"Misi Mustahak"  

Posted by -:iNsan yaNg dh0iF:- in

Kembara da’ie dalam Program Latihan Amali Dakwah kali ini membawa kita kembali ke negeri Darul Makmur bagi meneruskan satu misi mustahak dalam perjuangan da’ie setelah beberapa bulan kita meniggalkannya sepi tanpa berita. Perancangan demi perancangan diatur bagi menjayakan misi kali ini dengan harapan agar ianya dapat berjalan dengan lancar dan jayanya.


Sebelum ini, Kuala Koyan menjadi titik permulaan kembara da’ie bagi penda’ie-penda’ie Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan sesi 2007/2008 dalam menerjah satu daerah non-muslim, tapi kali ini kembara da’ie akan diteruskan lagi ke satu daerah muslim yang akan membuka lembaran memori baru dalam meneruskan misi yang dulu, kini dan selamanya. Felda Gugusan Tersang menjadi pilihan destinasi kembara da’ie kali ini dengan membawa harapan agar misi yang ingin dibawa, berjaya mencapai imtiaaznya.


Satu meeting tergempak telah diadakan pada 31 julai di Felda Gugusan Tersang untuk menyatakan satu persetujuan bersepadu dalam menjayakan satu program Latihan Amali Dakwah Muslim yang dihadiri oleh beberapa perwakilan dari Universiti Kebangsaan Malaysia iaitu Prof Madya Dr.Badlihisham bin Mohd Nasir, Dr Abdul Ghafar bin Hj Don, Saudara Mohd Sofiyuddin bin Yussof, Saudara Muhamad Hasimi bin Mahmud dan Saudara Nik Ahmad Syafie Raja Daud. Manakala dari Felda Gugusan Tersang terdiri dari Pengurus Felda Gugusan Tersang iaitu En. Ariff bin Abdul Basyir, imam masjid, guru Sek.Keb.Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan , tujuh orang masyarakat kampung dan Pergerakan Masyarakat Orang Asli yang diwakili oleh En.Tahir.

Pengisian meeting pada kali ini memdiskusikan tentang aktiviti program dan perkara-perkara berbangkit seperti yang melibatkan keluarga angkat, malam kesenian dan lain-lain.


Kembara da’ie kali ini juga membawa kita ke Belau dan Dusun Eco Resort (kemJustify Full al-Falah) serta menziarah kembali ke kampung Kuala Koyan.


Meninjau sejenak perjalanan meeting & tinjauan kawasan program

Perbincangan wakil UKM bersama pihak yang terlibat


Pelan Dusun Eco Resort (kem al-Falah)




Chalet Dusun Eco Resort





Tok Batin Kampung Belau



Cukuplah hanya sekadar ini santapan buat semua yang akan menjayakan program Latihan Amali Dakwah Muslim yang akan berlangsung pada 14-21 Ogos 2009.Moga Perjuangan kita diberkati Allah hendaknya.



kata-kata semangat buat semua

Sekian, salam perjuangan.



This entry was posted on Monday, August 10, 2009 at 11:44 PM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment

Antara kenangan disepanjang program Latihan Amali Dakwah Muslim

18 Ogos 2009-24 ogos 2009. Semoga perjalanan program yang telah dilaksanakan

membawa seribu satu pengertian. Selamat Menyambut Bulan Ramadhan