H1N1 dan perubahan di saat akhir  

Posted by Noor Hafizah in

Latihan Amali Dakwah Muslim mengandungi pelbagai pengisian program-program yang mampu membina ukhuwah diantara kalangan penduduk kampung Tersang dan mahasiswa/i Pengajian Islam. Bukan sahaja ukhuwah yang dicipta ini dijalinkan antara penduduk kampung sahaja malahan antara pelajar-pelajar sekolah. Antara cadangan awal yang telah dirancang dan selamat diatur adalah program LDK (Latihan Dalam Kumpulan) yang mana ia dirancang dan telah disusun atur dengan baik. LDK tersebut akan diadakan di dua tempat yang berbeza iaitu di Sekolah Rendah LKTP Tersang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tersang.

Tetapi sebagaimana yang sedia maklum kita sebagai hamba Allah hanya mampu merancang dan Allah yang menyusun segala perjalanan. Wabak H1N1 yang telah melanda menyebabkan sedikit sebanyak perubahan program Latihan Amali Dakwah Muslim yang bakal berlangsung kurang dari seminggu. Wabak yang melanda ini menyebabkan pihak sekolah rendah Tersang keberatan untuk bersama menjayakan program yang telah cukup cantik diatur. Pihak PPD telah mengeluarkan arahan kepada sekolah rendah terbabit agar pihak yang menganjurkan program membekalkan topeng mulut kepada pelajar yang terlibat didalam program yang dianjurkan. Usaha dibuat untuk meneruskan juga rancangan yang telah diatur. Tetapi pihak Pejabat Kesihatan Raub Pahang melafazkan rasa dukacita apabila dimaklumkan pihaknya tidak dapat membekalkan topeng mulut kepada pelajar yang terlibat. Beliau turut memberitahu bahawa bekalan topeng mulut adalah disediakan oleh pihak sekolah itu sendiri. Ini kerana terlalu banyak permohonan yang dibuat dari agensi-agensi untuk memohon alat terbabit.

Pihak sekretariat kebajikan turut merujuk kepada Pusat Kesihatan UKM untuk memohon memberikan kerjasama membekalkan topeng mulut kepada pelajar Sekolah Rendah Tersang dalam menjayakan program tetapi jawapan yang sama diterima. Pihak Pusat Kesihatan memberitahu bahawa mereka hanya akan memberikan topeng mulut kepada pelajar yang didapati batuk sahaja atau demam atau yang mempunyai simptom H1N1. Akhirnya LDK Sekolah Rendah tidak dapat diteruskan kerana tiada bekalan topeng mulut untuk pelajar yang terlibat.

Program tersebut telah digantikan dengan pertandingan lawan pantun peringkat akhir yang bakal diadakan di Masjid Tersang iaitu pada sebelah malam. Begitu juga dengan majlis penyampaian hadiah. Diharap disaat-saat akhir ini tiadalah berlaku lagi sebarang perubahan pada program.



Sekolah Rendah LKTP Tersang 3, Raub Pahang

Sekiranya diberi rezeki diharap suatu hari nanti pihak UKM fakulti Pengajian Islam dapat mengadakan kerjasama dengan Sekolah Rendah Tersang 3 didalam program-program ilmiah. Segala kesulitan yang berlaku adalah dibawah ujian Allah.

WASSALAM

This entry was posted on Thursday, August 13, 2009 at 5:53 PM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment

Antara kenangan disepanjang program Latihan Amali Dakwah Muslim

18 Ogos 2009-24 ogos 2009. Semoga perjalanan program yang telah dilaksanakan

membawa seribu satu pengertian. Selamat Menyambut Bulan Ramadhan