Gurauan yang melalaikan  

Posted by Rabeah Ab. Rahman in

Gurauan Yang Melalaikan.....

Banyak ketawa atau bergurau senda dipercayai boleh melalaikan hati. Maka disebabkan itu, Rasulullah saw melarangnya seperti sabda yang bermaksud, " Jika kamu tahu apa yang aku tahu, nescaya kamu akan banyak menangis dan sedikit tertawa." (Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Anas dan Aisyah Abu Bakar)

Pesanan Sayidina Umar al-Khattab, " Sesiapa yang banyak ketawa, nescaya dia kurang disegani orang. Sesiapa yang suka bergurau senda, nescaya orang akan memandang ringan terhadapnya. Sesiapa yang memperbanyak sesuatu, nescaya menjadi terkenal kerana sikapnya itu. Sesiapa yang banyak bohongnya, nescaya kurang malunya. Sesiapa yang kurang sifat malunya, nescaya kurang waraknya. Dan sesiapa yang kurang waraknya, nescaya mati hatinya."

Kata Umar lagi, " Tahukah kamu mengapa bergurau senda itu dinamakan al-muzaah (maksudnya alih atau ubah)?" Jawab sahabat, " Tidak!" Jawab Umar, " Kerana gurau senda (al-muzaah) itu mengalih atau mengubah seseorang daripada kebenaran."

Solat Tiang Agama  

Posted by Hawa' in

Berkata Rasulullah S.A.W: Barangsiapa memudah-mudahkan akan solatnya dan menghina-hina akan dia nescaya diseksa akan dia oleh Allah S.W.T dengan 15 seksa, 6 di dalam dunia, 3 ketika matinya dan 3 di dalam kuburnya dan 3 ketika bertemu dengan Tuhannya, maka berkata sahabat: " Hai Rasulullah, maka apa seksa yang mengenai akan dia di dalam dunia maka sabdanya:
  1. Diangkat oleh Allah S.W.T daripada umurnya
  2. Diangkat oleh Allah S.W.T akan berkat daripada rezekinya
  3. Diangkat oleh Allah S.W.T daripadanya akan tanda segala orang yang soleh
  4. Tiada bahagian baginya daripada Islam
  5. Daripada tiap-tiap amal kebajikan yang dibuat tiada diberi pahala atasnya
  6. Tiada diangkat baginya doanya kepada langit, maka berkata sahabat Nabi: "Hai Rasulullah, maka apa seksa yang mengenai akan dia pada ketika matinya?" Maka sabdanya:"Mati ia padahal hina, dan mati is padahal lapar, dan mati ia padahal dahaga. Dan jikalau dijiruskan akan dia dengan air sungai yang di dalam dunia nescaya tiada hilang akan dahaganya.
Berkata sahabat:"Hai Rasulullah, maka apa seksa yang mengenai akan dia di dalam kuburnya?" Maka sabdanya:
  1. Disempitkan oleh Allah S.W.T akan liang lahadnya
  2. Dihimpit di dalam kuburnya
  3. Menghantar oleh Allah S.W.T akan seorang malaikat yang mengazab hingga hari kiamat dan disiksa oleh Allah di dalam kuburnya dengan ular yang besar. Bermula namanya Syuja' Al-'Aqra', dua matanya daripada api dan dua kukunya daripada besi.
Seksa yang akan dihadapi ketika bertemu Allah S.W.T apabila belahnya langit nescaya datang akan seorang malaikat Al-'Azab dan pada tangannya itu rantai dan panjangnya itu 70 hasta, maka menjadikan ia akan dia pada lehernya. Kemudia dimasukkan ke dalam mulutnya dan dikeluarkan ia daripada duburnya, kemudia menghela ia ke atas mukanya dan belakangnya lantas menyeru kepadanya dengan berkata: "Inilah balasan orang yang mensia-siakan solat fardhu yang diperintahkan oleh Allah S.W.T, kemudian dibawa akan ia ke neraka.

(solat olehmu,hai anak adam), jangan engkau mudahkan akan solat kerana solat itu tiang agama.
Muka orang yang meninggalkan solat akan menjadi hitam pad hari kiamat.

Sekian Waallahua'alam


Tanda-Tanda Kematian Orang Islam  

Posted by Hawa' in


( KURSUS PENYELENGGARAAN JENAZAH OLEH USTAZ ABDULLAH MAHMUD -KOR AGAMA TENTERA DARAT DI SURAU ANSAR, LORONG KIRI 5, JALAN DATUK KERAMAT, KUALA LUMPUR)

Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan wujud cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini. Rasulallah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda. Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk engkafankan bahagian mukanya. Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT. Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :

Tanda 100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan. Tanda 3 hari Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

PENUTUP

Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semuga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita. Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata. Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat. Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri. WALLAHUA`LAM

FITNAH  

Posted by Hawa' in


Sesungguhnya fitnah merupakan satu elemen yang cukup bahaya, apatah lagi fitnah terhadap agama yang boleh menjurus kepada hukum membunuh, kerana al-Quran ada menegaskan bahawa fitnah itu lebih dahsyat daripada pembunuhan. (maksud ayat 191 dan 217 surah al-Baqarah).

