ISNIN (17 OGOS 2009) ------->
Pada hari Isnin bermulanya perjalanan program di Felda Tersang. Setibanya kami dari Dusun Eco Resort Bentong, Pahang, peserta Lad terus membuat persiapan untuk majlis Perasmian dan Penyerahan Anak Angkat yang diadakan di Masjid Tersang. Majlis dirasmikan oleh Dato' Abdullah Bakar.

Sebanyak 43 buah keluarga bersetuju menjadikan kami pelajar Jabatan Dakwah dan Kepimpinan sebagai sebahagian daripada keluarga mereka..
Di sebelah malam pula telah berlangsung sebuah ceramah yang bertajuk "Dakwah Masyarakat Berjiran" Ia dikendalikan oleh Dato' Shamsul Najmi sebagai seorang moderator dan dua orang panel. Ceramah yang berlangsung selama hampir dua jam tidak menjemukan para pendengar kerana ia diselitkan dakwah yang berunsur mencuitkan hati para hadirin. Selesai sahaja program, para hadirin yang hadir dijamu dengan jamuan makan.
SELASA (17 OGOS 2009)
9.00 pagi : Program bermula dengan Latihan Dalam Kumpulan (LDK 1) iaitu sesi Taaruf
bersama pelajar. Sesi ini dimulakan sementara menunggu kedatangan penceramah
iaitu Dr. Razak yang bakal membentangkan ceramahnya yang bertajuk "Manual
Belajr Bestari". Ia telah dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tersang.
Pelajar memberikan fokus ketika ceramah berlangsung
Bakal bersambung.....