia kata dia sedekahkan alfatihah seberapa banyak pada hari tu. Saya yakin.

Moral of the story - sedekah yg dibuat dengan ikhlas, tawadu' dan bersungguh-sungguh insyaAllah Allah sampaikan kepada mereka yg kita sedekahkan. Yakin dengan fadhilat ayat-ayat Allah.

Wallahu 'alam

Buku  

Posted by Prof Madya. Dr. Badlihisham in










Dinamisme Gerakan Islam dan Cabaran Semasa

KEISTIMEWAAN 10 MUHARAM  

Posted by *sRiKaNDi* in

Keistimewaan 10 Muharam diterangankan dalam hadis ra Abu Hurairah, bahwa Allah SWT. telah mewajibkan Bani Israil berpuasa sehari dalam satu tahun, yakni pada hari Asyura. Oleh sebab itu Nabi Muhammad saw menganjurkan umatnya dan melapangkan keluarganya pada hari itu. Karena orang yang melapangkan keluarganya pada hari itu akan dilapangkan oleh Allah kehidupannya sepanjang tahun. nabi juga bersabda, "Hari Asyura adalah hari puasa bagi orang Quraisy di zaman jahiliyah, dan Rasulullah saw mempuasakannya. Ketika tiba di Madinah, beliau mempuasakanya dan menyuruh orang banyak mempuasakannya." (H.R. Aisyah). dengan demikian berpuasa pada hari Asyura, hukumnya sunnah.

10 Muharram dianggap hari besar Islam karena pada hari ini banyak terjadi peristiwa penting, dan hari kemenangan para pejuang penegak kebenaran. Pada hari itu terjadi :

  • Allah SWT menjadikan 'Arasy.
  • Allah SWT menjadikan Malaikat Jibril as
  • Allah SWT menjadikan Lauh Mahfuzh
  • Hari Pertama Allah SWT menciptakan Alam
  • Hari Pertama Allah SWT menurunkan rahmat
  • Hari Pertama Allah SWT menurunkan hujan dari langit
  • Nabi Adam as. bertoubat kepada Allah SWT, dan tobatnya diterima sehingga ia bersih dari dosa
  • Nabi Idris as diangkat oleh Allah SWT ketempat yang lebih tinggi
  • Nabi Nuh as diselamatkan oleh Allah SWT ketika banjir merendam umatnya yang zalim
  • Nabi Ibrahim as diselamatkan oleh Allah SWT dari pembakaran Raja Namrud
  • Allah SWT menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa as.
  • Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara Mesir, setelah meringkuk beberapa tahun akibat fitnah Siti Zulaiha.
  • Nabi Ya'qub as disembuhkan oleh Allah SWT dari penyakit yang dideritanya.
  • Nabi Yunus as dikeluarkan dari perut ikan paus, setelah berada didalamnya selama 40 hari 40 malam
  • Allah SWT mengijinkan Nabi Musa as membelah laut merah untuk menyelamatkan diri dari kejaran Fir'aun dan bala tentaranya
  • Kesalahan Nabi Daud as diampuni oleh Allah SWT
  • Nabi Sulaiman as dikaruniai Allah SWT kerajaan besar.

BULAN ZULHIJJAH  

Posted by *sRiKaNDi* in

Dari sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a, Rasullullah s.a.w telah menerangkan tentang fadhilat di bulan Zulhijjah iaitu :

  • Tanggal 1 Zulhijjah kesalahan Nabi Adam as telah diampunkan Allah. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu dosanya akan diampunkan oleh Allah
  • Tanggal 2 Zulhijjah doa nabi Yunus as diperkenankan Allah. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu seperti berpuasa setahun dan dicatitkan baginya seperti tidak pernah melakukan maksiat.
  • Tanggal 3 Zulhijjah doa nabi Zakaria telah diperkenankan oleh Allah. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu doanya juga akan diperkenankan oleh Allah
  • Tanggal 4 Zulhijjah Nabi Isa dilahirkan. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan terhindar dari kefakiran dan kemelaratan.
  • Tanggal 5 Zulhijjah Nabi Musa as dilahirkan. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan terlepas ia dari sifat munafik dan siksa kubur
  • Tanggal 6 Zulhijjah allah telah membukakan pintu-pintu kebajikan kepada nabi-nabiNya. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan dipandang oleh Allah dengan pandangan rahmat
  • Tanggal 7 Zulhijjah pintu neraka Jahannam akan dikunci. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan dibukakan 30 pintu kemudahan dan dikunci 30 pintu kesulitannya
  • Tanggal 8 Zulhijjah Nabi Ibrahim telah mendapat perintah supaya menyembelih anaknya Ismail. Seharian ia berfikir sama ada perintah itu daripada Allah atau dari Syaitan.Hari itu dinamakan hari Tarwiyah (hari berfikir). Sesiapa yang berpuasa hari tersebut akan diberikan pahala yang banyak oleh Allah.
  • Tanggal 9 Zulhijjah Allah telah memberitahu kepada Nabi Ibrahim bahawa mimpinya itu adalah benar dari Allah, bukan dari syaitan. Oleh itu, hari tersebut telah dikenali sebagai 'Arafah' (Hari Ketahui). Sunat bersedekah kepada fakir miskin. Sesiapa yang bersedekah pada hari tersebut akan dibangkitkan oleh Allah pada hari kiamat nanti dalam keadaan aman dan sentosa.
  • Amalan sunat pada 10 Zulhijjah seperti :
    a) Mandi sunat Aidil Adha pada pagi harinya.
    b) Sunat tidak menjamah makanan atau minuman sehinggalah selesai menunaikan solat Adha
    c) Keluar menuju ke masjid dengan satu jalan dan bila pulang menggunakan jalan yang lain
    d) Lebih afdal dengan berjalan kaki ke masjid
    e) Mengumandangkan takbir, tahmid dan tahlil bermula malam 10 Zulhijjah hinggalah terbenam matahari pada tanggal 13 Zulhijjah (Takbir Muqayyad)
  • Sunat membaca doa akhir tahun pada tanggal 29 atau 30 Zulhijjah selepas solat Asar dan membaca doa awal tahun selepas solat Magrib pada malam pertama awal Muharram.