Baginda Rasulullah s.a.w. pernah menegaskan dalam salah satu hadisnya yang bermaksud : �Bersegeralah lakukan amalan-amalan yang baik-baik (jika ia di waktu siang jangan tunggu hingga menjelang malam yang gelap gelita), kerana ia akan menimbulkan fitnah, seperti seorang lelaki di mana pada waktu pagi dia seorang muslim dan apabila menjelang petang atau malam dia menjadi seorang kafir pula, dia menjual agama kerana kepentingan dunia yang terlalu sedikit.� Hadis Sohih riwayat Imam Ahmad, Muslim dan Tirmizi daripada Abu Hurairah.

Apa yang dijelaskan oleh baginda Rasulullah s.a.w. menerusi hadis di atas ialah terdapat orang Islam sendiri yang melakukan fitnah dengan tindakannya terhadap agamanya sendiri semata-mata mengecapi habuan dan janji dunia yang bersifat sementara, sedangkan fitnah yang dilakukannya benar-benar mencabar agama yang dianutinya dan menjadi bahaya kepada pegangan akidah dan kepercayaan kepada Allah SWT selaku Pencipta alam maya ini.

Fitnah yang terjadi itu boleh berlaku kerana orang yang terlibat itu sama ada benar-benar tidak memahami atau memiliki ilmu-ilmu fardu �ain ataupun kerana berhasrat meraih kepentingan dengan penampilan agama, atau memang di kalangan orang-orang munafiq, ketiga-tiga kategori manusia itu dianggap golongan yang jahat kerana mahu memburukkan Islam.

Jenis-jenis fitnah terhadap agama Islam

1- Fitnah melalui kepimpinan negara. 2- Fitnah dalam belajar kerana mahu dapat jawatan. 3- Fitnah melalui penampilan diri dan cara berpakaian. 4- Fitnah melalui ungkapan. 5- Fitnah melalui penulisan. 6- Fitnah melalui iklan produk. 7- Fitnah melalui penglibatan dalam sukan dan hiburan. 8- Fitnah berbangga kerana berjaya memperbanyakkan bilangan masjid. 9- Fitnah kerana meninggalkan kewajiban beribadat. 10- Fitnah kerana tidak menunjukkan akhlak Islam yang mulia. Fitnah�..oh fitnah�..dan banyak lagi.

1- Fitnah melalui kepimpinan negara.

Terdapat para pemimpin negara-negara umat Islam, yang tidak segan silu untuk mengisytiharkan bahawa mereka telah melaksanakan undang-undang Islam dalam pentadbiran negara dan boleh dikatakan negara mereka adalah sebuah �Negara Islam�, sedangkan pada masa mereka mentadbir dengan sistem Sekular, Kapitalis, Sosialis dan lain-lain.

Yang tidak menampakkan Islam secara jelas, isteri-isteri mereka tidak memakai hijab (tudung kepala) serta menutup aurat dengan sempurna, tidakkah tindakan mereka itu telah memfitnah Islam secara langsung di hadapan orang-orang bukan Islam yang keliru dan terus keliru.

2- Fitnah dalam belajar kerana mahu dapat jawatan.

Tidak kurang juga terdapat golongan ahli ilmu agama ketika sedang menuntut satu ketika dahulu, telah menanam hasrat untuk lulus cemerlang agar pulang nanti ditawarkan jawatan yang selesa, tetapi pada masa yang sama mereka lupa bahawa ketika menyandang jawatan penting di jabatan keagamaan, mereka tidak menjalankan tugas dengan sempurna, membiarkan perkara mungkar terus berlaku (takut nak tegur kerana bimbang tidak dinaikkan pangkat atau ditukar ke jabatan lain).

Tidak cukup dengan itu, idea untuk menyatakan perkara-perkara makruf agar jadi program utama pun terkadang-kadang tidak berani untuk dilakukan, bimbang dilabel golongan yang melawan pihak atasan, akhirnya masyarakat jadi keliru kerana golongan ahli agama pun bercakap tidak serupa bikin.

3- Fitnah melalui penampilan diri dan cara berpakaian.

Disebabkan kerana kurang pendedahan maklumat agama, sama ada tidak mahu duduk dalam majlis ilmu agama atau ceramah, maka ramai di kalangan orang Islam dalam negara Malaysia ini memperlihatkan penampilan diri mereka benar-benar tidak Islamik langsung.

Ada di kalangan golongan remaja Islam yang bertatoo, menampakkan pusat (perempuan), bergelang tangan, berantai dan bertindik (yang lelaki), mencukur bulu kening, memakai rambut palsu, yang perempuan menyerupai lelaki atau yang lelaki menyerupai perempuan.

