“Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.; Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.; Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan; Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.”
[Qur'an, Surat 112 "al-Ikhlas"]
Saya memilih surah yang suci ini daripada kitabullah kerana ia memberi satu kesan yang besar ke atas saya dan ke atas kamu semua dan ia membawa kesan yang besar dan kesedaran di dalam hati orang-orang yang beriman.
Saudaraku para mujahiddin yang berjuang pada jalan Allah SWT! Apa yang dapat saya katakan kepada kamu semua? Ingin saya nyatakan kepada kamu: Perut kami telah dipenuhi oleh anak-anak haram yang dilakukan oleh para haiwan dan babi yang telah memperkosakan kami.
Atau saya boleh katakan kepada kamu bahawa mereka telah menelanjangkan kami, meludah ke muka kami dan mengoyak ayat al-Quran yang tergantung pada leher kami?
Allahu Akbar! Dapatkah kamu memahami keadaan kami? Adakah benar kamu tidak tahu menahu apa yang telah berlaku kepada kami? Kami adalah adik-adik kamu. Allah SWT pasti akan menyoal kamu mengenainya kelak.
Demi Allah, tidak pernah kami melalui satu malam semenjak kami berada di penjara ini tanpa dilompat oleh para haiwan dan babi tersebut untuk mengoyakkan tubuh kami dengan rakusnya. Dan kami telah berusaha sedaya upaya untuk melindungi perawan kami demi kerana takutkan Allah SWT.
Takutlah kamu kepada Allah! Bunuhlah kami semua berserta dengan mereka! Hancurkanlah kami bersama-sama dengan mereka! Jangan tinggalkan kami di sini untuk dijadikan sebagai bahan melepas nafsu ganas mereka dengan memperkosa kami! Ia merupakan satu tindakan yang boleh menggoncang arasy Allah SWT.
Takutlah kepada Allah berhubung dengan kami! Tinggalkanlah kereta kebal dan pesawat mereka di luar sana. Datanglah kepada kami di sini di penjara Abu Gharaib. Saya adalah adik-adik kamu pada jalan Allah (Fatimah). Mereka telah memperkosakan kami lebih dari sembilan kali dalam satu malam. Bolehkah kamu memahaminya?
Bayangkanlah salah seorang daripada adik-adikmu diperkosakan. Kenapa kamu semua tidak boleh membayangkannya, sedangkan saya adalah adikmu. Bersama-sama saya terdapat 13 orang gadis yang lain, kesemua mereka belum berkahwin. Kesemua mereka telah diperkosakan di hadapan mata dan telinga setiap orang. Mereka tidak membenarkan kami menunaikan solat.
Mereka membuang pakaian kami dan tidak membenarkan kami memakainya. Semasa saya menulis surat ini, salah seorang daripada gadis tersebut telah membunuh diri. Beliau telah diperkosa secara rakus dan zalim. Seorang tentera telah memukul dada dan pinggangnya setelah beliau memperkosakannya. Beliau telah dijadikan mangsa penderaan dan penyiksaan.
Beliau telah menghantuk kepalanya ke dinding sehingga beliau mati, kerana beliau tidak dapat menahannya lagi, walaupun membunuh diri adalah haram menurut Islam. Tetapi saya memaafkan gadis tersebut. Saya juga berharap agar Allah SWT mengampun segala dosanya, kerana Dia adalah Maha Pengampun!
Saudaraku! sekali lagi ingin saya katakan, takutlah kepada Allah! Bunuhlah kami bersama-sama dengan mereka agar kami dapat menikmati keamanan. Tolonglah! Tolonglah! Tolonglah! [Wa Mu'atasima!]”
.........................................................
Surat dari penjara Abu Gharib ini mungkin telah lama diketahui oleh kebanyakan orang..namun kesedaran pada diri nampaknya masih belum timbul.
Ayuh bangunlah saudara sejenisku, gegarkan malam kita dengan pertemuan bersama Pencipta sebelum kita digegarkan oleh penderhaka penghuni neraka.
Dari segi sejarah, syariat ibadat haji telah dibawa oelh junjungan besar Nabi Muhammad SAW sebagai membaharui dan menyambung ajaran Nabi Allah Ibrahim AS. Ibadat haji mula diwajibkan ke atas umat Islam pada tahun ke-6 Hijrah, dengan turunnya ayat 97 surah Al- Imran yang bermaksud:
"Dan Allah Taala mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu dan berkuasa sampai kepada-Nya dan sesiapa yang kufur dan ingkar kewajipan itu, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya dan tidak berhajatkan sesuatu pun daripada sekalian makhluk"
Pada tahun tersebut, Rasulullah SAW bersama-sama lebih kurang 1500 orang telah berangkat ke Kota Makkah untuk menunaikan fardhu haji tetapi tidak dapat mengerjakannya kerana telah dihalang oleh kaum Quraisy hingga wujudnya satu perjanjian yang dinamakan perjanjian Hudaibiah.
