TUNAIKAN 10 HAK.....
Pesanan Imam Syafie, sesiapa yang ingin meninggalkan dunia dengan selamat, hendaklah dia mengamalkan sepuluh perkara berikut:
1) Hak diri, iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan bercakap dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
2) Hak malaikat maut, iaitu mengqadakan kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan daripada orang yang dizalimi, membuat persediaan untuk mati dan rasa cinta kepada Allah swt.
3) Hak kubur, iaitu membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang air kecil merata-rata, memperbanyakkan solat tahajud dan membantu orang yang dizalimi.
4) Hak Munkar Nankir, iaitu tidak berdusta, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
5) Hak mizan, iaitu menahan marah, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesulitan.
6) Hak sirat, iaitu membuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.
7) Hak Malik, iaitu banyak menangis kerana takutkan azab Allah swt, berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa, bersyukur dengan nikmat Allah swt dan bertaubat daripada maksiat.
8) Hak Ridhwan, iaitu reda dengan qada Allah swt, sabar terima bala, syukuri hikmat Allah swt dan bertaubat daripada maksiat.
9) Hak Rasulullah, iaitu berselawat ke atasnya, berpegang dengan syariat, bergantung dengan sunnah, menyayangi sahabat dan bersaing mencari kelebihan Allah swt.
10) Hak kepada Allah, iaitu mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia daripada kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci maksiat.

L.A.D MUSLIM KEMBALI LAGI... 2009
Sekretariat Publisiti LAD Muslim 09 bertungkus-lumus menyiapkan Banner, Vest untuk peserta Ijazah, Master & PhD yang terlibat, mengedar & menampal poster2 di Fakulti Pengajian Islam & lokasi sasaran iaitu di FELDA Tersang, Raub...
Setiap peserta memberi kerjasama yang baik dalam pemberian saiz baju serta bertimbangrasa dari segi pembayaran baju yang ditempah. Banner pula dapat disiapkan dalam masa seminggu sahaja. LAD Muslim kali ini menyediakan 4 banner. Banner akan digantung di Fakulti Pengajian Islam (FPI) UKM, di FELDA Tersang, Kg Belau & Kg Kuala Koyan.
Poster juga telah ditampal di Fakuti sebagai hebahan untuk masyarakat sekeliling. Selain itu, Unit Publisiti juga turut meng'iklan'kan program ini di " Digital Board" UKM yang berada di hadapan pintu masuk utama UKM, Bangi.
Dengan adanya hebahan seperti ini, penghuni UKM khususnya di Fakulti Pengajian Islam dapat mengetahui program yang kami akan adakan.
POLISI SEKRETARIAT DISIPLIN DAN KESELAMATAN
PEMAKAIAN SEMASA PROGRAM
· Pakaian muslimin dan muslimat mestilah mengikut syariat Islam.
· Bagi muslimin :-
1) Memakai t-shirt berkolar semasa program berlangsung.
2) Memakai pakaian yang sesuai semasa solat.
3) Memakai kasut bertutup semasa majlis rasmi.
· Bagi muslimat :-
1)Memakai pakaian yang menutup aurat sepanjang masa.
2)Memakai t-shirt yang besar dan longgar. Berlengan panjang semasa sukan berlangsung.
KOMITMEN SEPANJANG PROGRAM
· Mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak MT dan disiplin.
· Mematuhi masa yang telah ditetapkan oleh setiap unit program.
· Memberi kerjasama yang baik kepada setiap unit yang terlibat.
· Semua AJK bertanggungjawab kepada setiap unit yang telah dilantik.
Salam..
Perhatian kepada semua pelajar tutor kelas 11.00am -12.00 tgh, sahabat diminta bersama-sama mengemukakan soalan soal selidik untuk kegunaan kuliah bagi menambah baik blog ini pada masa akan datang. Soalan yang dikemukakan bolehlah dihantar menerusi komen didalam blog ini. Kepada pembaca blog juga, anda dialu-alukan untuk berkongsi dalam mengemukakan soalan soal selidik tentang blog ini untuk kegunaan pihak kami..