BULAN RAMADHAN  

Posted by *sRiKaNDi* in

Ramadhan adalah bulan umat Muhammad saw. Bersabda baginda yang bermaksud " Apabila tiba bulan Ramadhan maka akan dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan pintu-pintu neraka lalu diikatkan semua syaitan."

Sabda baginda dalam hadis yang lain, " Jika umat manusia itu mengetahui kelebihan yang terdapat di dalam bulan ramadhan nescaya umatku akan menginginkan supaya dijadikan sepanjang tahun itu Ramadhan"

  • Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah sebanyak 1000 kali ganda.
  • Setiap amalan sunat akan diberikan ganjaran pahala amalan fardhu.
  • Ramadhan dibahagikan kepada tiga bahagian istimewa bagi mereka yang berpuasa iaitu bahagian pertamanya dipenuhi dengan rahmat Allah, bahagian kedua dipenuhi dengan keampunan dari Allah dan bahagian ketiga pembebasan dari api neraka.
  • Dituntut supaya mengerjakan solat sunat tarawikh, witir dan solat sunat yang lain.
  • Banyakkan berdoa, berzikirz selawat, membaca Al Quran, bertaubat dan lain-lain
  • Banyakkan bersedekah kepada fakir miskin dan membantu mereka yang berada di dalam kesusahan dan ditimpa kemalangan.
  • Memberi makan kepada mereka yang hendak berbuka puasa.
  • Menggandakan amalan sunat terutamanya pada 10 malam yang terakhir Ramadhan bagi mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam Lailatul Qadar seperti beriktikaf di masjid, qiamullail dan sebagainya

BULAN SYAABAN  

Posted by *sRiKaNDi* in

Syaaban adalah bulan Rasulullah saw. Bersabda yang maksudnya " Dinamakan dengan syaaban (berserak-serak) itu adalah kerana di dalamnya terdapat banyak kebajikan yang berserak-serak.

  • Setiap amalam kebajikan akan digandakan oleh Allah dengan 700 kali ganda
  • Allah akan menurunkan rahmatNya serta memberikan pengampunan umum kepada hambanya.
  • Sesiapa yang berpuasa 3 hari di awal, pertengahan dan di akhirnya maka Allah akan menuliskan baginya pahala 70 orang nabi, pahala beribadat selama 70 tahun.
  • Kelebihan malam nisfu Syaaban pula ialah sesiapa yang mendirikan solat sunat sunat dan menghidupkan malam itu dengan banyak berdoa, berzikir, berselawat, bertasbih, membaca al Quran dan sebagainya maka Allah akan membukakan untuknya 300 pintu rahmat disamping doanya tidak akan ditolak.
  • Orang-orang yang tidak diampunkan oleh Allah pada malam nisfu syaaban ialah mereka yang menyekutukan Allah dengan sesuatu, tukang sihir, tukang nujum, mereka yang suka bermusuhan, peminum arak, penzina, pemakan riba, derhaka terhadap kedua ibu bapa, pembuat fitnah dan mereka yang memutuskan tali silaturrahim.

Latihan Amali dakwah ( LAD )  

Posted by rozie in

Latihan Amali Dakwah kepada Muslim merupakan sebahagian daripada kerja kursus subjek PM3012 Metodologi Dakwah Kepada Muslim yang wajib diikuti oleh pelajar Tahun 3 Jabatan Dakwah Dan Kepimpinan.Latihan ini sesuai dengan aspirasi jabatan untuk melahirkan siswazah yang matang dalam menghayati nilai-nilai Islam serta dapat memberikan sumbangan rohani dan jasmani kepada pembangunan masyarakat dan negara. Kerjasama institusi luar khususnya dalam bentuk sokongan kewangan amatlah diperlukan bagi menjayakan latihan ini. Pihak yang berminat boleh juga memberikan kerjasama dalam bentuk moral atau menjalankan aktiviti dakwah bersama pelajar yang terlibat dalam latihan. Mereka juga boleh memanfaatkan tenaga para pendakwah khususnya di kalangan pelajar jabatan bagi menjayakan aktiviti yang sesuai dengan objektif latihan amali.

Aktiviti semasa LAD  

Posted by rozie in

Pelajar tahun 3 Jabatan Dakwah Dan Kepimpinan akan mengadakan Latihan Amali Dakwah Muslim yang akan berlangsung pada bulan Ogos ini 14 hingga 20 bertempat di Felda Tersang Raub Pahang.Latihan Amali Dakwah atau lebih dikenali LAD ini mirip kepada program anak angkat.Semasa menjalani LAD pelbagai aktiviti akan dilaksanakan oleh pelajar. Antaranya sukan dan sukaneka.Aktiviti sukan merupakan satu cara untuk menyihatkan badan, kerana minda yang cergas adalah daripada tubuh badan yang sihat.

Sukan dan sukaneka akan dilaksanakan dalam masa 1 hari. Antaranya sukan yang akan dipertandingkan ialah bola sepak, bola jaring dan tark tali. Perlawanan ini akan melibatkan penduduk Felda Tersang dengan pelajar-pelajar.Manakala acara untuk sukaneka pula antaranya
bowling kelapa, anyam ketupat reben,kupas bawang,rebut gula-gula,isi air dalam botol dan lain-lain lagi , yang mana acara ini akan dijayakan oleh kanak-kanak dan golongan dewasa . Pelajar atau anak angkat tidak terkecuali dalam memainkan acara sukaneka ini.

