Ke aRaH MeWuJuDKaN KeAmaNaN SeJaGAt  

Posted by Anonymous

Jangan biarkan darah berlumuran, airmata berlinangan, mayat bergelimpangan kelak tiada lagi secebis keamanan. Kata-kata perlu diasimilasikan demi menjaga keamanan sejagat. Sekiranya dulu kita ada liga bangsa untuk menjaga keamanan tapi setelah berlaku perang dunia kedua pertubuhan bangsa-bangsa bersatu telah diwujudkan. Apakah ini adalah kelemahan liga bangsa? Sama-sama kita fikirkan PBB masih wujud namun perang yang berlaku di Iraq, Afghanistan, Iran, Palestin dan banyak lagi terus berlaku. Adakah PBB ini meruoakan boneka ataupun mayat hidup kepada sesebuah negara?

Artikel 2(4) menetapkan bahawa sesebuah negara tidak boleh melakukan kekerasan ataupun ketenteraan ke atas sesebuah negara. Tanggal 14 oktober 1945 menjadi saksi revolusi yang mungkin menjadi transformasi untuk keamanan dunia. Namun, lima kuasa veto menjadi penghalang kepada dunia untuk merasai secebis keamanan. Retrospeksi menyaksikan bumi palestin dijajah oleh tentera zionis selama 60 tahun. Bayangkan kepedihan dan keperitan yang dialami oleh manusia yang tidak bersalah dan yang masih lagi tidak mengenal apa itu erti kehidupan. Pernahkah kita terpikir akan semua ini???

60 tahun dijajah,namun tiada sebarang tindakan signifikan bagi mengembalikan keamanan di negara Palestin. Heterogen diplomasi dijalankan namun apa yang dijumpai hanyalah jalan kebuntuan bukannya jalan penyelesaian. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Kepayahan dan penderitaan yang dialami oleh mereka haruslah dirasai oleh kita semua. Islam sendiri menyatakan bahawa semua umat Islam itu bersaudara seiring dengan firmanNya dalam surah al-Hujrat ayat 10 :

انما المؤمنون ٳخوة فأصلحوا بين أخويكم واتقوا الله لعلكم ترحمون

Mafhumnya: Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, maka damaikanlah di antara keduanya yang berselisih dan bertaqwalah kepada ALLAH agar kamu mendapat rahmat…

Wahai pejuang-pejuang agama ALLAH, Bangkitlah!! Bangunlah !! marilah sama-sama kita bersatu menumpaskan kezaliman agar keamanan yang diimpikan menyelubungi pelosok dunia ini… Bantulah saudara-saudara kita yang masih lagi menikmati keperitan, kepedihan dan kesengsaraan akibat kekejaman tentera Zionis.. Siapa lagi yang mereka harapkan untuk membantu kalau bukan kita semua.…

7 Tingkat Neraka dan Penghuninya  

Posted by Unknown in

NERAKA berasal perkataan Ibrani bermaksud unggun api menjadi tempat seksaan Allah yang dikhususkan untuk golongan ingkar kepada perintah-Nya ketika di dunia.

Di neraka, orang kafir termasuk golongan yang ingkar perintah Allah diseksa sebagai pembalasan seperti dijanjikan Allah SWT dalam firman bermaksud: "Wahai orang beriman jagalah dirimu, keluargamu daripada api neraka. Bahan bakarnya adalah manusia dan batu. Sedangkan penjaganya adalah malaikat yang gagah lagi bengis. Mereka tidak menderhaka Allah, mereka melakukan apa saja yang diperintahkan kepadanya." (Surah At-Tahrim: 6)

Api neraka berjuta kali panasnya berbanding api di dunia. Jika api itu jatuh ke bumi, walaupun sebesar hama, hancur lebur dunia ini. Itulah kepanasan api neraka yang tiada tolok bandingnya.

