DISEBALIK ANGKA 7  

Posted by Hawa' in

Angka atau nombor kadang-kadang mempunyai rahsia yang tersendiri. Ada orang yang kadang-kadang menjadikan nombor sebagai igauan hidupnya. Bangun pagi ingat nombor. Tidur pun, kalau dapat, mimpi pun biarlah mimpi nombor. Boleh ke kedai nombor. Orang sebegini kita namakan sebagai orang gila nombor. Dalam Islam nombor tidak mempunyai apa-apa kepentingan sama sahaja nombor 1 hingga nombor berapa pun.

Walau bagaimanapun, antara nombor-nombor yang banyak itu, yang sering kali disebutkan Tuhan dalam al-Quran ialah angka ganjil. Antara nombor ganjil yang diulang sebut oleh Tuhan ialah angka 7. Misalnya, Tuahan ciptakan bumi dan langit sebanyak 7 lapisan. Tuhan takdirkan siang dan malam berganti-ganti dalam tujuh hari. Tuhan menciptakan syurga dan neraka sebanyak 7 tingkatan.

Demikian juga dalam amalan ibadah kita, 7 juga diulang-ulang, Misalannya, ketika kita mengerjakan haji, maka kita bertawaf sebanyak 7 pusingan. Bersai sebanyk 7 kali. Melontar di 3 jamrah iaitu di Jamrah al-Aqabah, Ula dan Wusta sebanyk 7 biji batu setiap lontaran.

Demikian juga ada yang menyebutkan kalimah syahadah juga terdiri daripa da 7 kalimah. Apabila dilihat pula pada sembahyang, maka seseorang itu dikira sah sembahyangnya hanya selepas dia meletakkan 7 anggota badan iaitu, dahi, dua tapak tangan, dua litut dan dua kakinya yang ditegakkan anak-anak jari. Pendek kata angka 7 ialah angka yang dipilih oleh Tuhan dan disebutkan dalam al-Quran seta diamalkan dalam beberapa ibadah Islam.

Hanya Tuhan yang maha mengetahui rasia angka 7 itu. Hikmat dan rahsianya kita pulangkan kepadanya. Apabila kita cuba mengupas hikmat ini maka bolehlah kita sebutkan 7 itu memenuhi kehidupan sejagat. Apabila Tuhan sebutkan 7 hari maka wajar kita penuhi 7 hari itu dengan amalan syurga, bukan 7 hari dipenuhi dengan amalan neraka. Apabila kita sujud dengan tidak mencukupi 7 anggota badan seolah-olah kita tidak sujud kepada Tuhan dengan penuh rasa kehambaan.

Ketika kita bertawaf mengelilingi Kaabah sebanyak 7 kali. Kita melontar di Jamrah, bermakna kita melontar hasutan syaitan yang menggoda kita setiap ahri. Seolah-olah lontaran pertama kita merejam syaitan pada hari pertama. Demikian lontaran kedua dan seterusnya.

Demikian apabila kita cuba menyingkap rahsia angka yang Tuhan sebutkan dalam al-Quran. Apa pun hakikatnya Tuhan sahaja yang menetahui. Sebagai orang beriman, kita menerima semua yang tuhan sebutkan dalam al-Quran sebagai rahsia yang Tuhan sahaja maha mengetahui. Apa pun, menjadi sudah tanggungjawab kita tidak mempercayai nombor-nombor tertentu sebagai nombor hakikat dan sebagainya. Apatah lagi kita gunakan nombor-nombor tersebut bagi melakukan maksiat kepada Tuhan. Semoga Tuhan merahmati kita dan menjauhkan kita daripada bala bencana di dunia dan akhirat.

This entry was posted on Tuesday, August 04, 2009 at 7:58 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment

Antara kenangan disepanjang program Latihan Amali Dakwah Muslim

18 Ogos 2009-24 ogos 2009. Semoga perjalanan program yang telah dilaksanakan

membawa seribu satu pengertian. Selamat Menyambut Bulan Ramadhan