Posted by mademoiselle in

LATIHAN ASAS SUKARELAWAN AL-FALAH
15-17 OGOS 2009

Sebelum bertolak ke Felda Tersang bagi melaksanakan Latihan Amali Dakwah, kami sebelum itu dibekalkan dengan persediaan diri melalui program Latihan Asas Sukarelawan Al-Falah di bawah kendalian pihak Sukarelawan Al-Falah, YADIM. Bertempat di Dusun Eco Resort & Training Village, Bentong, Pahang kami dilatih dengan pelbagai aktiviti yang menguji ketahanan mental, fizikal serta spiritual.

Pada hari pertama program, kami banyak didedahkan berkenaan Sukarelawan Al-Falah melalui tayangan video serta ceramah yang disampaikan oleh pihak Sukarelawan Al-Falah. Pada sebelah malamnya pula, bermula aktiviti kembara yang mencabar mental dan fizikal peserta. Di sini, kami dilatih untuk menjadi lebih berani, sabar dan tawakal dalam menghadapi mehnah dan ujian. Perjalanan yang sukar mendidik kami agar lebih percaya dan wala’ kepada pemimpin dihadapan yang memberi arahan. Kerjasama antara pasukan juga amat dititikberatkan bagi memastikan semua ahli selamat dan berjaya mengatasi halangan.

Hari kedua diteruskan dengan pengisian minda sebagai tambahan ilmu. Beberapa slot ceramah yang disampaikan banyak membantu para peserta meningkatkan kecerdasan pemikiran serta menambahkan kefahaman perserta berkaitan aspek sukarelawan, antaranya seperti ceramah yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Badlihisham Mohd Nasir berkenaan ‘Sukarelawan Dalam Islam’. Selain itu kesedaran yang ditimbulkan oleh Tuan Mohamad Noor Abd. Rahman selaku Komander Al-Falah melalui ceramahnya ‘Marilah Menuju Kejayaan’ bagaikan menggerak dan memandu peserta untuk memacu kejayaan.

Sekali lagi minda peserta diasak untuk bangkit apabila ‘Tanggungjawab Sebagai Muslim’ dilontarkan oleh Ustaz Abdul Latif Bin Haji Mohd Yunus (Penolong Komander Kanan Sukarelawan Al-Falah). Agenda-agenda Yahudi untuk menghancurkan Islam dibentangkan sebagai tamparan bagi menimbulkan kesedaran peserta. Peranan sebagai remaja muslim dijelaskan baik dari sudut fardhu ain serta fardhu kifayah.

Setelah dibangunkan minda melalui sesi ceramah yang diadakan, pada sebelah petangnya kekuatan fizikal peserta pula dibina melalui latihan kawad yang diadakan. Walaupun kelihatan agak santai, namun di sini sebenarnya peserta cuba dididik untuk lebih berdisiplin dan patuh pada arahan komander. Selain itu, kesamaan dalam pergerakan sebetulnya memupuk sifat bekerjasama antara satu sama lain.

Suanana malam peserta kemudiannya ditenangkan melalui slot Motivasi “Nur Ilahi”. Keadaan yang membawa peserta menghayati situasi kematian berjaya meruntun hati semua. Realiti yang mungkin berlaku di mana kematian yang akan menjemput sama ada diri ibu, bapa atau peserta sendiri menyedarkan peserta betapa pentingnya persedian rapi dibekalkan sebelum bertemu dengan Pencipta segala makhluk.

Sedikit terkilan apabila aktiviti yang dirancang para urusetia kemudiaannya tidak dapat diteruskan berkaitan keadaan cuaca yang tidak menentu. Hujan yang lebat mendorong para urusetia merencanakan gimik menarik untuk peserta ‘istimewa’. Hampir tengah malam, semua peserta dipanggil memasuki dewan. Keadaan urusetia yang berang, membibitkan kerisauan di hati peserta. Beberapa nama dipaparkan di skrin dengan alasan banyak melakukan kesalahan sepanjang program. Dalam kegentaran, 2 peserta wanita dan 3 peserta lelaki diberi ruang menyatakan kesalahan masing-masing.

Apa yang terjadi...wait n see k..

This entry was posted on Tuesday, August 25, 2009 at 8:48 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment

Antara kenangan disepanjang program Latihan Amali Dakwah Muslim

18 Ogos 2009-24 ogos 2009. Semoga perjalanan program yang telah dilaksanakan

membawa seribu satu pengertian. Selamat Menyambut Bulan Ramadhan