Mahasiswa dan Gerakan dalam Berdakwah  

Posted by syifak in

Mahasiswa dan Gerakan dalam Berdakwah ADA kalangan menyalahkan idea dakwah ala `Harakatul Islamiyyah' sebagai antara punca kelembapan mahasiswa.. Sebenarnya, jika seseorang itu meneliti pemikiran yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh gerakan Islam terkemuka seperti As-syahid Hasan al-Banna, Maududi, Fathi Yakan, Dr Hassan Turabi,Syed Qutb atau seumpamanya,..mereka akan mendapati bahawa kelembapan gerakan mahasiswa Islam tidak berpunca dari situ bahkan kecemerlangan mahasiswa dan gerakan mahasiswa Islam boleh bermula dari situ. Gerakan Islam adalah satu usaha ke arah pembaikan urusan ummah Islam (islah atau tajdid), memperbetulkan segala yang bertentangan dengan kehendak Islam sama ada kesalahan itu terletak kepada pemerintah atau ummah seluruh (nahi mungkar) dan menyeru ke arah Islam yang sebenarnya (amar makruf). Gerakan Islam tidak bergerak di atas landasan nafsu, perasaan atau sentimen. Sesuai dengan prinsip Islam, gerakan Islam berpandukan kepada pertimbangan akal yang rasional dengan al-Quran dan Sunnah sebagai parameter maksimum dan minimum. Hasan al-Banna sendiri menegaskan dalam bukunya, Usul Isyrin bahawa tidak ada satu pandanganpun yang bersifat mutlak melainkan yang datangnya daripada Allah s.w.t dan Nabi-Nya Muhammad s.a.w. Setiap generasi berhak membina perundangan mereka sendiri dengan berasaskan prinsip syariah yang jelas. Begitu juga kepelbagaian kawasan dan zaman membawa kepada perbezaan tasawur perjuangan, agenda dan tindakan sebuah gerakan Islam. Ini bermakna idea daripada gerakan Islam luar yang menyangkut soal strategi atau pendekatan dakwah hendaklah terlebih dulu disaring oleh pendokong gerakan mahasiswa Islam sebelum digunakan dalam lingkungan masyarakat Malaysia. Ini kerana mungkin pendekatan yang dikemukakan oleh mereka relevan dengan situasi negara mereka, tetapi mungkin tidak sesuai di Malaysia.Tanggungjawab dakwah menuntut mahasiswa Islam meneliti dan menganalisis suasana sekitar mereka dan mengemukakan alternatif yang lebih baik kepada masyarakat.Apa yang diperlukan ketika ini ialah sumbangan mahasiswa Islam yang lebih bermakna dalam pembinaan masyarakat Islam. Mahasiswa Islam mestilah menyedari arus perdana dalam masyarakat dan negara sekarang, bukannya terperangkap dalam kota pemikiran yang mereka sendiri membinanya. Dalam banyak perkara yang membabitkan pembinaan masyarakat dan negara, suara mahasiswa Islam kini kurang kedengaran berbanding dengan mahasiswa terdahulu. Apa pandangan mahasiswa Islam dalam soal masyarakat Malaysia, Melayu baru, bahasa dan sebagainya.Perkara utama yang sebenarnya menyumbang ke arah kelembapan mahasiswa dan gerakan mahasiswa ialah kurangnya penguasaan ilmu dan pemikiran kreatif. Apa yang diketahui oleh kebanyakan mahasiswa ialah apa yang mereka pelajari secara khusus dalam bidang pengajian mereka, itupun tidak secara menyeluruh. Yang lebih dikejar oleh mahasiswa ialah mendapatkan sijil yang baik yang akan memberikan mereka peluang pekerjaan lebih baik. Soal ilmu adalah soal kedua yang boleh dikesampingkan berbanding kepentingan sijil. Oleh kerana itu, penghayatan budaya ilmu di kalangan mahasiswa amat kurang sekali. Ini dipengaruhi pula oleh keadaan sekarang yang terlalu menekankan kepada aspek pencapaian luaran yang melupakan soal pembudayaan ilmu itu sendiri. Bagi seorang mahasiswa matlamat mereka datang ke universiti ialah sekadar memenuhi harapan untuk mendapatkan kedudukan yang lebih baik dalam masyarakat. Di samping itu, dalam masyarakat kampus sekarang mahasiswa tidak dididik untukmenyintai ilmu dan berfikiran kreatif.Begitu juga dengan sesetengah mahasiswa yang membabitkan diri dalam gerakan Islam yang juga gagal membudayakan tradisi ilmu dalam diri mereka ataupun dalam gerakan mereka. Bukan saja mereka kurang membaca buku-buku di luar daripada bidang pengajian mereka bahkan mereka juga kurang menelaah pemikiran-pemikiran dalam gerakan Islam itu sendiri,Sedangkan salah satu daripada konsep utama dalam gerakan Islam ialah perlunya kefahaman mengenai hujah dan dalil mengapa sesuatu sikap itu diambil.Mustafa Masyhur, salah seorang pimpinan al-Ikhwanul Muslimun di Mesir, dalam bukunya al-Qudwah ala tariq addakwah menyebutkan ciri-ciri mahasiswa Islam contoh. Antaranya:
* Mahasiswa Islam hendaklah memperbetulkan niat. Kebanyakan mahasiswa Islam belajar hanya sekadar untukmendapat segulung ijazah. Tetapi yang dikehendaki sebenarnya supaya ia belajar untuk memberikan sumbanganterhadap Islam, umat Islam, menegakkan negara Islam serta mengisi ruang pengkhususan yang diperlukan oleh jemaahIslam.
* Mahasiswa Islam hendaklah membetulkan pandangannya terhadap pelajaran dan ia bukan semata-mata penguasaanakal mengenai maklumat yang perlu dipenuhkan di dalam otak untuk menjawab peperiksaan akhir tahun, tetapi yangdikehendaki ialah dapat menyediakan peribadi terpelajar yang membina ilmunya.
* Mahasiswa Islam contoh hendaklah membiasakan diri dengan kebersihan dimulai dengan pembersihan dalaman,pembersihan hati dan dendam dan hasad, pemarah dan takbur, terpedaya dan setiap yang dimurkai oleh Allah.
* Mahasiswa Muslim contoh hendaklah bukan sahaja berusaha menguasai pelajarannya dan mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan, mengatasi pelajar yang lain, malah menjadi pendakwah muda yang serba boleh di dalam mengislah masyarakat menjadi lebih baik..

This entry was posted on Thursday, August 27, 2009 at 6:39 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment

Antara kenangan disepanjang program Latihan Amali Dakwah Muslim

18 Ogos 2009-24 ogos 2009. Semoga perjalanan program yang telah dilaksanakan

membawa seribu satu pengertian. Selamat Menyambut Bulan Ramadhan