Cara bercakap seperti orang bukan Islam, berlepak, merempit tanpa hala tuju hidup, mendurhaka dan melukai perasaan kepada ibu bapa, menyakiti jiran dan banyak, tidakkah semua tindakan itu fitnah terhadap Islam, kerana Islam tidak pernah mengajar penganutnya berbuat demikian.

4- Fitnah melalui ungkapan.

Terdapat di kalangan orang Islam yang memfitnah Islam dengan ungkapan mereka seperti kata-kata : Islam tidak relevan pada zaman orang mengejar Sains dan Teknologi, undang-undang Islam seperti hudud, qisas, takzir dan lain-lain sudah tidak sesuai pada hari ini, ia hanya boleh dilaksanakan di padang pasir di zaman Rasulullah s.a.w.

5- Fitnah melalui penulisan.

Terdapat juga segelintir penulis yang pro aliran songsang yang memperlekeh hukum-hukum Islam dalam blog, rencana atau buku-buku tulisan mereka, ia disifatkan sebagai satu tindakan berani kerana mereka tahu bahawa tindakan itu tidak akan dikenakan apa-apa.

6- Fitnah melalui iklan produk.

Satu lagi fitnah yang tidak dapat dikawal akibat kelemahan para pemimpin negara ialah kecenderung syarikat-syarikat mempromosi produk mereka dengan menggunakan khidmat model-model Melayu/Islam, ada yang mendedahkan aurat, kepala semata-mata untuk menunjukkan bahawa produk mereka cukup berkesan tiada tompok-tompok hitam di badan

model.

7- Fitnah melalui penglibatan dalam sukan dan hiburan.

Para atlet negara termasuk yang angkat berat disertai atlet muslimah yang cukup menggiurkan ketika menunjukkan aksi mengangkat berta, termauk dalam sukan jimrama, renang, hoki dan lain-lain.

Begitu juga pendedahan aurat di kalangan penghibur seperti penyanyi, pelakon, pelawak wanita juga tidak kurang yang memakai pakaian yang tidak sesuai dengan jenama mereka sebagai orang Islam. Semua itu dianggap memfitnah Islam kerana menggambarkan seolah-olah Islam membenarkan tindakan itu.

8- Fitnah berbangga kerana berjaya memperbanyakkan bilangan masjid.

Satu lagi fitnah di akhir zaman ini ialah terlalu berbangga dengan bilangan masjid yang banyak, tetapi kosong dengan pengajian agama, malah terdapat pula replica masjid yang menelan blanja jutaan ringgit tetapi tidak boleh solat Jumaat di dalamnya.

9- Fitnah kerana meninggalkan kewajiban beribadat.

Ramai di kalangan pekerja Islam, bukan yang menceburi bidang binaan, yang bekerja dalam bilik berhawa dingin pun tidak melakukan solat fardu atau Jumaat, terdapat scenario di mana ada pekerja muslim di sebuah kilang ditegur majikan yang bukan Islam mengapa mereka tidak pergi menunaikan solat Jumaat.

10- Fitnah kerana tidak menunjukkan akhlak Islam yang mulia.

Disebabkan tidak menguasai dengan baik ilmu-ilmu fardu �ain, maka ramai di kalangan individu Islam tidak bercakap benar, melakukan pecah amanah berjuta ringgit, rasuah, penipuan, menggelapkan wang tabung haji dan sebagainya, menunjukkan sikap dan akhlak orang Islam sangat kritikal, sekali gus ia memfitnah agama Islam yang suci.

Sesungguhnya mereka itu semua berdosa di hadapan Allah kerana tidak menunjukkan sesuatu tindakan yang baik terutama kepada golongan yang lebih muda ataupun di kalangan bukan Islam yang merasakan Islam menjana kegiatan yang tidak bermoral.

Justeru, asas kepada pengukuhan jati diri muslim bersama agama Islam dalam apa jua keadaan, sama ada ketika Islam berada di puncak atau sedang berada di bawah, namun dia tidak akan berganjak walau setapak pun kerana begitu yakin bahawa Islam adalah satu-satunya agama yang diperakui benar di sisi Allah SWT. _

RENUNGAN.....  

Posted by farihan in

Rahsia Orang Mukmin,,,,

Kejayaan orang mukmin berkait rapat dengan solat yang dilakukan lima kali sehari.

Terdapat pelbagai teknik dan strategi untuk kita mempertingkatkan khusyu’ dalam solat. Strategi ini terbahagikan kepada dua iaitu strategi sebelum solat, dan semasa solat.

Strategi Sebelum Solat

1. Pastikan kita betul-betul mengawali anggota badan kita khususnya mata, telinga, mulut serta anggota lain daripada melakukan maksiat di sisi Allah SWT.
2. Pastikan sumber kewangan seharian kita adalah daripada yang halal dan tayibba.
3. Pastikan pakaian yang dipakai bersih dzahir dan batin.
4. Pastikan berwudhu’ dengan sempurna.
5. Pastikan memahami makna setiap bacaan dalam solat.
6. Pastikan sudah memahami rukun yang wajib, sunat.
7. Pastikah sudah memahami perkara yang membatalkan solat.