Antara matlamat yang ingin dicapai semasa aktiviti sukan ini ialah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dan ukhuwah antara pelajar dengan masyarakat Felda. Selain itu untuk mencungkil bakat dan kemahiran pelajar dan masyarakat Felda dalam sesuatu permainan.

KELEBIHAN BULAN REJAB  

Posted by *sRiKaNDi* in

Bulan-bulan hijrah datang dan pergi tanpa disedari. Hanya Ramadan dan Syawal sahaja yang kebanyakkan kita sedar akan kedatangannya. Berikut adalah himpunan kelebihan-kelebihan bulan Rejab yang boleh dimanafaatkan oleh umat Islam dengan memperbanyakkan ibadah.

1. Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.

2. Sabda Nabi s.a.w.: Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadan bulan umatku.

3. Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Syaaban dengan malam NISFUnya dan Ramadan dengan LAILATUL QADARnya.

4. Malam awal Rejab mustajab do'anya. ( Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

5. Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

6. Puasa 3 hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

7. Puasa 4 hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dandaripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajaldi hari kiamat.

8. Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur. Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercaya muka.

9. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.

10. Puasa 8 hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

11. Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH, maka tidak ditolak dia dari memasuki syurga.

12. Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titian Sirotalmustaqim di hari kiamat.

13. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

14. Puasa 19 hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.

15. Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu.

16. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Quran atas segala Qalam.

17. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

18. Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti.

19. Sesiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.

20. Setiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali. Bulan Rejab bulan Allah.

21. Bersedekah pada bulan Rejab, dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah.

22. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad. Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka!

23. Barangsiapa meminta ampun (beristighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

24. Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya: Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggianKu dan kebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu di bawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antara kau'.(dari kitab Raudatul Ifkar)

25. Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus. Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun. Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.

REJAB bulan menabur benih. SYAABAN bulan menyiram tanaman. RAMADAN bulan menuai.REJAB menyucikan badannya. SYAABAN menyucikan hatinya. RAMADAN menyucikan rohnyaREJAB bulan taubat. SYAABAN bulan muhibbah. RAMADAN dilimpahi pahala amalan.

Beramallah menurut kemampuan masing-masing, jika tidak dapat melaksanakannya janganlah ditinggalkan semuanya.

Tentang diriku  

Posted by Prof Madya. Dr. Badlihisham in

Nama
: Badlihisham Mohd Nasir
Talipon
: 03-89215528 (p)
bmn@pkrisc.cc.ukm.my
Pekerjaan
: Pensyarah


Latarbelakang Pendidikan/ Kelulusan Akademik

Kolej Islam Kelang Selangor, 1983-1984 (Sijil Pelajaran Malaysia)

Kolej Islam Kelang Selangor, 1985-1986 (Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia)

Universiti Kebangsaan Malaysia, 1987-1991 (B.A. Hons. Dakwah dan Kepimpinan Islam, FPI, UKM, 1991)

Universiti Birmingham United Kingdom, 1993-1994, (M.A. Dakwah dan Hubungan Christian-Muslim, 1994)

Universiti Birmingham United Kingdom, 1995-1998, (Ph.D. Dakwah dan Gerakan Islam, 1998)

Biasiswa/Anugerah
: Dermasiswa Perguruan Persekutuan 1987-1991

Skim Latihan Akademik Bumiputera UKM 1993-1998

Kursus Induksi Bil. 6/2000 Kumpulan Profesional – Lulus Dengan Cemerlang

Anugerah Fakulti Bagi Penerbitan Kategori Buku Suntingan 2002

Anugerah Fakulti Bagi Penilaian SSB 2000.

Anugerah Perkhidmatan Terpuji UKM Bagi Penilaian SSB 2001

Anugerah Perkhidmatan Fakulti Bagi Penilaian SSM 2003.

Anugerah Anjakan Gaji SSM 2005.

Tempat Kedua Anugerah Buku Fakulti Pengajian Islam 2005.

Anugerah Perkhidmatan Fakulti 2004 FPI.

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang UKM Bagi Penilaian SSB 2006

Anugerah Anjakan Gaji SSM 2007.

Anugerah Penceramah Terbaik Institut Latihan dan Dakwah Selangor (ILDAS) 2007

Anugerah Penceramah Terbaik Institut Latihan dan Dakwah Selangor (ILDAS) 2008.


Kerjaya/Jawatan
:
Guru Sandaran Tidak Terlatih, Sekolah Rendah Kebangsaan Felda Kota Gelanggi 3 Jerantut Pahang, Januari-Ogos 1987

Guru Sandaran Tidak Terlatih, Sekolah Menengah Vokasional Ampangan Seremban Negeri Sembilan, Jun-November 1991

Tutor Jabatan Dakwah dan Kepimpinan Islam, FPI, UKM - 1 Disember 1991 - Nov. 1998.

Pensyarah
Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam. UKM - 01 September 1998 – Feb 2005.

Pensyarah Kanan
Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam. UKM - 02 Februari 2005 Jun - 2006.

Profesor Madya
Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam. UKM – Jun 2006 - kini.

