Posted by Rabeah Ab. Rahman

HATI ITU RAJA...

Kita selalu teruja seseorang yang berpenampilan menarik dan mempunyai fizikal yang menawan. Tetapi fizikal yang menawan belum tentu menjamin kesempurnaan seseorang. Walaupun Allah SWT menyatakan bahawa manusia adalah sebaik-baik kejadian tetapi yang menjadikan manusia lebih lengkap adalah HATI.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, " Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada jasad dan rupa bentuk kamu, tidak kepada keturunan atau harta kekayaanmu. Sebaliknya Allah memandang kepada hati kamu. Maka sesiapa yang memiliki hati yang suci bersih, nescaya Allah amat mencintai orang itu. Ketahuilah wahai anak Adam, bahawa orang yang dicintai Allah adalah orang yang paling takwa di kalangan kamu." ( Riwayat Muslim dan Tabrani)
Hati manusia bertindak sebagai raja, yang mengawal baik buruk, sejahtera atau sengsara, sihat dan sakit dan sebagainya. Sekiranya hati baik, maka baiklah seluruh diri.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, " Sesungguhnya dalam jasad manusia adalah segumpal daging. Apabila dia baik, maka baiklah seluruh jasad. Tetapi apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasadnya. Ketahuilah, bahawa itu adalah hati."(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Hati mencerminkan keperibadian seseorang, agen penentu dan tapak iman tempat berkumpulnya segala sifat baik atau tercela manusia. Maka disebabkan itu juga, Rasulullah SAW selalu berdoa, " Ya Allah, ya Tuhanku, yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku atas landasan agama-Mu."

This entry was posted on Monday, August 31, 2009 at 10:47 PM . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment

Antara kenangan disepanjang program Latihan Amali Dakwah Muslim

18 Ogos 2009-24 ogos 2009. Semoga perjalanan program yang telah dilaksanakan

membawa seribu satu pengertian. Selamat Menyambut Bulan Ramadhan