Strategi Semasa Solat

1. Pastikan anda solat berjamaah di masjid khususnya muslimin.
2. Pastikan anda bersegera datang ke masjid.
3. Pastikan anda menjaga dan mengawal anggota badan daripada perkara yang membatalkan solat.
4. Pastikan anda menjaga hati anda dengan memberi tumpuan sepenuhnya pada solat.
5. Pastikan anda membaca bacaan dalam solat dengan ‘tartil’
6. Pastikan anda menghayati setiap bacaan dalam solat.
7. Pastikan anda mengikut imam dengan tertib

Semua ini merupakan beberapa strategi untuk mendapatkan solat yang khusyuk. Jadi kenapa saya tekankan solat yang khusyu’? Inilah merupakan rahsia kejayaan orang mukmin di atas muka bumi ini.

Bagaimana solat yang khusyu’ mendatangkan kejayaan?

Perkara pertama yang perlu kita fahami ialah apa itu khusyu’. Beberapa pandangan ulama’ muktabar telah memberikan ulasan mereka tersendiri berkaitan dengan khusyu’ ini. Antara yang biasa kita dengar ialah serendah-rendah khusyuk ialah kita mengetahui apa yang sedang kita baca dan mengetahui berapa rakaat dia sedang solat.

Khusyu’ yang lebih mudah dimengertikan ialah kita mestilah menjaga segala perkara yang membatalkan solat, menyempurnakan solat dengan sebaiknya dan hati mestilah memberi tumpuan yang sepenuhnya terhadap solat itu sendiri.

Apabila kita menjaga solat dengan baik termasuk khusyu’, maka natijahnya terkesan dalam kehidupan kita seharian. Di masa solat kita telah melatih diri kita untuk mengingati Allah SWT. Kita akan melaksanakan kewajipan dalam solat dan meninggalkan segala yang membatalkan solat.

Khusyu’ dalam solat pastinya akan membawa khusyu’ dalam kehidupan seharian. Allah SWT bukanlah Maha Melihat ketika kita berada dalam solat sahaja, bahkan Allah Maha Melihat tidak terbatas dengan waktu dan tempat.

Orang mu’min yang benar-benar beriman, maka mereka tidak akan melakukan maksiat kepada Allah SWT di masa bensendirian ataupun di dalam masyarakat. Kerana mereka khusyu’ dengan melaksanakan segala perintah Allah SWT dan meninggalkan segala perkara yang ditegah oleh Allah SWT sebagaimana dalam solat.

Inilah yang kita boleh sebut sebagai kejayaan. Sebenar-benar kejayaan ialah apabila kita metaati segala perintah Allah SWT dan meninggalkan segala larangan Allah SWT. Jika tersilap langkah, maka sewajibnya kita terus bertaubat kepada Allah SWT.

Di sebalik perintah Allah SWT dan laranganNya sudah tentu terkandung hikmah yang tidak mampu kita capai dengan aqal fikiran kita semata-mata. Allah SWT yang menjadikan kita, Allah SWT yang Maha Tahu tentang makhlukNya. Sesiapa yang tidak melaksanakan segala perintahnya dan membuat laranganNya maka pincanglah kehidupan, rosaklah perjalanan dan hinalah pengakhirannya.

ZAKAT FITRAH  

Posted by Azlinda Mohd in

"sesungguhnya zakat itu hanyalah untuk orang-orang fakir, orang miskin, amil zakat, yang dilunakkan hatinya (mualaf), untuk (memerdekakan) hamba sahaya, untuk (membebaskan) orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan untuk orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai kewajipan dari Allah. Allah maha Mengetahui, Mahabijaksana".
-surah al-Taubah ayat 60-

PENGERTIAN ZAKAT FITRAH

Harta pada kadar tertentu yang wajib dikeluarkan ketika terbenam matahari pada hari terakhir Ramadhan, dengan syarat-syarat tertentu ke atas setiap mukallaf dan orang di bawah tanggungannya.

SYARAT-SYARAT WAJIB ZAKAT FITRAH

  1. Islam
  2. Terbenam matahari pada hari terakhir Ramadhan
  3. Memiliki harta yang melebihi keperluan makan untuk diri dan tanggungannya pada hari raya dan malamnya

WAKTU MENGELUARKAN ZAKAT FITRAH
  1. waktu WAJIB iaitu mulai terbenam matahari pada hari akhir bulan Ramadhan
  2. waktu HARUS iaitu sepanjang bulan Ramadhan dan hari raya pertama
  3. waktu SUNAT iaitu pada subuh hari raya sebelum keluar untuk sembahyang hari raya
  4. waktu MAKRUH iaitu selepas sembahyang hari raya hingga akhir hari raya. *sekiranya dia melewatkannya hingga selepas dari itu (selepas terbenam matahari pada hari raya), maka dia berdosa dan wajib mengqada'kannya