Tujuh nama neraka menanti golongan yang mendustai dan mengingkari perintah Allah SWT. Pembahagian tingkatan neraka menurut Syeikh Dahak Al-Ahbar yang kemudian dipersetujui ahli tafsir dan Usuluddin, antaranya Syeikh Qurthubi dan Imam Al-Ghazali ialah:

· Neraka Jahanam. Tingkat teratas. Neraka ini bermula dari tingkat paling atas sehingga ke terakhir (bawah). Ia seburuk-buruknya dan penghuni kekal di dalamnya.

Firman Allah SWT bermaksud: "Katakan kepada orang kafir; nanti kamu akan dikalahkan oleh orang Islam dan dihimpunkan kamu dalam Neraka Jahanam. Di sanalah tempat seburuk-buruknya." (Surah Al-Imran:12)



Begitu juga dalam surah An Nisa, ayat 169, Allah SWT berfirman: "Orang kafir dan orang aniaya, mereka tidak diampunkan Allah dan tidak pula ditunjukkan jalan melainkan ke Neraka Jahanam. Mereka kekal dalam neraka itu selamanya. Yang demikian itu mudah sekali bagi Allah".

· Laza adalah tingkat kedua yang dihuni pendusta agama Allah dan berpaling daripada ajarannya. Firman Allah bermaksud: "Sebab itu Kami beri khabar menakut kamu dengan Neraka Laza (neraka yang menyala-nyala). Tiada yang masuk ke dalamnya melainkan orang celaka, iaitu orang mendustakan agama dan berpaling daripadanya." (surah Al-Lail: 14-16)

· Huthamah ialah neraka tingkat ketiga tempat mereka yang lalai dalam mengerjakan perintah Allah kerana dipengaruhi harta dunia.

· Sa'ir ialah tingkat ke empat neraka dihuni mereka yang makan harta anak yatim. Mata dan telinga mereka menjadi buta dan pekak manakala kulitnya tebal seperti Jabal Uhud.

· Saqar ialah neraka tingkat kelima, antara penghuninya ialah orang tidak bersolat percaya kepada perkara bidaah, tidak memberi makan orang miskin dan tidak percaya kepada Hari Pembalasan.,

· Jahim neraka tingkat keenam. Penghuninya melakukan dosa besar seperti berzina, membunuh, mendustai agama Allah dan minum arak.

· Hawiyah ialah neraka paling bawah menempatkan orang memusuhi Nabi. Walaupun neraka ini paling bawah, apinya sangat panas. Firman Allah SWT bermaksud: "Siapa yang ringan timbangan, dia dilemparkan ke Neraka Hawiyah. Tahukah kamu apakah Neraka Hawiyah? Ia adalah api yang sangat panas. " (surah Al-Qariah: 8-11)

Salam Lebaran  

Posted by Prof Madya. Dr. Badlihisham

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin!

Kepada semua warga LADM 09, mohon ampun dan maaf di atas segala kesalahan yang dilakukan sepanjang jalan dakwah. Semoga Ramadhan dan Lebaran ini memberi keberkatan kepada semua.

Makan kuih tu jangan sampai lupa assignment!

Ikhlas dari Dr. Badli

Benarkah politik itu kotor??  

