Kelebihan terawikh  

Posted by Rabeah Ab. Rahman in

KELEBIHAN SEMBAHYANG SUNAT TERAWIKH

Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadhilat (kelebihan) sembahyang sunat terawikh pada bulan Ramadhan:

Malam 1
Keluar dosa dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2
Di ampunkan dosa dosa orang mukmin yang sembahyang terawikh serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam 3
Berseru Malaikat di bawah 'Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawikh terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4
Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang orang yang membaca kitab kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al Quran.

Malam 5
Allah kurniakan baginya pahala orang orang yang bersembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjid Aqsa.

Malam 6
Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat batu dan tanah tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.

Malam 7
Seolah-olah ia mendapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi 'Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fir'aun dan Hamman.

Malam 8
Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawikh sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim "Alaihissalam.

Malam 9
Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan didunia dan di akhirat.

Malam 11
Kelauar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.

Malam 12
Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13
Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14
Datang Malaikat menyaksikan ia bersembayang terawikh, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15
Semua Malaikat yang menanggung 'Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16
Allah SWT tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

Malam 17
Allah SWT kurniakan orang yang berterawikh pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-nabi.

Malam 18
Seru Malaikat: Hai! Hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).

Malam 19
Allah SWT tinggikan darjatnya didalam Syurga Firdaus.

Malam 20
Allah kurniakan kepadanya pahala sekian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21
Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22
Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Mahsyar).

Malam 23
Allah Subhanahuwata'ala binakan kepadanya sebuah bandar didlam syurga daripada nur.

Malam 24
Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawikh malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

Malam 25
Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.

Malam 26
Allah kurniakan kepada orang berterawikh pahala pada malam ini seumpama 40 tahun beribadat.

Malam 27
Allah kurniakan orang berterawikh pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotulmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28
Allah SWT kurniakan kepadanya 1000 darjat diakhirat.

Malam 29
Allah SWT kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30
Allah SWT beri penghormatan kepada orang berterawikh pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman: "Hai hambaku: Makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan didalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammada S.A.W. yang bernama 'Al-Kauthar'".

Alunan Syahdu Di Malam Kemuncak  

Posted by Azlinda Mohd in

MALAM KESENIAN ISLAM (19 OGOS 2009)

Antara aktiviti kemuncak Program Latihan Amali Dakwah Muslim 2009 di Felda Gugusan Tersang adalah Malam Kesenian Islam yang telah diadakan di Masjid Felda Gugusan Tersang. Pelbagai persembahan yang dipertontonkan kepada penduduk setempat yang sesuai untuk semua peringkat umur dengan seruan dakwah Islam melalui suara-suara merdu para peserta LAD dan juga alunan suara daripada penduduk felda yang membuat persembahan. Antara persembahan tersebut ialah :

  • dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran oleh saudara Abdul Rahim bin Hasmam



  • persembahan Syuratul Dakwah oleh saudara Jumran, Nik Ahmad Shafie dan Mohd Idris





  • persembahan Qasidah dari peserta LAD (Perempuan)







  • persembahan Zanji daripada wakil kumpulan zanji Felda Gugusan Tersang





  • persembahan nasyid oleh pelajar lelaki dari SMK Tersang, di bawah bimbingan En. Nazri





  • persembahan Dikir Timuran Islam daripada peserta LAD (lelaki dan perempuan)



  • persembahan Busana Muslimah daripada pelajar perempuan SMK Tersang di bawah bimbingan saudari Nurul Fazreen binti Ahmad (peserta LAD)
Antara "Persembahan Kemuncak" pada Malam Kesenian Islam tersebut ialah apabila semua peserta LAD bersama-sama berkumpul dan mengalunkan nasyid Keluarga Bahagia khas untuk keluarga angkat yeng tersayang.