Peluang Ummah Dalam Pembangunan Multimedia  

Posted by syifak in

Antara masalah ummah Islam dewasa ini ialah isu celik teknologi, khususnya teknologi multimedia. Selaku umat islam, kita seharusnya membuat beberapa persiapan dan menyediakan bekalan menjelang alaf yang mendatang. Persiapan ini tidak boleh diambil ringan banyak kelebihan yang ummat islam akan perolehi sekiranya menguasai ilmu ini secara teratur dan total. Antara bentuk-bentuk persediaan Ummat Islam ialah

  • mengetahui sejauhmanakah ICT boleh menular masuk ke dalam masyarakat Islam
  • mengetahui dasar-dasar dan cara-cara yang digunakan untuk memperkuatkan umat Islam
  • megetahui cara dalam mengusai persekitaran digital
  • menyedari tentang beberapa kelemahan teknologi ini

kefahaman ini pula perlu selalu mendapat rangsangan semoga ianya hidup dan membawa manfaat kepada manusia seluruhnya. ICT adalah penggunaan teknologi termoden untuk membantu manusia seluruhnya. ICT adalah penggunaan teknologi termoden untuk membantu manusia menganalisa, menyimpan dan mengalikan maklumat sama ada dalam bentuk data numerikal, teks, bunyi, imej ataupu grafik. Bidang teknologi ini telah pun dikuasai pakar-pakar di dalam bidang-bidang tertentu dan popularitinya telah melonjak dengan begitu mendadak kerana ICT mudah digunakan, cepat, berkualiti, menarik dan mempunyai keselamatan yang tinggi. Sesungguhnya umat Islam haruslah sedar akan tuntutan-tuntutan agama, dari pengakuan menerima Islam sebagai anutan sehinggalah tuntutan untuk melibatkan diri dalam usaha dakwah.( Muhd Jamil Sulaiman. 1999: 145-153) Usaha ini boleh di lakukan di peringkat diri sendiri, keluarga, jiran atItalicau negara. Umat Islam mestilah menyedari bahawa mereka mempunyai keperibadian yang tersendiri dan asli yang mampu untuk memegang tampuk aliran fikiran dan siasah dunia. Oleh itu antara wadah yang perlu digunakan dalam kehadiran era ledakan ini ialah menggunakan peluang-peluang yang terdapat dalam oembangunan teknologi multimedia ini. Semoga dengan penguasaan ilmu teknologi ini akan membantu lagi kita semua di dalam penyebaran risalah-risalah islam.

rujukan : Muhd Jamil Sulaiman. 1999. Multimedia dan Islam.Kuala Lumpur : Institut Kefahaman Islam Malaysia(IKIM).

