Program Anak Angkat, Terasa Dihargai...  

Posted by Ummu Sulaim in

Salah satu daripada Program Latihan Amali Dakwah (LAD) adalah Program anak angkat dimana pelajar-pelajar, mahasiswa/i Pengajian Dakwah dan Kepimpinan yang terdiri daripada pelajar tahun tiga bersama pelajar siswazah dibahagikan kepada keluarga angkat masing-masing mengikut perancangan yang telah disediakan oleh Seketeriat LAD MUSLIM pada sesi kali ini.

Daripada program ini, kita dapat mengenali hati budi masyarakat setempat dan mereka dapat mengenali budaya dan pemikiran mahasiswa/i Islam. Segala tingkah laku dan bantuan dan apa sahaja aktiviti yang dilakukan oleh mahasiswa/i akan diperhatikan oleh masyarakat Orang Asli kerana disitu kita percaya melalui metod "mauizatul Hasanah" kita akan dapat menarik minat mereka dalam mengenali Islam dengan lebih mendalam.

Kita telah fahami, bahawa sifat Masyarakat Orang Asli adalah pemalu dan sensitif, jadi bagaimana cara kita untuk mendekati mereka adalah dengan aktiviti sebegini seperti sukaneka dan sebagainya dan juga ziarah keluarga samaada secara kelompok atau individu (metod bil hal digunakan). Mereka lebih ramah rupanya bilamana mereka telah mengenali kita dan kadang-kadang perasaan terharu itu timbul dengan sendirinya dengan sifat dan sikap penerimaan Masyarakat Orang Asli terhadap masyarakat luar.

Oleh itu, peranan kita untuk menyusup dalam hati-hati mereka bagi menyatakan kebenaran Islam, kebenaran akidah yang kita pegang, akidah yang kita bawa adalah tinggi nilainya. Bersiap sedialah dengan persoalan-persoalan mereka dan tunjukkan mahasiswa Islam berilmu mampu untuk menghurai, memahamkan dan merungkai persoalan-persoalan yang ada dibenak mereka, Insya Allah. Ahlan wasahlan Masyarakat Orang Asli di Felda Tersang, Raub Pahang!!!Wallahua'lam.

This entry was posted on Thursday, August 06, 2009 at 8:35 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment

Antara kenangan disepanjang program Latihan Amali Dakwah Muslim

18 Ogos 2009-24 ogos 2009. Semoga perjalanan program yang telah dilaksanakan

membawa seribu satu pengertian. Selamat Menyambut Bulan Ramadhan