Keanggotaan Akademik
Ahli, British Society for Middle Eastern Studies (BRISMES)

Ahli Persatuan Kakitangan Akademik UKM (PKUKM)

Lain-lain  

Posted by Prof Madya. Dr. Badlihisham in

1. Supervision
Supervised 72 titles of B.A, and 26 titles of M.A. and Ph.D
2. Paper Presented
Presented 130 Papers National and International Seminars
3. Course and Workshops Attended
Attended 60 courses and workshops
4. Talks, Sermons and Public Lecture
Served 157 Talks, Sermons and Public Lectures
5. Administrative Post
Involved in 60 Administrative Posts at University and National Level

Edited Book  

Posted by Prof Madya. Dr. Badlihisham in

1. Badlihisham Mohd Nasir dan Che Yusof Che Mamat. 1993. Pimpinan Dakwah. Bangi: Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan.FPI, UKM. 78 m/s.
2. Badlihisham Mohd Nasir, Ahmad Redzuwan Mohd Yunus dan Burhanundin Abdullah. Dakwah Gerakan Islam. Bangi: Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, FPI, UKM. 250 m/s.
3. Badlihisham Mohd Nasir dan Ahmad Rezuwan Mohd Yunus. 2003. Isu-isu Kemasyarakatan Islam, FPI, UKM. 168 m/s.
4. Badlihisham Mohd Nasir, Ahmad Redzuwan Mohd Yunus, Abdul Ghafar Don dan Othman Talib. 2007. Dakwah dan Pembangunan Belia, JPDK dan YADIM. 300 m/s.

Chapters in Books  

Posted by Prof Madya. Dr. Badlihisham in

1. Badlihisham Mohd Nasir, 1993. Dakwah dan Sistem Nilai Masyarakat, dalam Badlihisham Mohd Nasir dan Che Yusof Che Mamat (edit.) Pimpinan Dakwah. Bangi, Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, FPI, UKM. m/s. 27-37.
2. Badlihisham Mohd Nasir. 1999. Dakwah dan Senario Politik Umat Islam dalam Zulkiple Abd. Ghani dan Ahmad Redzuwan Mohd Yunus (edit.) Kepimpinan Dakwah dan Politik Islam. Bangi: Jabatan Pengajian Dakwah. m/s. 128-142.
3. Badlihisham Mohd Nasir. 1998. Pembangunan Islam di Malaysia: Sorotan Ringkas Terhadap Gerakan Islam, dalam Abdul Ghaffar Don dan Shamsul Bahri Andi Galigo (edit.), Dakwah Menjana Masyarakat Madani. Bangi: Jabatan Pengajian Dakwah. m/s. 39-51.
4. Badlihisham Mohd Nasir. 1999. Dakwah dan Politik dalam ABIM : Suatu Tinjauan Dari Sudut Perlembagaan dalam Zulkiple Abd. Ghani dan Ahmad Redzuwan Mohd Yunus (edit.) Kepimpinan Dakwah dan Politik Islam. Bangi: Jabatan Pengajian Dakwah. m/s. 143-155.
5. Badlihisham Mohd Nasir. Dakwah Dalam Gerakan Islam : Sorotan Terhadap PAS, ABIM dan JIM dalam Badlihisham Mohd Nasir dan Ahmad Redzuwan Mohd Yunus dan Burhanundin Abdullah (edit.). 2000. Dakwah Gerakan Islam. Bangi: Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan. m/s. 9-22.
6. Badlihisham Mohd Nasir. 2003. Geografi Alam Islam: Satu Pengenalan dalam Badlihisham Mohd Nasir, Ahmad Redzuwan Mohd Yunus (edit.) Isu-isu Kemasyarakatan Islam, Fakulti Pengajian Islam, UKM. m/s. 127-141.
7. Badlihisham Mohd Nasir dan Ideris Endot. 2003. Peranan Gerakan Dakwah Dalam Sistem Ekonomi Islam (al-Rahn) di Malaysia dalam Zulkiple Abd. Ghani, Anuar Puteh dan H.A. Yaakob Matondang (edit.) Jaringan Dakwah Malaysia Indonesia, Jabatan Dakwah UKM dan UMSU Medan. m/s. 198-220.
8. Badlihisham Mohd Nasir. 2003. Perlaksanaan Islam Dalam Perspektif Masyarakat: Satu Perspektif Dakwah, dalam Zulkiple Abd. Ghani, Anuar Puteh dan H.A. Yaakob Matondang (edit.) Dakwah Dalam Perspektif Sosio-Budaya Malaysia Indonesia, Jabatan Dakwah UKM dan UMSU Medan. m/s. 81-98.
9. Badlihisham Mohd Nasir dan Abdur Razak Ali. 2004. Riwayat Hidup, Pemikiran dan Perjuangan Pak Natsir, dalam Mohd Fauzi Hamat, Mohd Fakhruddin Mukti dan Che Zarrina Sha’ri, (edit.) Pemikiran Islam dan Cabaran Semasa, Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam Universiti Malaya. m/s. 295-318.
10. Badlihisham Mohd Nasir. 2005. Politik Islam dan Demokrasi Dalam Pembinaan Tamadun Ummah, dalam Siti Rugayah Hj. Tibek dan Salasiah Zakaria, (edit.) Dakwah dan Pembangunan Masyarakat, Fakulti Pengajian Islam UKM. m/s. 12-38.
11. Badlihisham Mohd Nasir. 2005. Pembangunan Tamadun Masyarakat Orang Asli (PETAMA) : Satu Pengenalan dalam Siti Rugayah Hj. Tibek dan Salasiah Zakaria, (edit.) Dakwah dan Pembangunan Masyarakat, Fakulti Pengajian Islam UKM, m/s. 39-51.
12. Badlihisham Mohd Nasir. 2006. Pemahaman Hadis dan Sirah Dalam Penubuhan Model Negara Islam Masa Kini dalam Haziyah Hussin (edit.) et. al. Kelangsungan Pengajian Hadis Cabaran dan Masa Depan, Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), m/s. 281-298.
13. Badlihisham Mohd Nasir dan Ibrahim Che Noh. 2007. Agama Asas Perpaduan: Tinjauan Terhadap Perspektif Gerakan Islam Malaysia dalam Muda @ Ismail Ab. Rahman (edit.) et. al. Agama dan Pembangunan Dalam Perspektif Sosio-Budaya, (t.t.): Yayasan Islam Terengganu, m/s. 11-37.
14. Badlihisham Mohd Nasir dan Malina Nordin. 2007. Penggunaan Metadon dalam Rawatan Penagihan Dadah dalam Dakwah dan Pembangunan Belia, JPDK dan YADIM. m/s. 34.