Mahasiswa dan Gerakan dalam Berdakwah  

Posted by syifak in

Mahasiswa dan Gerakan dalam Berdakwah ADA kalangan menyalahkan idea dakwah ala `Harakatul Islamiyyah' sebagai antara punca kelembapan mahasiswa.. Sebenarnya, jika seseorang itu meneliti pemikiran yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh gerakan Islam terkemuka seperti As-syahid Hasan al-Banna, Maududi, Fathi Yakan, Dr Hassan Turabi,Syed Qutb atau seumpamanya,..mereka akan mendapati bahawa kelembapan gerakan mahasiswa Islam tidak berpunca dari situ bahkan kecemerlangan mahasiswa dan gerakan mahasiswa Islam boleh bermula dari situ. Gerakan Islam adalah satu usaha ke arah pembaikan urusan ummah Islam (islah atau tajdid), memperbetulkan segala yang bertentangan dengan kehendak Islam sama ada kesalahan itu terletak kepada pemerintah atau ummah seluruh (nahi mungkar) dan menyeru ke arah Islam yang sebenarnya (amar makruf). Gerakan Islam tidak bergerak di atas landasan nafsu, perasaan atau sentimen. Sesuai dengan prinsip Islam, gerakan Islam berpandukan kepada pertimbangan akal yang rasional dengan al-Quran dan Sunnah sebagai parameter maksimum dan minimum. Hasan al-Banna sendiri menegaskan dalam bukunya, Usul Isyrin bahawa tidak ada satu pandanganpun yang bersifat mutlak melainkan yang datangnya daripada Allah s.w.t dan Nabi-Nya Muhammad s.a.w. Setiap generasi berhak membina perundangan mereka sendiri dengan berasaskan prinsip syariah yang jelas. Begitu juga kepelbagaian kawasan dan zaman membawa kepada perbezaan tasawur perjuangan, agenda dan tindakan sebuah gerakan Islam. Ini bermakna idea daripada gerakan Islam luar yang menyangkut soal strategi atau pendekatan dakwah hendaklah terlebih dulu disaring oleh pendokong gerakan mahasiswa Islam sebelum digunakan dalam lingkungan masyarakat Malaysia. Ini kerana mungkin pendekatan yang dikemukakan oleh mereka relevan dengan situasi negara mereka, tetapi mungkin tidak sesuai di Malaysia.Tanggungjawab dakwah menuntut mahasiswa Islam meneliti dan menganalisis suasana sekitar mereka dan mengemukakan alternatif yang lebih baik kepada masyarakat.Apa yang diperlukan ketika ini ialah sumbangan mahasiswa Islam yang lebih bermakna dalam pembinaan masyarakat Islam. Mahasiswa Islam mestilah menyedari arus perdana dalam masyarakat dan negara sekarang, bukannya terperangkap dalam kota pemikiran yang mereka sendiri membinanya. Dalam banyak perkara yang membabitkan pembinaan masyarakat dan negara, suara mahasiswa Islam kini kurang kedengaran berbanding dengan mahasiswa terdahulu. Apa pandangan mahasiswa Islam dalam soal masyarakat Malaysia, Melayu baru, bahasa dan sebagainya.Perkara utama yang sebenarnya menyumbang ke arah kelembapan mahasiswa dan gerakan mahasiswa ialah kurangnya penguasaan ilmu dan pemikiran kreatif. Apa yang diketahui oleh kebanyakan mahasiswa ialah apa yang mereka pelajari secara khusus dalam bidang pengajian mereka, itupun tidak secara menyeluruh. Yang lebih dikejar oleh mahasiswa ialah mendapatkan sijil yang baik yang akan memberikan mereka peluang pekerjaan lebih baik. Soal ilmu adalah soal kedua yang boleh dikesampingkan berbanding kepentingan sijil. Oleh kerana itu, penghayatan budaya ilmu di kalangan mahasiswa amat kurang sekali. Ini dipengaruhi pula oleh keadaan sekarang yang terlalu menekankan kepada aspek pencapaian luaran yang melupakan soal pembudayaan ilmu itu sendiri. Bagi seorang mahasiswa matlamat mereka datang ke universiti ialah sekadar memenuhi harapan untuk mendapatkan kedudukan yang lebih baik dalam masyarakat. Di samping itu, dalam masyarakat kampus sekarang mahasiswa tidak dididik untukmenyintai ilmu dan berfikiran kreatif.Begitu juga dengan sesetengah mahasiswa yang membabitkan diri dalam gerakan Islam yang juga gagal membudayakan tradisi ilmu dalam diri mereka ataupun dalam gerakan mereka. Bukan saja mereka kurang membaca buku-buku di luar daripada bidang pengajian mereka bahkan mereka juga kurang menelaah pemikiran-pemikiran dalam gerakan Islam itu sendiri,Sedangkan salah satu daripada konsep utama dalam gerakan Islam ialah perlunya kefahaman mengenai hujah dan dalil mengapa sesuatu sikap itu diambil.Mustafa Masyhur, salah seorang pimpinan al-Ikhwanul Muslimun di Mesir, dalam bukunya al-Qudwah ala tariq addakwah menyebutkan ciri-ciri mahasiswa Islam contoh. Antaranya:
* Mahasiswa Islam hendaklah memperbetulkan niat. Kebanyakan mahasiswa Islam belajar hanya sekadar untukmendapat segulung ijazah. Tetapi yang dikehendaki sebenarnya supaya ia belajar untuk memberikan sumbanganterhadap Islam, umat Islam, menegakkan negara Islam serta mengisi ruang pengkhususan yang diperlukan oleh jemaahIslam.
* Mahasiswa Islam hendaklah membetulkan pandangannya terhadap pelajaran dan ia bukan semata-mata penguasaanakal mengenai maklumat yang perlu dipenuhkan di dalam otak untuk menjawab peperiksaan akhir tahun, tetapi yangdikehendaki ialah dapat menyediakan peribadi terpelajar yang membina ilmunya.
* Mahasiswa Islam contoh hendaklah membiasakan diri dengan kebersihan dimulai dengan pembersihan dalaman,pembersihan hati dan dendam dan hasad, pemarah dan takbur, terpedaya dan setiap yang dimurkai oleh Allah.
* Mahasiswa Muslim contoh hendaklah bukan sahaja berusaha menguasai pelajarannya dan mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan, mengatasi pelajar yang lain, malah menjadi pendakwah muda yang serba boleh di dalam mengislah masyarakat menjadi lebih baik..