Penulis selaku AJK Sekretariat Kesenian semasa Program LAD tersebut mengucapkan syabas dan tahniah kepada Pengarah Sekretariat Kesenian iaitu saudari Nur Sahida binti Alias yang bertungkus lumus dalam menjayakan Malam Kesenian Islam tersebut dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Malam Kesenian Islam tersebut.

info kesihatan  

Posted by farihan in

Tips Kesihatan Menurut Islam…

LARANGAN-LARANGAN TERRHADAP AMALAN PERBUATAN DAN KEBIASAAN
YANG BOLEH MEROSAKKAN KESIHATAN TUBUH BADAN

1) Mandi setelah makan.
2) Sentiasa berada dalam keadaan keluh-kesah
dan berdukacita.
3) Berada dalam keadaan terlalu lapar.
4) Berjaga malam selain dari qiamullail.
5) Memakan daging yang tidak disembelih
mengikut hukum Islam.

FAKTOR-FAKTOR YANG MENGUATKAN TENAGA
TUBUH BADAN

1) Memakan daging.
2) Selalu menghidu bau-bauan yang sedap.
3) Banyak mandi yang bukan dari mandi kerana
jimak.
4) Sentiasa memakai pakaian yang diperbuat dari
kapas.
5) Mandi dalam keadaan perut yang sederhana,
tidak terlalu lapar atau terlalu kenyang.
6) Memakan makanan yang agak manis.

FAKTOR YANG BOLEH MENDATANGKAN
PENYAKIT

1) Bercakap banyak.
2) Tidur banyak.
3) Makan banyak.

FAKTOR YANG BOLEH MELEMAHKAN BADAN

1) Sentiasa berada dalam dukacita dan keluh
kesah.
2) Banyak minum air yang bercampur dengan air
liur kita sendiri.
3) Banyak memakan makanan yang serba masam.

SUPAYA BADAN SENTIASA SIHAT

1) Minumlah madu lebah asli yang dibubuhkan ke
dalam air sejuk (masak).
2) Sentiasa meminum air lebihan (baki) dari
wuduk.

BAGI MENAMBAHKAN KECERDASAN AKAL

1) Tinggalkan dari bercakap kosong.
2) Sentiasa bersugi.
3) Sentiasa bersama-sama dengan orang alim.

MAKANAN ATAU MINUMAN YANG TERJATUH
LALAT KE DALAMNYA, MAKANLAH, JANGAN
DIBUANG

Jika terjatuh lalat ke dalam makanan atau
minuman, hendaklah anda tenggelamkan
keseluruhan badannya ke
dalam makanan atau minuman itu, kemudian
ambil dan buangkan lalat itu. Ianya tidak racun
lagi/sudah selamat digunakan.

Ingat, jangan membazir, orang yang membazir itu
adalah saudara atau sahabat syaitan.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA
MENJADI PELUPA/MELEMAHKAN DAYA
INGATAN DAN KEFAHAMAN

1) Melihat pekara-pekara yang haram.
2) Membuang air kecil semasa sedang
menggosok gigi.
3) Meminum minuman atau memakan makanan
yang bercampur semut.
4) Tidak membaca Al-Quran.
5) Meminum atau memakan yang haram atau
yang diperolehi dengan cara yang haram.
6) Mengumpat dan mengata.
7) Terlalu memikir tentang wanita atau sebaliknya.
8) Asyik bercinta-cintaan (bukan cara Islam).
9) Terlalu memikirkan yang bukan-bukan.

10) Sentiasa berada dalam keluh kesah atau
dukacita.

LARANGAN DAN PERATURAN SELEPAS MAKAN

1) Di larang keras tidur selepas makan kerana
mendatangkan keras hati.
2) Hendaklah berjalan selepasnya sekurang-
kurangnya 40 langkah.
3) Sebaik-baik hendaklah bersembahyang
selepasnya supaya makanan mudah hadam.

