Ustaz Asri : Irama Dakwah terus dikenang  

Posted by Noor Hafizah in

Kumpulan Rabbani telah di tubuhkan pada 1 March 1997. Rabbani bermaksud "Yang Arif dan Yang Soleh" atau tafsiran secara umum "ingin mengajak diri, keluarga dan komuniti kepada kebaikan".

Kemunculan Rabbani adalah dengan konsep yang tersendiri. Bermula dengan berkonsepkan nasyid klasik melalui irama-irama yang dipetik dari Timur Tengah, Afrika dan Mediteranean, kemudian diadun dan diolah mengikut citarasa yang sesuai dengan era semasa juga dipersembahkan bersesuaian dengan citarasa remaja. Disamping itu, ianya ditampilkan dengan alunan muzik ala Melayu Timur dan digabungkan dengan adunan muzik Timur Tengah. Kini Rabbani muncul dengan konsep yang lebih global dalam bidang muzik tanpa mengurangkan kualiti mesej yang akan disampaikan dengan menampilkan world music didalam lagu-lagu terbarunya. Ini adalah untuk menjadikan irama nasyid ini akan terus segar dan mekar dari semasa kesemasa dan terus diminati oleh semua golongan tanpa mengira bangsa dan negara.

Sumber dipetik dari SINI

Lagu dan alunan dakwah yang didendangkan mendekatkan kita sebagai pendengar dengan pencipta. Lebih 12 tahun dalam industri ini , Rabbani menghasilkan 19 album, antaranya Arah: Dari Mana ke Mana (1997), Pergi tak Kembali (1999), Intifada (2000), Yalla Beena (2004), dan yang terbaru Nostalgia Nada Murni.

Tetapi kini alunan irama lagunya menjadi kenangan apabila beliau disahkan meninggal dunia pada 13 Ogos 2009 dalam perjalanan ke Pusat Perubatan Pantai (PMC), Kuala Lumpur kira-kira jam 11.00 pagi kerana sakit jantung. Penyanyi lagu 'Pergi tak kembali' itu lahir pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor dan menyertai Rabbani sejak ia ditubuhkan pada 1 Mac 1997 dengan dianggotai lapan lagi anggota.


Allahyarham dalam coretan terakhir di blognya (http://asrirabbani.blogspot.com/) mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang menjayakan konsert terakhirnya di Stadium Malawati, Shah Alam, 28 Februari lalu.

Antara kata-kata nasihat dari Ustaz Asri adalah:

Sebagai seorang yang beragama Islam, tidak kira seseorang itu selebriti atau tidak, kita haruslah sentiasa berpegang kembali kepada ajaran Allah s.w.t.

"Dalam kehidupan kita, biar apapun terjadi yang penting kita harus berpegang teguh pada ajaran agama kita. Jika ada masalah, kita harus selesaikan mengikut ajaran agama kita.

"Ini saya lihat kebanyakan mereka selesaikan masalah mengikut nafsu, ikut cara syaitan. Kita banyak dengar kes artis kahwin dan cerai, kita kena tengok pada diri kita juga samaada kita rajin sembahyang atau tidak.

"Kalau kita rajin sembahyang, Insya-Allah semua masalah dalam rumah tangga dapat diselesaikan. Kita jangan terlalu ikutkan nafsu, yang paling penting kita harus kembali kepada Allah s.w.t," jelasnya lagi. Sumber rujukan SINI



Daripada Allah kita datang dan kepadaNya kita kembali. Al-Fatihah dan semoga ruhnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman -Amin-

This entry was posted on Friday, August 14, 2009 at 11:28 PM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment

Antara kenangan disepanjang program Latihan Amali Dakwah Muslim

18 Ogos 2009-24 ogos 2009. Semoga perjalanan program yang telah dilaksanakan

membawa seribu satu pengertian. Selamat Menyambut Bulan Ramadhan