Zulhijjah Datang Lagi  

Posted by Azlinda Mohd

Sejarah Ibadat Haji

Dari segi sejarah, syariat ibadat haji telah dibawa oelh junjungan besar Nabi Muhammad SAW sebagai membaharui dan menyambung ajaran Nabi Allah Ibrahim AS. Ibadat haji mula diwajibkan ke atas umat Islam pada tahun ke-6 Hijrah, dengan turunnya ayat 97 surah Al- Imran yang bermaksud:
"Dan Allah Taala mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu dan berkuasa sampai kepada-Nya dan sesiapa yang kufur dan ingkar kewajipan itu, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya dan tidak berhajatkan sesuatu pun daripada sekalian makhluk"

Pada tahun tersebut, Rasulullah SAW bersama-sama lebih kurang 1500 orang telah berangkat ke Kota Makkah untuk menunaikan fardhu haji tetapi tidak dapat mengerjakannya kerana telah dihalang oleh kaum Quraisy hingga wujudnya satu perjanjian yang dinamakan perjanjian Hudaibiah.

Perjanjian itu membuka jalan bagi perkembangan Islam iaitu pada tahun berikutnya (tahun ke-7 Hijrah), Rasulullah telah mengerjakan Umrah bersama-sama 2000 orang umat Islam. Pada tahun ke-9 Hijrah barulah ibadat haji dapat dikerjakan apabila Rasulullah SAW mengarahkan Saidina Abu Bakar al-Siddiq mengetuai 300 umat Islam mengerjakan haji.

Rasulullah SAW hanya berkesempatan menunaikan fardhu haji sekali sahaja seumur hidup baginda. Haji itu dinamakan "Hijjatul Wada' ", kerana selepas haji itu tidak berapa lama kemudian baginda pun wafat. Baginda telah berangkat ke Madinah al-Munawwarah pada hari sabtu, 25 zulkaedah tahun 10 Hijrah bersama isteri dan sahabat-sahabat baginda seramai 90,000 orang.

Baginda telah menyempurnakan amalan-amalan sunat ihram, memakai ihram dan berniat ihram di Zulhulaifah, sekarang dikenali dengan nama Bir Ali, 10km daripada Madinah dan baginda sampai ke Makkah pada 4 Zulhijjah setelah mengambil masa 9 hari dalam perjalanan. baginda berangkat ke Mina pada 8 Zulhijjah dan bermalam disitu. kemudian ke Arafah untuk berwukuf pada 9 Zulhijjah yang jatuhnya pada hari jumaat. Rasulullah SAW telah menyempurnakan semua rukun dan wajib haji hingga 13 Zulhijjah dan pada 14 Zulhijjah, baginda telah berangkat meninggalkan Makkah Al-Mukarramah menuju balik ke Madinah
al-Munawwarah.

- Sumber: Sinar Rohani

This entry was posted on Monday, November 02, 2009 at 8:08 PM . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment

Antara kenangan disepanjang program Latihan Amali Dakwah Muslim

18 Ogos 2009-24 ogos 2009. Semoga perjalanan program yang telah dilaksanakan

membawa seribu satu pengertian. Selamat Menyambut Bulan Ramadhan