Mahasiswa dan Gerakan dalam Berdakwah  

Posted by syifak in

ADA kalangan menyalahkan idea dakwah ala `Harakatul Islamiyyah' sebagai antara punca kelembapan mahasiswa. Sebagai kesan pemikiran begini, timbullah gejala konfrontasi, sloganisme dan sentimen yang merencatkan pertumbuhan
pemikiran yang dinamik, kreatif dan futuris. Sebenarnya, jika seseorang itu meneliti pemikiran yang dikemukakan oleh
tokoh-tokoh gerakan Islam terkemuka seperti As-syahid Hasan al-Banna, Maududi, Fathi Yakan, Dr Hassan Turabi,
Syed Qutb atau seumpamanya,..
mereka akan mendapati bahawa kelembapan gerakan mahasiswa Islam tidak berpunca dari situ bahkan kecemerlangan
mahasiswa dan gerakan mahasiswa Islam boleh bermula dari situ.
Sebenarnya gerakan Islam tidak pernah menyeru kepada konfrontasi secara membuta tuli atau bersikap sentimen tanpa
berpandukan akal yang rasional. Gerakan Islam adalah satu usaha ke arah pembaikan urusan ummah Islam (islah atau
tajdid), memperbetulkan segala yang bertentangan dengan kehendak Islam sama ada kesalahan itu terletak kepada
pemerintah atau ummah seluruh (nahi mungkar) dan menyeru ke arah Islam yang sebenarnya (amar makruf). Gerakan
Islam tidak bergerak di atas landasan nafsu, perasaan atau sentimen. Sesuai dengan prinsip Islam, gerakan Islam
berpandukan kepada pertimbangan akal yang rasional dengan al-Quran dan Sunnah sebagai parameter maksimum dan
minimum.
Jika berlaku apa yang dikatakan gejala konfrontasi, slogan dan sentimen dalam gerakan mahasiswa Islam, itu bukan
kesilapan pemikiran gerakan Islam tetapi adalah kesilapan mahasiswa itu sendiri yang gagal memahami dengan betul
gagasan gerakan Islam, atau kegagalan mereka untuk merealisasikan apa yang mereka pelajari daripada pemikiran
gerakan Islam. Inilah keadaan yang perlu diperbetulkan oleh mahasiswa Islam.
Pemikiran sesetengah mahasiswa Islam yang terkongkong dalam satu kerangka pemikiran tertentu yang dicerna
daripada pengalaman gerakan Islam luar adalah satu kesilapan yang tidak sepatutnya berlaku. Hasan al-Banna sendiri
menegaskan dalam bukunya, Usul Isyrin bahawa tidak ada satu pandanganpun yang bersifat mutlak melainkan yang
datangnya daripada Allah s.w.t dan Nabi-Nya Muhammad s.a.w. Setiap generasi berhak membina perundangan mereka
sendiri dengan berasaskan prinsip syariah yang jelas. Begitu juga kepelbagaian kawasan dan zaman membawa kepada
perbezaan tasawur perjuangan, agenda dan tindakan sebuah gerakan Islam.
Ini bermakna idea daripada gerakan Islam luar yang menyangkut soal strategi atau pendekatan dakwah hendaklah
terlebih dulu disaring oleh pendokong gerakan mahasiswa Islam sebelum digunakan dalam lingkungan masyarakat
Malaysia. Ini kerana mungkin pendekatan yang dikemukakan oleh mereka relevan dengan situasi negara mereka, tetapi
tidak di Malaysia.
Tanggungjawab dakwah menuntut mahasiswa Islam meneliti dan menganalisis suasana sekitar mereka dan
mengemukakan alternatif yang lebih baik kepada masyarakat. Jeritan slogan, konfrontasi atau demonstrasi semata-mata
tidak akan memberikan input yang bermakna kepada masyarakat. Dalam konteks kebangkitan Islam di Malaysia
sekarang, ia sedang berada dalam zaman pembinaan peradaban Islam itu sendiri bukan dalam era `runtuh-meruntuh'.
Apa yang diperlukan ketika ini ialah sumbangan mahasiswa Islam yang lebih bermakna dalam pembinaan masyarakat
Islam. Mahasiswa Islam mestilah menyedari arus perdana dalam masyarakat dan negara sekarang, bukannya
terperangkap dalam kota pemikiran yang mereka sendiri membinanya.
Dalam banyak perkara yang membabitkan pembinaan masyarakat dan negara, suara mahasiswa Islam tidak
kedengaran. Apa pandangan mahasiswa Islam dalam soal masyarakat Malaysia, Melayu baru, bahasa dan
seumpamanya seolah-seokah tidak kedengaran. Mahasiswa Islam bagaikan terpinggir daripada arus perdana, dan
hanya mampu berteriak dalam universiti dalam soal yang sudah berlalu.
Perkara utama yang sebenarnya menyumbang ke arah kelembapan mahasiswa dan gerakan mahasiswa ialah
kurangnya penguasaan ilmu dan pemikiran kreatif. Apa yang diketahui oleh kebanyakan mahasiswa ialah apa yang