Posted by syifak in

benarkah politik itu kotor?? Realiti senario politik semasa pada masa kini banyak mempengaruhi oleh sepak terajang para politician. Terdapat segelintir ahli politik pada masa sekarang sanggup melakukan apa sahaja demi mempertahankan survival mereka tanpa mengambil kira baik buruk tindakan mereka. Teori yang diperkenalkan oleh Macheavelli menjadi teori ikutan di mana matlamat menghalalkan cara ([Photo] the end justifies the means) telah dijadikan sebagai senjata sekiranya diperlukan. Budaya-budaya yang tidak sepatutnya berlaku seperti budaya lobi melobi,politik wang, politik murahan dan sebagainya telah mencemarkan lagi senario politik semasa kini. Keadaan ini berlaku kerana keinginan yang tinggi dalam mempertahankan karier politik sehingga pertimbangan agama dan moral sudah tidak dihiraukan lagi. budaya politik kotor ini sebenarnya sudah lama berlaku dalam sejarah manusia. Firaun umpanya telah menyalahgunakan kuasanya sehinggakan mengarahkan kanak-kanak kecil lelaki dibunuh kerana takutkan kedudukannya alkan tergugat. Peristiwa ini telah dirakamkan di dalam al-Quran yang bermaksud : ... Firaun berkata : aku akan membunuh anak-anak lelaki mereka dan membiarkan anak-anak perempuan mereka hidup. Sesungguhnya kita berkuasa ke atas mereka ( al-A'raf 7: 127).Politik dan Islam sememangnya suatu yang tidak dapat dipisahkan. Kehidupan Baginda junjungan sentiasa berhadapan dengan politik. Politik ketika bermasyarakat, di dalam rumahtangga malah dalam urusan ibadat seperti solat pun terdapat unsur politik yang diterapkan. Ini kerana konsep politik yang dibawa oleh Baginda ialah menjadikan Islam Is The Way of Life. Ini kerana kesempurnaan sistem Islam dalam mencaturkan kehidupan manusia telah dijaelaskan di dalam al-Quran iaitu( surah al-An'am 6: 38). Ayat ini jelas menunjukkan sistem Islam yang begitu universal telah menrangkumi soal sosial, ekonomi, politik, ketenteraan, pendidikan dan sebagainya. Nilai etika telah pun diperintahkan oleh Allah s.w.t untuk manusia ikuti didalam berpolitik. Nilai ketauhidan yang jitu merupakan suatu basic kepada pemimpin-pepimpin politik. Ini kerana sistem Politik mengikut kaca mata Islam perlulah di suntuk dengan nilai Aqidah Islamiyyah. Sekiranya ahli-ahli politik mengikuti nilai aqidah Islam ini sudah pasti tidak akan berlaku budaya-budaya negetif seperti yang tersebut di atas. Kesimpulannya, politik itu bukan suatu elemen yang kotor..yang menjadikan politik itu kotor ialah manusia itu sendiri yang salah memilih methodnya ketika berpolitik...

Pengumuman...  

Posted by Noor Hafizah in

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kepada semua sahabat kelas blog iaitu tutorial hari selasa jam 11.00 pagi sahabat diminta mengambil perhatian tentang pengagihan tugas yang disediakan dibawah. Tugasan sahabat hendaklah di submit pada saya Hafizah by email sebelum hari jumaat iaitu pada 18. september 2009 iaitu sebelum cuti raya untuk proses penyusunan. Sekiranya sahabat menghantar selepas hari jumaat yang telah ditetapkan tugas menyusun dan sebagainya akan diambil alih oleh kumpulan yang menghantar lewat. Harap maklum...

Tugasan ini mempunyai 4 bab. Bab 1 adalah tentang pendahuluan yang mana pendahuluan ini menerangkan tentang pendahuluan blog. Seperti biasa ia mengandungi matlamat, objektif, memahami dakwah melalu blog serta tambahan maklumat yang lain. Kumpulan ini juga hendaklah menerangkan sedikit sebanyak 3 sub topik secara umum kerana setiap topik akan bakal diulas lebih khusus oleh kumpulan yang lain.

Bab 2 adalah tentang teori blog, sejarah blog, dakwah melalui blog dan sedikit perbandingan antara blog dengan blog dakwah yang lain dan apa-apa maklumat tambahan mengenai blog dan elaborate secara lebih khusus.

Bab ke 3 menerangkan tentang blog Islam dan Gerakan Dakwah. Kaji sedikit sebanyak tentang matlamat awal atau tujuan penciptaan blog ini adalah untuk aktiviti LADM. Kemudian pengisian menjadi lebih bersifat umum dan sebagainya. Terangkan Organisasi blog ini (contributors) dan hak milik rasmi blog ini (pandailah buat ayat). Terangkan juga tentang blog ini dari sudut teknikal, isi kandungan, latar belakang, penulisan dan sebagainya.