Translated Books  

Posted by Prof Madya. Dr. Badlihisham in

1. Badlihisham Mohd Nasir, Mashitah Ismail and Abd. Wahab Latiff, 2004. Da’wah dan Keunggulan Para Da’i, (Shah Alam: Karisma Publications).
2. Badlihisham Mohd Nasir, Ketokohan danPemikiran Dakwah Sheikh Abdul Aziz Ben Baaz, 2007. Shah Alam Karisma Publication Sdn. Bhd.
3. Ismail Faruqi (ter. Zulkiple Ab. Ghani et. al.), Islam dan Kepercayaan Lain. 2008. Kuala Lumpur. Institut Terjemahan Negara.

Buku  

Posted by Prof Madya. Dr. Badlihisham in

1. Badlihisham Mohd Nasir, Da’wah and the Malaysian Islamic Movements, 2003. Semenyih: Synergymate Sdn. Bhd.
2. Badlihisham Mohd Nasir, Dinamisme Gerakan Islam dan Cabaran Semasa, 2008. Shah Alam Karisma Publication Sdn. Bhd.
3. Badlihisham Mohd Nasir dan Rogayah Tibek, Gerakan Dakwah Masyarakat Berjiran dengan Orang Asli, Bangi: Fakulti Pengajian Islam, 2008.
4. Badlihisham Mohd Nasir et. al. Pelancongan dan Komitmen Agama Masyarakat Muslim Pulau Perhentian, Bangi: Fakulti Pengajian Islam, 2008.