SUPAYA AIR YANG DIMINUM MENDATANGKAN
KESIHATAN UNTUK BADAN SEBOLEH-
BOLEHNYA JANGAN MEMINUM AIR DI WAKTU-
WAKTU BERIKUT:

1) Selepas bersenam, bersukan atau melakukan
kerja-kerja berat.
2) selepas makan atau sebelumnya.
3) Ketika sedang makan.
4) Selepas memakan buah-buahan.
5) Selepas keluar dari bilik mandi.
6) Ketika terjaga dari tidur.

CARA TIDUR YANG SEBAIK-BAIKNYA
DIAMALKAN OLEH RASULULLAH S.A.W.

1) Tidurlah di awal malam sesudah menunaikan
sembahyang Isyak jam 10.00 atau 11.00 dengan
keadaan berwuduk.
2) Bangkitlah di awal separuh kedua malam jam
1.00 atau 2.00, kemudian bersugi, berwuduk dan
bersembahyang tahajjud.
3) Kemudian tidurlah semula dan bangkitlah
sebelum terbit fajar.
4) Tidurlah dengan mengiringkan badan di
sebelah rusuk kanan, rusuk kiri di bahagian atas,
supaya tetap kedudukan makanan di dalam usus,
cepat hadam makanan. Tidurlah sedemikian dari
mula hingga akhirnya.

WAKTU-WAKTU TIDUR YANG TIDAK DIBENARKAN

1) Awal-awal pagi setelah terbit matahari.
2) Selepas masuk waktu Asar.
3) Tidur di bawah cahaya matahari walaupun
terkena separuh dari badan.

BAHAYA TIDUR DI SIANG HARI

Dilarang tidur di siang hari di dalam keadaan
cuaca yang panas kerana:
1) Mendatangkan penyakit-penyakit kulit.
2) Merosakkan warna kulit.
3) Melemahkan jantung.
4) Menambahkan tekanan perasaan yang meluap.
5) Melemahkan badan dan mengurangkan tenaga
syahwat.
6) Melemahkan kecerdasaan akal.

CARA MENGHINDARKAN LESU SELEPAS
BANGKIT DARI TIDUR

1) Bersihkan tubuh, terutamanya bahagian muka,
tangan dan kaki sebelum masuk tidur.
2) Hindarkan dari tidur lewat malam.
3) Lakukan gerak badan dan senaman di atas
katil setelah jaga dari tidur sebelum turun dari
katil.
4) Minumlah segelas air masak setiap pagi
sebelum bersarapan tetapi jangan selepas saja
bangun dari tidur.
5) Cucilah muka terutama bahagian kelopak mata
dengan air suam.
6) Ambil wuduk dan bersembahyang Subuh.

PEKARA-PEKARA YANG BOLEH MELEMAHKAN
TENAGA DAN MEMPERCEPATKAN TUA

1) Terlalu banyak bercita-cita atau berangan-
angan.
2) Banyak minum air di waktu pagi.
3) Banyak memakan atau meminum yang seba
masam.

SEBAB-SEBAB UTAMA DITIMPA PENYAKIT
JANTUNG

1) Merokok yang berterusan.
2) Kolestrol yang berlebihan (punca yang utama).
3) Kurang tidur.
4) Sentiasa mandi di tengah malam.
5) Melakukan kerja secara berterusan.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA
LEMAH DAYA PENGLIHATAN

1) Melihat kepada benda-benda kotor.
2) Melihat kepada palang/salib.
3) Duduk dengan membelakangkan kiblat.
4) Berpagi dan berpetang dengan muka yang
muram.
5) Banyak menangis.

info kesihatan  

Posted by farihan in

Amalan Kesihatan Menurut Sunah


Dewasa ini pelbagai jenis penyakit timbul kesan dari pemakanan yang tidak sihat dan teratur. Setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati. Inilah janji Ilahi. Kesihatan antara kurnia Allah yang tidak ternilai harganya. Tanpa kesihatan, manusia sukar menjalani kehidupan dengan selesa. Oleh itu, kita perlu menjaga kesihatan. Dengan itu juga, seseorang dapat mengerjakan ibadah kepada Allah dengan sempurna. Demikianlah tingginya nilai kesihatan yang mempengaruhi kehidupan manusia. Ramai manusia hanya menyedari nilai kesihatan apabila mereka ditimpa penyakit. Ketika itu barulah mereka insaf bahawa kesihatan itu amat penting supaya kehidupan mereka tidak terganggu.



