Jejak Persediaan Program Kesenian LAD  

Posted by Azlinda Mohd

  1. Persembahan nasyid
  2. Berzanji
  3. Busana muslim muslimah
  4. Persembahan ghasidah
  5. Dikir timuran Islam
  6. Persembahan dari masyarakat orang Asli Belau dan Koyan.
Inilah diantara program kesenian yang bakal berlangsung di Felda Tersang yang diatur pada awalnya. Namun program tersebut terpaksa diubah disebabkan beberapa masalah yang dihadapi. Persembahan Dikir Timuran Islam terpaksa ditukar kerana menghadapi masalah untuk meminjam barang-barang dari pihak tertentu disebabkan Program LAD yang bakal dijalankan bertembung dengan Majlis Konvokesyen. Kemudian Pengarah Sekretariat Kesenian mengambil inisiatif lain dengan memfaks surat kepada pihak sekolah di Felda Tersang untuk meminjam barang-barang untuk keperluan dikir. Namun kami dimaklumkan surat tersebut tidak diterima.




Kemudian hasil perbincangan Pengarah Sekretariat Kesenian dengan beberapa pengarah dari sekretariat lain akhirnya Dikir Timuran Islam ditukar kepada persembahan Nasyid Pentomen dari peserta LAD perempuan dan persembahan Pentomen Dan Nasyid dari peserta LAD lelaki.


Sementara itu, latihan untuk persembahan Ghasidah yang diketuai saudari Zaida diteruskan. Dan pada 13 Ogos 2009 pada jam 8.30 malam bertempat di paras 5 FPI, kami membuat latihan terakhir sebelum berangkat ke Felda Tersang. Dan semua peserta memberi komitmen yang begitu baik. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.

Ketua untuk Persembahan Ghasidah (saudari Zaida)

sibuk menyusun kedudukan dalam barisan


latihan yang dijalankan

This entry was posted on Friday, August 14, 2009 at 11:30 AM . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment

Antara kenangan disepanjang program Latihan Amali Dakwah Muslim

18 Ogos 2009-24 ogos 2009. Semoga perjalanan program yang telah dilaksanakan

membawa seribu satu pengertian. Selamat Menyambut Bulan Ramadhan