mereka pelajari secara khusus dalam bidang pengajian mereka, itupun tidak secara menyeluruh. Yang lebih dikejar oleh
mahasiswa ialah mendapatkan sijil yang baik yang akan memberikan mereka peluang pekerjaan lebih baik.
Soal ilmu adalah soal kedua yang boleh dikesampingkan berbanding kepentingan sijil. Oleh kerana itu, penghayatan
budaya ilmu di kalangan mahasiswa amat kurang sekali. Ini dipengaruhi pula oleh keadaan sekarang yang terlalu
menekankan kepada aspek pencapaian luaran yang melupakan soal pembudayaan ilmu itu sendiri. Bagi seorang
mahasiswa matlamat mereka datang ke universiti ialah sekadar memenuhi harapan untuk mendapatkan kedudukan
yang lebih baik dalam masyarakat. Di samping itu, dalam masyarakat kampus sekarang mahasiswa tidak dididik untuk
menyintai ilmu dan berfikiran kreatif.
Begitu juga dengan mahasiswa yang membabitkan diri dalam gerakan Islam yang juga gagal membudayakan tradisi ilmu
dalam diri mereka ataupun dalam gerakan mereka. Bukan saja mereka kurang membaca buku-buku di luar daripada
bidang pengajian mereka bahkan mereka juga kurang menelaah pemikiran-pemikiran dalam gerakan Islam itu sendiri,
baik yang bersifat tradisional ataupun moden. Mereka hanya bergantung kepada apa yang diberikan oleh abang-abang
atau kakak-kakak usrah mereka tanpa perlu menimbang sama ada yang dikemukakan kepada mereka itu benar-benar
bersesuaian dengan situasi mereka atau tidak. Bagaimana mahasiswa Islam boleh memberikan sumbangan yang
bermakna kepada ummah Islam sekiranya mereka sendiri tidak memahami dengan jelas apa yang mereka perjuangkan.
Ada di kalangan mahasiswa yang membabitkan diri dalam gerakan Islam yang gagal memberikan alasan yang kukuh
mengapa mereka membabitkan diri dengan satu-satu gerakan Islam sebagai wadah perjuangan mereka melainkan
kerana itulah gerakan Islam yang dipilih oleh kakak-kakak atau abang-abang mereka yang terdahulu. Sedangkan salah
Usrah Wave Corporation
http://usrahwave.com/site Powered by Joomla! Generated: 26 August, 2009, 20:52
satu daripada konsep utama dalam gerakan Islam ialah perlunya kefahaman mengenai hujah dan dalil mengapa sesuatu
sikap itu diambil.
Mustafa Masyhur, salah seorang pimpinan al-Ikhwanul Muslimun di Mesir, dalam bukunya al-Qudwah ala tariq addakwah
menyebutkan ciri-ciri mahasiswa Islam contoh. Antaranya:
* Mahasiswa Islam hendaklah memperbetulkan niat. Kebanyakan mahasiswa Islam belajar hanya sekadar untuk
mendapat segulung ijazah. Tetapi yang dikehendaki sebenarnya supaya ia belajar untuk memberikan sumbangan
terhadap Islam, umat Islam, menegakkan negara Islam serta mengisi ruang pengkhususan yang diperlukan oleh jemaah
Islam.
* Mahasiswa Islam hendaklah membetulkan pandangannya terhadap pelajaran dan ia bukan semata-mata penguasaan
akal mengenai maklumat yang perlu dipenuhkan di dalam otak untuk menjawab peperiksaan akhir tahun, tetapi yang
dikehendaki ialah dapat menyediakan peribadi terpelajar yang membina ilmunya.
* Mahasiswa Islam contoh hendaklah membiasakan diri dengan kebersihan dimulai dengan pembersihan dalaman,
pembersihan hati dan dendam dan hasad, pemarah dan takbur, terpedaya dan setiap yang dimurkai oleh Allah.
* Mahasiswa Muslim contoh hendaklah berusaha menguasai pelajarannya dan mencapai keputusan yang baik dalam
peperiksaan, mengatasi pelajar yang lain.
Artikel ini diambil : http://www.disertasi.blogspot.com/
Usrah Wave Corporation

Doa Jauhi Wabak Penyakit...  

Posted by -nur-



-MARI SAMA-SAMA KITA AMALKAN-

Senarai Nama bilangan post  

Posted by Prof Madya. Dr. Badlihisham in

Kepada kelas Tutor 11.oo am-12.00tgh. Ini adalah jumlah terkini bilangan post yang anda telah postkan ke dalam blog ini..Serahan nama akan ditunda kepada hari yang tidak dapat dimaklumkan lagi.

NurKhairunnisa Wakimin 0

Yusra 5

Nur Akma 2

Roziawati 5

Shahrina 3

Syifak 1

Nurul Akma NORDIN 2

Seri Herdayu 1

Jamilah Alimin 0

Farihan 5

Azlinda 7

Rabeah Abd Rahman 9

Hawa Huzaifah 4

Nadia 6

Noor Hafizah 22

Selamat Berusaha..


Antara kenangan disepanjang program Latihan Amali Dakwah Muslim

18 Ogos 2009-24 ogos 2009. Semoga perjalanan program yang telah dilaksanakan

membawa seribu satu pengertian. Selamat Menyambut Bulan Ramadhan