Jurnal  

Posted by Prof Madya. Dr. Badlihisham in

Journals

1) Badlihisham Mohd Nasir.January-March 1999. “Islamic Movements in Malaysia: A Change and Challenge in the Post Islamic Resurgence Period” Hamdard Islamicus (Jurnal Antarabangsa-Hamdard Pakistan). vol.xxii, no.1. m/s. 27-36.
2) Badlihisham Mohd Nasir. Jun 1999. “Infiltrasi Sebagai Metod Dakwah : Pengalaman Belia Islam Malaysia (ABIM)" al-Maw’izah (Jurnal Kebangsaan-Fakulti Pengajian Islam), UKM, Bangi, Jilid. 7. m/s. 71-90.
3) Badlihisham Mohd Nasir. 1999/00.“Tasawwur Dakwah Islamiah” Tasawwur (Jurnal Tempatan-Jabatan Agama Islam Melaka). Jilid. 5. m/s. 1-14.
4) Badlihisham Mohd Nasir. Januari-Disember 1999. “Da’wah in PAS : A Study of the Pronouncements of the Party Leaders”, Fikrah (Jurnal kebangsaan-UiTM), jilid 2, Januari-Disember 1999. m/s. 179-198.
5) Badlihisham Mohd Nasir. Januari 2000. “Pendekatan Politik Parti Islam Se Malaysia (PAS) : Satu Sorotan’, Jurnal Shariah (Jurnal kebangsaan-Akademi Islam Universiti Malaya). Jilid 8, bil. 1. m/s. 69-82.
6) Badlihisham Mohd Nasir. 2000. “An Introduction to the Methodology of Da’wah in Islam”. The Islamic Quarterly (Jurnal antarabangsa-United Kingdom) vol. XLIV, No. 3, Third Quarter. m/s. 491-503.
7) Badlihisham Mohd Nasir. 2000/2001. “The Methodology of Da’wah in Islam”. Tasawwur (Jurnal tempatan-Jabatan Agama Islam Melaka) Jilid.6. m/s. 131-149.
8) Badlihisham Mohd Nasir. 1999/00. “The Politico-Da’wah Approach of PAS : A Historical Review”, Jebat (Jurnal Antarabangsa - FSSK, UKM). bil 26. m/s. 27-39.
9) Badlihisham Mohd Nasir. Oktober-Disember 2001 “Cabaran dan Masa Depan Gerakan Dakwah”. Pemikir (Jurnal tempatan-Utusan Melayu). m/s. 111- 134.
10) Badlihisham Mohd Nasir. 2001/02. ‘Sirah Nabawi Menurut Perspektif Dr. Kalim Siddiqui : Satu Pengenalan”. Tasawwur (Jurnal tempatan-Jabatan Agama Islam Melaka). Jld. 7. m/s. 1-23.
11) Badlihisham Mohd Nasir dan Ahmad Redzuwan Mohd Yunus. 2001/02. “Dakwah Kepada Masyarakat India : Satu Pengenalan”. Tasawwur (Jurnal tempatan-Jabatan Agama Islam Melaka). Jld. 7. m/s. 111-123.
12) Badlihisham Mohd Nasir, 2002. Polisi Amerika Terhadap Perkembangan Politik Islam di Mesir. Jurnal Usuluddin. (Jurnal Kebangsaan). Bil. 16. m/s. 159-180.
13) Badlihisham Mohd Nasir dan Ahmad Redzuwan Mohd Yunus, Persepsi Masyarakat India Terhadap Agama dan Komuniti Islam Taman Kajang Utama dan Taman West Country, Islamiyyat. (Jurnal Antarabangsa - UKM). 24 (2003). m/s. 103 – 121.
14) Badlihisham Mohd Nasir dan Che Yusof Che Mamat, Isu Etika Dalam Gerakan Islam : Sorotan Terhadap PAS. Jebat. (Jurnal Antarabangsa - FSSK, UKM). (2002). m/s. 25 – 47.
15) Badlihisham Mohd Nasir dan Othman Talib, “Tasawwuf Dalam Gerakan Dakwah Tanahair”, Jurnal Usuluddin. (Jurnal Kebangsaan). Bil. 18. (2003). m/s. 1-24.
16) Badlihisham Mohd Nasir dan Abdur Razzaq Ali, “Riwayat Hidup, Pemikiran dan Perjuangan Pak Natsir”, Tasawwur (Jurnal tempatan-Jabatan Agama Islam Melaka). Jld. 8. (2003/4). m/s.17-33.
17) Badlihisham Mohd Nasir dan Othman Talib, al-Tasawwuf wa Dauruhu fi Irtiqa bi Harakati al-Da’wah fi Maliziya, Islamiyyat. (Jurnal Antarabangsa - UKM). Vol. 26, bil. 2, (2004). m/s. 140 – 119.
18) Badlihisham Mohd Nasir dan Salina Yusoff , “OIC Dan Aspirasi Dakwah”, Jurnal YADIM (Jurnal Kebangsaan). Bil. 6. (2005). m/s. 11-34.
19) Badlihisham Mohd Nasir, “Ulasan Buku Pendidikan Islam di Malaysia: Dari Pondok ke Universiti”, Jurnal Jawhar (Jurnal Kebangsaan). Jilid 3, Bil. 2. Jun (2006). m/s. 16-22.
20) Badlihisham Mohd Nasir, “Ulasan Buku Pelayaran Islam Ke Timur” Jurnal Islamiyyat, bil. 28 (2006). ms. 157 – 172.
21) Badlihisham Mohd Nasir dan Rogayah Hj. Tibek, “Internasionalisasi Kajian Keislaman: Pengalaman Fakultas Pengkajian Islam Universitas Kebangsaan Malaysia” Conciencia Jurnal Pendidikan Islam, Volume VII No. 2 December (2007). m/s. 135 – 144.
22) Badlihisham Mohd Nasir, “Ketokohan dan Pemikiran Dakwah Siddiq Fadhil”, Jurnal Usuluddin (Jurnal Antarabangsa). Bil. 26. Julai-Disember (2008). m/s.
23) Badlihisham Mohd Nasir dan Othman Talib, Al-Harakah al-Islamiyyah fi Maliziya baina al-Taghyir waal-Tahaddi fi al-Alfiyyah al-Jadidah, Jurnal Hikmah, vol. 1, 2008. (Jurnal Indonesia-Malaysia). m/s. 147 - 158.
24) Badlihisham Mohd Nasir dan Fariza Md. Sham, The Approach of Dakwah in Helping the Social problems Among the Adolescents and its Application by the Da’wah Organisations in Malaysia, Jurnal Hikmah, vol. 1, 2008. (Jurnal Indonesia-Malaysia). m/s. 99 – 114.
25) Badlihisham Mohd Nasir, “The Pronouncement of Dakwah in the ABIM Leaders (1970s – 1990s)”, Jurnal Usuluddin (Jurnal Antarabangsa). Bil. 26. Julai-Disember (2008). m/s.
26) Badlihisham Mohd Nasir dan Othman Talib, “Mafhum Islam Hadhari fi Maliziya: Dirasah Awwaliyyah”, Jurnal Institut Islam Hadhari (Jurnal Antarabangsa). (2008). m/s.
27) Badlihisham Mohd Nasir dan Safina Ismail, “Protaz dan kebangkitannya di Malaysia”, Jurnal ILIM (Jurnal Kebangsaan). (2008). m/s. 15 – 34.

Research  

Posted by Prof Madya. Dr. Badlihisham in

1. Persepsi Non-Muslim Terhadap Islam dan Umat Islam : Kajian Kes Masyarakat India di Taman Kajang Utama dan Taman Langat Jaya, Kajang
2. Gerakan Dakwah Islamiah di Thailand dan Kemboja
3. Dakwah dan Politik Dalam Masyarakat Melayu : Kajian Kes di Semenyih, Selangor dan Pengkalan Chepa, Kelantan
4. Pengurusan Dakwah di Singapura: Kajian Kes PERDAUS
5. Perubahan Sosio-Budaya dan Penghayatan Islam Masyarakat Muslim di Pulau Pelancungan: Kajian Kes di Pulau Perhentian Terengganu
6. Dakwah Kampung Berjiran Orang Asli: Kajian Kes di Kampung Kela dan Ulu Sungai Raub Pahang
7. Radikalisme Dalam Masyarakat Melayu di Malaysia
8. Pembangunan Metodologi Dakwah Orang Asli Negeri Pahang
9. Adab al-Ikhtilaf di Kalangan Gerakan Islam
10. Pembangunan Islam Hadhari di JAKIM: Masalah dan Cabaran
11. Penggunaan Internet di Kalangan Organisasi Islam
12. Pembinaan Modul Saudara Baru JAWI
13. Pembinaan Modul Dakwah di Kalangan Saudara Baru
14. Jamaah al-Mashari’ al-Khairiyyah al-Islamiyyah: Kajian Method Dakwah Sufi dan Hubungannya dengan Institusi Dakwah Islamiyyah di Malaysia
15. Impak Globalisasi ke atas Rantau Asia Timur dan Timur Jauh