Perjanjian itu membuka jalan bagi perkembangan Islam iaitu pada tahun berikutnya (tahun ke-7 Hijrah), Rasulullah telah mengerjakan Umrah bersama-sama 2000 orang umat Islam. Pada tahun ke-9 Hijrah barulah ibadat haji dapat dikerjakan apabila Rasulullah SAW mengarahkan Saidina Abu Bakar al-Siddiq mengetuai 300 umat Islam mengerjakan haji.
Rasulullah SAW hanya berkesempatan menunaikan fardhu haji sekali sahaja seumur hidup baginda. Haji itu dinamakan "Hijjatul Wada' ", kerana selepas haji itu tidak berapa lama kemudian baginda pun wafat. Baginda telah berangkat ke Madinah al-Munawwarah pada hari sabtu, 25 zulkaedah tahun 10 Hijrah bersama isteri dan sahabat-sahabat baginda seramai 90,000 orang.
Baginda telah menyempurnakan amalan-amalan sunat ihram, memakai ihram dan berniat ihram di Zulhulaifah, sekarang dikenali dengan nama Bir Ali, 10km daripada Madinah dan baginda sampai ke Makkah pada 4 Zulhijjah setelah mengambil masa 9 hari dalam perjalanan. baginda berangkat ke Mina pada 8 Zulhijjah dan bermalam disitu. kemudian ke Arafah untuk berwukuf pada 9 Zulhijjah yang jatuhnya pada hari jumaat. Rasulullah SAW telah menyempurnakan semua rukun dan wajib haji hingga 13 Zulhijjah dan pada 14 Zulhijjah, baginda telah berangkat meninggalkan Makkah Al-Mukarramah menuju balik ke Madinah
al-Munawwarah.
- Sumber: Sinar Rohani
Salam ...
Semua pelajar Jabatan Dakwah dan Kepimpinan boleh load nota exm disini..
Soalan Past Years
Selamat menjawab exam semua
Wassalam
Jangan biarkan darah berlumuran, airmata berlinangan, mayat bergelimpangan kelak tiada lagi secebis keamanan. Kata-kata perlu diasimilasikan demi menjaga keamanan sejagat. Sekiranya dulu kita ada liga bangsa untuk menjaga keamanan tapi setelah berlaku perang dunia kedua pertubuhan bangsa-bangsa bersatu telah diwujudkan. Apakah ini adalah kelemahan liga bangsa? Sama-sama kita fikirkan PBB masih wujud namun perang yang berlaku di
Artikel 2(4) menetapkan bahawa sesebuah negara tidak boleh melakukan kekerasan ataupun ketenteraan ke atas sesebuah negara. Tanggal 14 oktober 1945 menjadi saksi revolusi yang mungkin menjadi transformasi untuk keamanan dunia. Namun,
60 tahun dijajah,namun tiada sebarang tindakan signifikan bagi mengembalikan keamanan di negara Palestin. Heterogen diplomasi dijalankan namun apa yang dijumpai hanyalah jalan kebuntuan bukannya jalan penyelesaian. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Kepayahan dan penderitaan yang dialami oleh mereka haruslah dirasai oleh kita semua. Islam sendiri menyatakan bahawa semua umat Islam itu bersaudara seiring dengan firmanNya dalam surah al-Hujrat ayat 10 :
انما المؤمنون ٳخوة فأصلحوا بين أخويكم واتقوا الله لعلكم ترحمون
Mafhumnya: Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, maka damaikanlah di antara keduanya yang berselisih dan bertaqwalah kepada ALLAH agar kamu mendapat rahmat…
Wahai pejuang-pejuang agama ALLAH, Bangkitlah!! Bangunlah !! marilah sama-sama kita bersatu menumpaskan kezaliman agar keamanan yang diimpikan menyelubungi pelosok dunia ini… Bantulah saudara-saudara kita yang masih lagi menikmati keperitan, kepedihan dan kesengsaraan akibat kekejaman tentera Zionis.. Siapa lagi yang mereka harapkan untuk membantu kalau bukan kita semua.…
NERAKA berasal perkataan Ibrani bermaksud unggun api menjadi tempat seksaan Allah yang dikhususkan untuk golongan ingkar kepada perintah-Nya ketika di dunia.