Manakala bab 4 pula menerangkan dan menganalisis persepsi pelajar terhadap blog ini khsusnya berdasarkan soal selidik yang bakal diagihkan kepada pelajar pada hari jumaat ini. Kumpulan ini juga hendaklah mengemukakan cadangan untuk penambahbaikkan blog ini. Mereka juga hendaklah bertanggungjawab terhadap tugasan SPSS dan kesimpulan. Sila dapatkan soal selidik daripada saya sesegera mungkin iaitu pada esk petang.

Tugasan bab pendahuluan
-Syifak
- Jamilah Alimin
- Hawa huzaifah
-Kharunnisaa

Tugasan bab 2
- Azlinda
-Rabeah Abd Rahman
- Farihan

Tugasan bab 3
- Nadia
- Roziawati
- Akma Rawi
- Yusra

Tugasan bab 4
-Seri Herdayu
- Akma Nordin
- Shahrina

Sebarang rujukan yang diambil daripada internet hendaklah disertakan url didalam tugasan tersebut.

Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi saya pada bila2 masa kecuali masa2 terawikh.. :-)

SEKIAN TERIMA KASIH
Segala kerjasama anda amatlah dihargai (*_*)

ramadhan untukku..  

Posted by syifak in


Ramadhan Untukku
Aku merinduimu
Kini kau kembali
Betapa girangnya hatiku
Menyambut kedatanganmu
Masih ku ingat tragedi lepas
Pemergianmu mengundang seribu kepiluan
Sebaknya dada melihat kau pergi

Aku menangis ,Aku merintih
Tidak terdaya ku menghentikanmu
Dari pergi dariku
Andai diberi pilihan
Akanku mohon keberadaanmu di sisiku selamanya
Kini kau kembali
Membawa sejuta harapan
Menyinari diriku
Menerangi hatiku

Dengan keteguhan iman
Yang tiada bandingan
Kaulah harapanku
Kaulah peneguh imanku
Kaulah pengubat luka Semoga diriku
Akan lebih berbahagia di bulanmu, RAMADHAN.........

hidup ini hanya sepagi atau sepetang....  

Posted by farihan

Percayakah kita bahawa hidup di dunia ini ibarat hanya sepagi atau sepetang sahaja. Memang sukar untuk kita mempercayainya namun jika kita renung dan berfikir sejenak sebenarnya memang ada kebenarannya.

Sebahagian usia kita dihabiskan untuk tidur iaitu kira-kira sepertiga umur (8 jam setiap hari). Setelah itu sepertiga lagi (8 jam) digunakan untuk bekerja bagi mencari nafkah di dunia.
Biasanya waktu yang dapat kita nikmati ’sebebas-bebasnya’ ialah awal pagi dan lewat petang. Masa yang kita lalui juga begitu pantas berlalu. Pejam celik pejam celik kita bakal menjadi dewasa, berumahtangga, punya anak dan cucu dan akhirnya kembali ke alam yang baqa.

Firman Allah (Erti):
Orang-orang Kafir bertanya kepadamu (Muhammad) tentang hari berbangkit (kiamat), Bilakah bakal ia terjadi?
Siapakah kamu (sehingga) dapat menyebutkan (waktunya?)
Kepada Tuhanmulah dikembalikan kesudahannya (ketentuan waktunya)
Kamu hanyalah pemberi peringatan bagi siapa yang takut kepadanya (hari berbangkit)
“Pada hari mereka melihat hari berbangkit itu, mereka merasa seakan-akan tidak tinggal (di dunia) melainkan (sebentar saja) di waktu petang atau pagi hari”.

Surah An Naaziat Ayat 42 - 46

Antara kenangan disepanjang program Latihan Amali Dakwah Muslim

18 Ogos 2009-24 ogos 2009. Semoga perjalanan program yang telah dilaksanakan

membawa seribu satu pengertian. Selamat Menyambut Bulan Ramadhan