HARAM HASILNYA KARAM  

Posted by aqma_caem in

HARAM HASILNYA KARAM
(Dr. Danial Bin Zainal Abidin)
Manusia dijadikan Allah sebagai khalifah di muka bumi. Allah mengisytiharkan pelantikan di dalam surah al-Baqarah ayat 30 yang bermaksud, "(Dan ingatlah) ketika Tuhanmu berkata kepada para malaikat, 'Sesungguhnya Aku akan menjadikan di bumi khalifah". Dalam kitab al-Asas fit Tafsir, Said Hawa berkata, "(Khalifah) ialah nabi Adam dan zuriat-zuriatnya".
Tugas sebagai khalifah merupakan satu tugas yang berat. Mereka wajib beribadah kepada Allah di muka bumi. Malah ibadah merupakan tujuan hidup mereka. Inilah ketetapan Illahi sebagaimana yang dinyatakan dalam surah az-Zariyat ayat 56, "Tidak aku jadikan jin dan juga manusia melainkan untuk beribadah kepadaku".
IBADAH PALING UTAMA
Antara ibadah yang paling penting yang sering diabaikan oleh umat Islam ialah meninggalkan yang haram. Dalam Ihya Ulumuddin, diriwayatkan peringatan yang pernah dibuat oleh Ummul Mukminin, Aisyah, yang berkata, "Kamu melupakan satu ibadah yang utama iaitu warak".
Warak bermaksud, menjauhi sesuatu yang haram serta yang mempunyai unsur syubhah (iaitu yang meragukan).
Pengambilan benda yang syubhah ataupun haram akan merosakkan ibadah. Sahabat Abdullah ibn Omar berkata, "Jika kamu mengerjakan solat seperti busur yang melengkung, dan kamu berpuasa sehingga menjadi kurus seperti anak panah, amalan kamu tidak akan diterima melainkan jika disertakan dengan warak yang mendinding".
Imam Sufyan at-Thauri juga mengingatkan umat Islam tentang perkara yang sama. Beliau berkata, "Sesiapa yang membelanjakan sesuatu yang haram, dia diumpamakan seperti seorang yang cuba membersihkan sehelai kain berlumuran najis dengan air kencing...Dosa tidak dapat dibersihkan melainkan dengan yang halal".
Ibadah dan warak berkait rapat dengan tahap iman seseorang. Imam Sahl at-Tusturi berkata, "Seseorang tidak akan sampai ke hakikat iman sehingga ada padanya empat perkara, iaitu, mengerjakan ibadah yang fardhu dan yang sunat, memakan benda yang halal dengan warak, menjauhi perkara yang dilarang sama ada zahir atau batin dan bersabar di atas yang demikian itu sehingga mati".
HARAM ADA PADAHNYA
Bersikap warak dan meninggalkan sesuatu yang haram tidak akan merugikan umat Islam sedikit pun sebaliknya ia mendatangkan keuntungan. Hal ini disebabkan, setiap sesuatu yang diharamkan pasti mempunyai kemudaratannya. Dalam surah al-A'raf ayat 157, Allah berfirman, "Dan (Dia) menghalalkan bagi mereka segala yang baik serta mengharamkan bagi mereka segala yang keji...".
Justeru, rugilah mereka yang bergelumang dengan yang haram. Berhubung dengan ini Nabi bersabda, "Sesungguhnya Allah mengharamkan rezeki ke atas seseorang yang melakukan maksiat. Dan tidak ada sesuatu yang mampu menolak takdir melainkan doa, dan tidak akan bertambah umur melainkan dengan melakukan kebaikan". Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad, an-Nasai dan Ibn Majah.
Demikianlah juga keadaannya dengan kota atau negeri yang penduduk-penduduknya bergelumang dengan maksiat. Allah akan menimpakan bala serta menyempitkan pintu-pintu rezeki ke atas penduduk-penduduk itu. Berhubung dengan ini Allah berfirman dalam surah an-Nahl ayat 112 yang bermaksud, "Dan Allah membuat satu perumpamaan dengan sebuah negeri yang dulunya aman lagi tenteram, rezeki datang secarah mencurah-curah dari segenap tempat, tetapi penduduknya mengingkari nikmat-nikmat Allah, kerana itu Allah menimpakan pakaian kelaparan dan ketakutan ke atas mereka, disebabkan apa yang mereka lakukan".
Antara contoh yang boleh kita jadikan iktibar ialah kaum Lut di Kota Sodom. Nabi Lut telah diutus untuk menyampaikan risalah Allah kepada mereka. Namun mereka menolak dakwah Nabi Lut dan bergelumang dengan amalan seks bebas. Kesannya ialah, Allah memusnahkan mereka dan kesan kehancuran kaum Lut ini telah ditemui di kawasan Laut Mati.
HALAL HARAM DALAM PEMAKANAN
Makan minum merupakan antara ibadah yang penting dalam Islam. Makanan yang haram menjejaskan hubungan seseorang dengan Allah berdasarkan sabda Nabi Muhammad s.a.w, "Seseorang lelaki bermusafir sehingga rambutnya menjadi kusut dan mukanya dipenuhi debu. Dia menadahkan tangannya dan berdoa kepada Allah sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan mulutnya disuap dengan sesuatu yang haram, bagaimana akan diperkenankan permohonannya?" Hadis ini diriwayatkan oleh Muslim, Ahmad dan Tarmuzi.
Sebenarnya, makanan yang haram merosakkan ibadah dan mendekatkan seseorang kepada azab di akhirat. Mengikut Imam Tirmizi, Nabi bersabda, "Setiap daging yang tumbuh dari benda yang haram maka api nerakalah yang lebih utama baginya". Sahabat Abdullah ibn Abbas pula berkata, "Tidak diterima solat seseorang yang di dalam tubuh badannya terdapat benda yang haram".