Menurut Islam, kesihatan tidak hanya terhad kepada aspek jasmani sahaja, malah mencakupi kesihatan batiniah atau rohaniah. Islam juga menolak pandangan yang menitikberatkan kesihatan rohani tanpa jasmani. Islam adalah agama seimbang dalam urusan duniawi dan ukhrawi. Contohnya dalam bab fiqah. Paling utama ditekankan ialah berkaitan toharoh iaitu kesucian seperti mencuci tangan sebelum menikmati hidangan. Islam juga menggalakkan umatnya melakukan aktiviti bersenam seperti berenang, memanah dan menunggang kuda. Pepatah Arab mengatakan: “Akal yang sihat itu terletak pada tubuh badan yang sihat.” Allah berfirman yang maksudnya: “Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai arak dan judi, katakanlah pada kedua-duanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat kepada manusia tetapi dosa kedua-duanya lebih besar daripada manfaatnya.” (al-Baqarah: 219)



Rasulullah sendiri menjadi teladan dan ikutan. Baginda sentiasa menjadi kesihatan tubuh badan serta menggalakkan amalan kebersihan sebagaimana sabdanya yang bermaksud: “Kebersihan itu sebahagian daripada iman.” Kebersihan itu amat penting dalam kehidupan manusia. Hayati maksud ayat ini: “Wahai sekalian manusia! Makanlah apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu.” (surah al-Baqarah: 68) Menurut hadith, banyak penyakit berpunca di perut iaitu menerusi makanan dan minuman. Islam tegas menetapkan bahawa makanan hendaklah halal dan baik (thoyibban). Dua syarat ini berjalan serentak. Ertinya walaupun sesuatu makanan itu halal, jika ia kurang baik kepada tubuh kita, maka hindarilah. Baik membawa maksud berzat dan bermutu (cara diproses dan dihidangkan) dami membawa kesihatan tubuh.



Jangan menurut jejak langkah syaitan kerana mengambil makanan yang haram (tidak disembelih atau tidak mengikut peraturan Islam). Ada makanan dan minuman dikatakan menyuburkan jasmani namun terbukti merosakkan rohani manusia. Ketika didatangi seorang tabib yang diutus oleh seorang raja, baginda menerangkan dalam petuanya bahawa: “Kami adalah satu kaum yang tidak akan makan jika lapar, dan jika makan, kami tidak makan sehingga terlalu kenyang.” Oleh itu, makan dan minumlah berpada-pada selagi halal dan baik. Berhenti sebelum kenyang supaya tidak membuat diri kita malas atau menimbulkan mudarat. Kini kita lihat ramai pesakit terlantar di hospital bukan kerana tidak cukup makan tetapi menanggung sakit akibat salah atau terlebih makan. Kita perlu menjaga kesihatan sebaik mungkin.Tiada yang lebih bermakna dalam kehidupan ini melainkan memiliki kesihatan mental dan fizikal yang sempurna.

 

Posted by yusra yusoff in

POSTER-POSTER YANG TELAH DIHASILKAN UNTUK PROGRAM L.A.D MUSLIM 2009


Salah Satu Poster Pertandingan yang Telah Diedarkan di FELDA Tersang 1,2 & 3.



Poster program yang dihasilkan ini adalah bertujuan untuk maklumat awal bagi seluruh penduduk Felda Tersang 1, 2 & 3 yang terlibat dalam Program Latihan Amali Dakwah Muslim 2009.

Poster ini telah ditampal di sekitar kawasan Program, di kedai-kedai dan di kawasan perumahan penduduk Felda Tersang. Poster2 telah diagih kepada anak-anak angkat (peserta) di setiap Felda Tersang 1,2 & 3. Kerjasama daripada semua pihak telah melancarkan urusan Unit Publisiti.

