Hari yang dinanti...  

Posted by Ummu Sulaim in

Hari dibilang, semakin dinanti kedatangan tarikh yang akan memberikan kami satu kenangan yang paling berharga..

Buat pengetahuan semua, Hari Pertama hingga hari ke-3 (15-16 ogos 09) kami akan mengikuti Program Sukarelawan al-Falah sebagai peserta . Tujuannya adalah untuk meningkatkan ketahanan kami dari sudut fizikal, bagaimana mengendalikan emosi mahupun didikan untuk santapan rohani. Segala pengalaman disini akan kami gunakan bagi meneruskan perjuangan di Felda Tersang, Raub Pahang.

Hari keempat, 17 ogos 09. Pertemuan kami bersama masyarakat orang asli Kampung Tersang dimana kami akan menetap dan tinggal disini selama 4 hari 3 malam bersama keluarga angkat masing-masing. Majlis Perasmian dan penyerahan anak angkat akan berlangsung bergantung pada masa perjalanan. Banyak aktiviti yang telah ditetapkan oleh sekreteriat program bagi menjayakan program dan misi kali ini. Antaranya ialah:

Selasa (18 ogos 09)

8.30-12.00 - Program Ceramah Manual Belajar Bestari
2.30-4.30 - Pertandinga Jom berkarya
Pertandingan i-Inovatif
5.00-6.00- Latihan Kebudayaan & Kesenian
9.00-11.00- Latihan Dalam Kumpulan

Rabu ( 19 ogos 09)

8.30 pg-6.00ptg
Program di Kampung Belau
"Klinik Pemantapan Akidah"
(Sekretariat Non-Muslim)


9.00-11.00- Persembahan Malam Kebudayaan
(Sekreteriat Kesenian)

Khamis (20 ogos 09)

8.30-12.00- Gotong Royong
2.30-4.30 - Sukaneka
5.00-6.00 - Pertandingan
-Bola sepak
-Bola Jaring
-Bola Tampar
(Sekretariat Sukan)

9.00-11.00- Program Ceramah/Demonstari Dadah
(Sekretariat Prpgram & PRO)
- Majlis Penutup

Akhirnya, sampai juga hari yang penghujung (jumaat, 21 ogos 09) dimana kami semua akan berkunjung ke Kampung Kuala Koyan Pahang, tempat pertama kami semua diberi pengalaman bersama Masyarakat Orang Asli yang bukan Muslim. Bagaimana berdakwah secara praktikal yang selama ini kami pelajari metod dan cara berdakwah secara teori di kuliah-kuliah. Moga kunjungan kami kali ini diterima baik oleh mereka, dan harapan kami moga Allah SWT memberikan "NUR Hidayah" kepada semua Masyarakat Orang Asli Kampung Kuala Koyan. Insya Allah.

Dengan susulan program kali ke- 2 ini diharapkan apa yang dipelajari dipraktikkan dengan sepenuh hati walau dimana jua kita berada. Kita telah mempelajari bagaimana menyampaikan Islam kepada Masyarakat Non-Muslim. Selepas ini, bagaimana pula kita hendak mengislah Ummah yang tahu apa itu Islam tetapi tiada penghayatan mengenai Agama Islam itu sendiri. Walaubagaimanapun, panjatkan segalanya kepada Allah SWT, mudah-mudahan apa yang kita lakukan diberi ganjaran oleh Allah SWT hendaknya. Wallahua'lam.

This entry was posted on Monday, August 10, 2009 at 10:51 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment

Antara kenangan disepanjang program Latihan Amali Dakwah Muslim

18 Ogos 2009-24 ogos 2009. Semoga perjalanan program yang telah dilaksanakan

membawa seribu satu pengertian. Selamat Menyambut Bulan Ramadhan