Perjalanan Program  

Posted by Noor Hafizah in

ISNIN (17 OGOS 2009) ------->

Pada hari Isnin bermulanya perjalanan program di Felda Tersang. Setibanya kami dari Dusun Eco Resort Bentong, Pahang, peserta Lad terus membuat persiapan untuk majlis Perasmian dan Penyerahan Anak Angkat yang diadakan di Masjid Tersang. Majlis dirasmikan oleh Dato' Abdullah Bakar.
Dari kanan En. Tahir, Dato' Abdullah Bakar dan Prof. Madya Dr. Badlihisham Nasir

Sebanyak 43 buah keluarga bersetuju menjadikan kami pelajar Jabatan Dakwah dan Kepimpinan sebagai sebahagian daripada keluarga mereka..


Antara pelajar yang menerima keluarga angkat

Antara pelajar Sarjana yang turut menerima keluarga angkat


Pelajar bergambar bersama keluarga angkat

Penyerahan anak angkat telah berjalan dengan lancar. Walaupun berlaku sedikit kesilapan teknikal namun ia tidak menjejaskan majlis tersebut. Majlis tamat sekitar 6.30 petang. Pelajar yang telah menerima keluarga angkat pulang ke rumah keluarga angkat masing-masing.

Di sebelah malam pula telah berlangsung sebuah ceramah yang bertajuk "Dakwah Masyarakat Berjiran" Ia dikendalikan oleh Dato' Shamsul Najmi sebagai seorang moderator dan dua orang panel. Ceramah yang berlangsung selama hampir dua jam tidak menjemukan para pendengar kerana ia diselitkan dakwah yang berunsur mencuitkan hati para hadirin. Selesai sahaja program, para hadirin yang hadir dijamu dengan jamuan makan.

SELASA (17 OGOS 2009)

9.00 pagi : Program bermula dengan Latihan Dalam Kumpulan (LDK 1) iaitu sesi Taaruf
bersama pelajar. Sesi ini dimulakan sementara menunggu kedatangan penceramah
iaitu Dr. Razak yang bakal membentangkan ceramahnya yang bertajuk "Manual
Belajr Bestari". Ia telah dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tersang.

Antara LDK yang diadakan sepanjang program berlangsung dengan mengikut pengisian yang telah ditetapkan









Pelajar memberikan fokus ketika ceramah berlangsung




Bakal bersambung.....

This entry was posted on Friday, August 21, 2009 at 8:05 PM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment

Antara kenangan disepanjang program Latihan Amali Dakwah Muslim

18 Ogos 2009-24 ogos 2009. Semoga perjalanan program yang telah dilaksanakan

membawa seribu satu pengertian. Selamat Menyambut Bulan Ramadhan