Jutaan Terima Kasih kepada mereka yang memberikan kerjasama...


 

Posted by Rabeah Ab. Rahman in

EMPAT HAL....

Empat hal yang boleh mendatangkan rezeki :
1. Bangun malam untuk solat.
2. Banyak istighfar menjelang fajar.
3. Biasakan memberi.
4. Biasakan diri berzikir.

Empat hal yang mencegah datangnya rezeki :
1. Tidur pada waktu pagi.
2. Jarang solat.
3. Malas.
4. Suka berkhianat.

Empat hal yang membuat wajah semakin segar :
1. Menjaga harga diri.
2. Menepati janji.
3. Pemurah.
4. Taqwa.

Empat hal yang menghilangkan keriangan wajah :
1. Berbohong.
2. Tidak tahu malu.
3. Terlalu sering bertanya perkara yang tidak perlu.
4. Sering melakukan maksiat.

Empat hal yang membuat badan menjadi kuat :
1. Memakai pakaian yang lembut.
2. Mandi dengan air hangat.
3. Makan makanan yang manis & berlemak.
4. Mencium wangi-wangian.

Empat hal yang member kesenangan dalam hati :
1. Melihat yang hijau-hijau.
2. Melihat air mengalir.
3. Melihat kekasih.
4. Melihat buah-buahan.

Empat hal yang mendatangkan kemarahan dan kebencian :
1. Takabbur.
2. Dengki.
3. Suka mengadu.
4. Bohong.

Empat hal yang merosakkan tubuh :
1. Cemas.
2. Sedih berpanjangan.
3. Lapar.
4. Kurang tidur malam.

Empat hal yang menambah daya pemahaman :
1. Hati yang bersih.
2. Tidak menjejalkan makanan & minuman ke dalam tubuh secara berlebihan.
3. Mengatur makanan yang baik dengan menambahkan makanan yang manis dan berlemak.
4. Membuang semua endapan makanan yang memudharatkan badan.

Empat hal yang membahayakan pemahaman dan kemampuan berfikir :
1. Ketagihan makan masam & buah-buahan.
2. Tidur terlentang.
3. Resah.
4. Susah hati.


Empat hal yang membuat badan sakit :
1. Terlalu banyak bercakap.
2. Terlalu banyak tidur.
3. Terlalu banyak makan.
4. Terlalu banyak berjimak.

Plato berkata : “Lima hal yang dapat melemahkan tubuh bahkan boleh membunuhnya ;
1. Jatuh miskin.
2. Berpisah dengan orang yang dicintai.
3. Terlalu banyak minum yang masam-masam.
4. Menolak nasihat.
5. Berkumpul bersama-sama orang bodoh mentertawakan orang-orang pandai.”

Al-Harith berkata : “Sesiapa yang ingin awet muda, bukan tidak mati dia perlu menyegerakan makan siang, menyegerakan makan malam, menipiskan selimut, mengurangi berjimak dengan isteri.”

 

Posted by Rabeah Ab. Rahman in

Sunat Memotong kuku...

Anas bin Malik, berkata: " Rasulullah saw menentukan waktu kepada kami tentang menggunting kumis, mengerat kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur ari-ari supaya jangan dibiarkan lebih dari empat puluh hari." ( Hadis Riwayat Muslim)

  • HARI SABTU : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.
  • HARI AHAD : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.
  • HARI ISNIN : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat.
  • HARI SELASA : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit.
  • HARI RABU : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
  • HARI KHAMIS : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
  • HARI JUMAAT: Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah swt.

Antara kenangan disepanjang program Latihan Amali Dakwah Muslim

18 Ogos 2009-24 ogos 2009. Semoga perjalanan program yang telah dilaksanakan

membawa seribu satu pengertian. Selamat Menyambut Bulan Ramadhan