Sebaliknya sebarang usaha untuk mendapatkan rezeki yang halal dirahmati oleh Allah. Dalam satu riwayat oleh Imam Tabrani, Nabi bersabda, "Barang siapa berusaha untuk keluarganya dari harta yang halal, dia berkedudukan seperti seorang yang berjihad pada jalan Allah".
Rezeki yang halal membantu pelaksanaan ibadah. Makanan yang haram memberi kesan kepada jasad lantas melemahkannya untuk beribadah. Imam Sahl At-Tusturi berkata, "Barang siapa memakan makanan yang haram akan derhakalah anggota tubuhnya. Barang siapa yang mengambil makanan yang halal anggotanya akan mentaatinya dalam kebaikan".
Antara perkara yang diharamkan oleh Islam ialah arak. Dalam surah al-Maidah ayat 90, Allah berfirman, "Wahai mereka yang beriman, sesungguhnya arak, judi, melakukan korban untuk berhala dan menengok nasib dengan menggunakan anak panah, adalah perbuatan keji daripada amalan syaitan, maka tinggalkanlah ia semoga kamu berjaya".
Arak sememangnya berbahaya. Pada tahun 2002, Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengumumkan bahawa arak (alkohol) merupakan salah satu pemusnah kesihatan yang amat berbahaya di dunia. Di negara-negara sedang membangun ia dikategorikan sebagai pemusnah utama kesihatan, diikuti dengan darah tinggi dan tembakau. Rumusan kepada penemuan ini telah dimuatkan dalam jurnal perubatan berprestij, The Lancet.
Daging haiwan liar juga diharamkan oleh agama. Berhubung dengan ini Imam Bukhari meriwayatkan sabda Nabi yang bermaksud, "Rasulullah melarang (umat Islam) memakan semua binatang buas yang bertaring dan burung yang memiliki kuku yang mencengkam".
Yang dimaksudkan dengan binatang buas yang bertaring ialah binatang-binatang yang menangkap binatang lain dan memakan bangkainya seperti singa, serigala, buaya dan seumpamanya.Yang dimaksudkan dengan burung yang memiliki kuku yang mencengkam ialah jenis-jenis burung yang mampu melukai haiwan lain dan memakan bangkai-bangkainya seperti burung helang dan rajawali.
Amalan memakan daging binatang liar amat berbahaya kerana kajian-kajian terkini menunjukkan besar kemungkinan wabak AIDS yang menyerang dunia hari ini berpunca dari amalan ini. Inilah yang dinyatakan oleh pakar-pakar daripada Universiti Nottinghamdi UK, Universiti Alabama di Birmingham, Universiti Duke di Durham, Universiti Tulane di New Orleans dan Universiti Montpelier di Perancis. Mereka melaporkan, kuman virus HIV pada asalnya menjangkiti haiwan liar dari jenis monyet. Virus ini kemudiannya menjangkiti Cimpanzi selepas ia memakan daging monyet ini. Manusia yang ghairah memburu dan memakan daging binatang liar menerima padahnya apabila akhirnya mereka pula dijangkiti virus ini selepas memakan daging cimpanzi. Penemuan ini dilaporkan dalam majalah Science dan rumusan tentangnya dimuatkan dalam New York Times bertarikh 12 Jun 2003, di bawah tajuk Origin of AIDS Traced Back Another Step.
Di samping iti daging babi juga diharamkan berdasarkan firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 173 yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah mengharamkan kepadamu bangkai, darah dan daging babi". Berdasarkan ayat ini umat Islam diharamkan memakan daging babi dan segala produk-produknya secara mutlak, kecuali ketika darurat.
Babi menjadi punca pelbagai penyakit, antaranya ialah anthrax, ascaris suum, botulism, brucella suis, cryptosporidiosis, entamoeba polecki, erysipelothrixshusiopathiae, flavobacterium group llb-like bacteria, influenza, leptospirosis dan banyak lagi.
Kajian yang dibuat oleh Alix Fano (M.A), Murry J. Cohen (M.D), Marjorie Cramer (M.D.,F.A.C.S), Ray Greek (M.D), dan Stephen R. Kaufman (M.D) mendapati antara penyakit-penyakit ini ada yang boleh membawa maut, sebagai contoh leptospirosis. Ia menyebabkan kerosakan hati dan buah pinggang. Hal ini dinyatakan dalam artikel bertajuk Of Pigs, Primates, and Plagues: A Layperson's Guide to the Problems With Animal-to-Human Organ Transplants (1998) di www.mrmcmed.org/pigs.html.
PENUTUP
Kesemua yang Allah haramkan pasti ada kemudaratannya. Sebahagian daripada kemudaratan itu telah ditemui oleh sains. Namun umat Islam menjauhi yang haram bukan disebabkan oleh penemuan sains tetapi disebabkan kepatuhan mereka terhadap perintah Allah. Sains hanya diterima jika ia membantu dan menyokong apa yang diputuskan oleh agama, bukan sebaliknya. Tetapi sains bukan segala-galanya kerana ilmu Allah mengatasi sains yang dipelopori manusia. Justeru yang paling pokok ialah iman yang melahirkan kepatuhan kepada Allah di segenap penjuru kehidupan. Itulah asas kepada kejayaan dunia dan akhirat....

Antara kenangan disepanjang program Latihan Amali Dakwah Muslim

18 Ogos 2009-24 ogos 2009. Semoga perjalanan program yang telah dilaksanakan

membawa seribu satu pengertian. Selamat Menyambut Bulan Ramadhan