Di neraka, orang kafir termasuk golongan yang ingkar perintah Allah diseksa sebagai pembalasan seperti dijanjikan Allah SWT dalam firman bermaksud: "Wahai orang beriman jagalah dirimu, keluargamu daripada api neraka. Bahan bakarnya adalah manusia dan batu. Sedangkan penjaganya adalah malaikat yang gagah lagi bengis. Mereka tidak menderhaka Allah, mereka melakukan apa saja yang diperintahkan kepadanya." (Surah At-Tahrim: 6)
Api neraka berjuta kali panasnya berbanding api di dunia. Jika api itu jatuh ke bumi, walaupun sebesar hama, hancur lebur dunia ini. Itulah kepanasan api neraka yang tiada tolok bandingnya.
Tujuh nama neraka menanti golongan yang mendustai dan mengingkari perintah Allah SWT. Pembahagian tingkatan neraka menurut Syeikh Dahak Al-Ahbar yang kemudian dipersetujui ahli tafsir dan Usuluddin, antaranya Syeikh Qurthubi dan Imam Al-Ghazali ialah:
· Neraka Jahanam. Tingkat teratas. Neraka ini bermula dari tingkat paling atas sehingga ke terakhir (bawah). Ia seburuk-buruknya dan penghuni kekal di dalamnya.
Firman Allah SWT bermaksud: "Katakan kepada orang kafir; nanti kamu akan dikalahkan oleh orang Islam dan dihimpunkan kamu dalam Neraka Jahanam. Di sanalah tempat seburuk-buruknya." (Surah Al-Imran:12)
Begitu juga dalam surah An Nisa, ayat 169, Allah SWT berfirman: "Orang kafir dan orang aniaya, mereka tidak diampunkan Allah dan tidak pula ditunjukkan jalan melainkan ke Neraka Jahanam. Mereka kekal dalam neraka itu selamanya. Yang demikian itu mudah sekali bagi Allah".
· Laza adalah tingkat kedua yang dihuni pendusta agama Allah dan berpaling daripada ajarannya. Firman Allah bermaksud: "Sebab itu Kami beri khabar menakut kamu dengan Neraka Laza (neraka yang menyala-nyala). Tiada yang masuk ke dalamnya melainkan orang celaka, iaitu orang mendustakan agama dan berpaling daripadanya." (surah Al-Lail: 14-16)
· Huthamah ialah neraka tingkat ketiga tempat mereka yang lalai dalam mengerjakan perintah Allah kerana dipengaruhi harta dunia.
· Sa'ir ialah tingkat ke empat neraka dihuni mereka yang makan harta anak yatim. Mata dan telinga mereka menjadi buta dan pekak manakala kulitnya tebal seperti Jabal Uhud.
· Saqar ialah neraka tingkat kelima, antara penghuninya ialah orang tidak bersolat percaya kepada perkara bidaah, tidak memberi makan orang miskin dan tidak percaya kepada Hari Pembalasan.,
· Jahim neraka tingkat keenam. Penghuninya melakukan dosa besar seperti berzina, membunuh, mendustai agama Allah dan minum arak.
· Hawiyah ialah neraka paling bawah menempatkan orang memusuhi Nabi. Walaupun neraka ini paling bawah, apinya sangat panas. Firman Allah SWT bermaksud: "Siapa yang ringan timbangan, dia dilemparkan ke Neraka Hawiyah. Tahukah kamu apakah Neraka Hawiyah? Ia adalah api yang sangat panas. " (surah Al-Qariah: 8-11)
Salam Lebaran
Ikhlas dari Dr. Badli
Apakah pendapat anda tentang blog ini?
Search This Blog
Categorize
Portal Agensi
Akhbar Online
Contributors
Blog Archive
-
▼
2009
(108)
- ▼ 11/01 - 11/08 (4)
- ► 10/25 - 11/01 (2)
- ► 10/11 - 10/18 (1)
- ► 10/04 - 10/11 (1)
- ► 09/13 - 09/20 (2)
- ► 09/06 - 09/13 (9)
- ► 08/30 - 09/06 (13)
- ► 08/23 - 08/30 (32)
- ► 08/16 - 08/23 (1)
- ► 08/09 - 08/16 (9)
- ► 08/02 - 08/09 (13)
- ► 07/26 - 08/02 (21)