hidup ini hanya sepagi atau sepetang....  

Posted by farihan

Percayakah kita bahawa hidup di dunia ini ibarat hanya sepagi atau sepetang sahaja. Memang sukar untuk kita mempercayainya namun jika kita renung dan berfikir sejenak sebenarnya memang ada kebenarannya.

Sebahagian usia kita dihabiskan untuk tidur iaitu kira-kira sepertiga umur (8 jam setiap hari). Setelah itu sepertiga lagi (8 jam) digunakan untuk bekerja bagi mencari nafkah di dunia.
Biasanya waktu yang dapat kita nikmati ’sebebas-bebasnya’ ialah awal pagi dan lewat petang. Masa yang kita lalui juga begitu pantas berlalu. Pejam celik pejam celik kita bakal menjadi dewasa, berumahtangga, punya anak dan cucu dan akhirnya kembali ke alam yang baqa.

Firman Allah (Erti):
Orang-orang Kafir bertanya kepadamu (Muhammad) tentang hari berbangkit (kiamat), Bilakah bakal ia terjadi?
Siapakah kamu (sehingga) dapat menyebutkan (waktunya?)
Kepada Tuhanmulah dikembalikan kesudahannya (ketentuan waktunya)
Kamu hanyalah pemberi peringatan bagi siapa yang takut kepadanya (hari berbangkit)
“Pada hari mereka melihat hari berbangkit itu, mereka merasa seakan-akan tidak tinggal (di dunia) melainkan (sebentar saja) di waktu petang atau pagi hari”.

Surah An Naaziat Ayat 42 - 46

This entry was posted on Tuesday, September 08, 2009 at 10:33 PM . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

1 comments

Assalammualaikum..mmm...subhanallah... selama ini terlalu ramai manusia yang lalai termasuk lah zool sendiri.. bukan mudah untuk kita memcapai matlamat ketika di akhirat kelak.. di dunia masa adalah penting sangat2...kerana ia takkan kembali... terima kasih dengan article ni.. semoga banyak lagi article macam ni... mmm

October 20, 2009 at 3:36 PM

Post a Comment

Antara kenangan disepanjang program Latihan Amali Dakwah Muslim

18 Ogos 2009-24 ogos 2009. Semoga perjalanan program yang telah dilaksanakan

membawa seribu satu pengertian. Selamat Menyambut Bulan Ramadhan