Selain itu sahabat juga diminta untuk post segala yang berkaitan aktiviti LAD Muslim yang telah diadakan dan juga artikel tentang Islam. Pada hari khamis senarai nama akan diberi kepada pensyarah untuk rujukan. Harap sahabat boleh memberikan kerjasama.. Segala kerjasama amatlah dihargai
Sekian harap maklum
LATIHAN ASAS SUKARELAWAN AL-FALAH
15-17 OGOS 2009
Sebelum bertolak ke Felda Tersang bagi melaksanakan Latihan Amali Dakwah, kami sebelum itu dibekalkan dengan persediaan diri melalui program Latihan Asas Sukarelawan Al-Falah di bawah kendalian pihak Sukarelawan Al-Falah, YADIM. Bertempat di Dusun Eco Resort & Training Village, Bentong, Pahang kami dilatih dengan pelbagai aktiviti yang menguji ketahanan mental, fizikal serta spiritual.
Pada hari pertama program, kami banyak didedahkan berkenaan Sukarelawan Al-Falah melalui tayangan video serta ceramah yang disampaikan oleh pihak Sukarelawan Al-Falah. Pada sebelah malamnya pula, bermula aktiviti kembara yang mencabar mental dan fizikal peserta. Di sini, kami dilatih untuk menjadi lebih berani, sabar dan tawakal dalam menghadapi mehnah dan ujian. Perjalanan yang sukar mendidik kami agar lebih percaya dan wala’ kepada pemimpin dihadapan yang memberi arahan. Kerjasama antara pasukan juga amat dititikberatkan bagi memastikan semua ahli selamat dan berjaya mengatasi halangan.
Hari kedua diteruskan dengan pengisian minda sebagai tambahan ilmu. Beberapa slot ceramah yang disampaikan banyak membantu para peserta meningkatkan kecerdasan pemikiran serta menambahkan kefahaman perserta berkaitan aspek sukarelawan, antaranya seperti ceramah yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Badlihisham Mohd Nasir berkenaan ‘Sukarelawan Dalam Islam’. Selain itu kesedaran yang ditimbulkan oleh Tuan Mohamad Noor Abd. Rahman selaku Komander Al-Falah melalui ceramahnya ‘Marilah Menuju Kejayaan’ bagaikan menggerak dan memandu peserta untuk memacu kejayaan.
Sekali lagi minda peserta diasak untuk bangkit apabila ‘Tanggungjawab Sebagai Muslim’ dilontarkan oleh Ustaz Abdul Latif Bin Haji Mohd Yunus (Penolong Komander Kanan Sukarelawan Al-Falah). Agenda-agenda Yahudi untuk menghancurkan Islam dibentangkan sebagai tamparan bagi menimbulkan kesedaran peserta. Peranan sebagai remaja muslim dijelaskan baik dari sudut fardhu ain serta fardhu kifayah.
Setelah dibangunkan minda melalui sesi ceramah yang diadakan, pada sebelah petangnya kekuatan fizikal peserta pula dibina melalui latihan kawad yang diadakan. Walaupun kelihatan agak santai, namun di sini sebenarnya peserta cuba dididik untuk lebih berdisiplin dan patuh pada arahan komander. Selain itu, kesamaan dalam pergerakan sebetulnya memupuk sifat bekerjasama antara satu sama lain.
Suanana malam peserta kemudiannya ditenangkan melalui slot Motivasi “Nur Ilahi”. Keadaan yang membawa peserta menghayati situasi kematian berjaya meruntun hati semua. Realiti yang mungkin berlaku di mana kematian yang akan menjemput sama ada diri ibu, bapa atau peserta sendiri menyedarkan peserta betapa pentingnya persedian rapi dibekalkan sebelum bertemu dengan Pencipta segala makhluk.
Sedikit terkilan apabila aktiviti yang dirancang para urusetia kemudiaannya tidak dapat diteruskan berkaitan keadaan cuaca yang tidak menentu. Hujan yang lebat mendorong para urusetia merencanakan gimik menarik untuk peserta ‘istimewa’. Hampir tengah malam, semua peserta dipanggil memasuki dewan. Keadaan urusetia yang berang, membibitkan kerisauan di hati peserta. Beberapa nama dipaparkan di skrin dengan alasan banyak melakukan kesalahan sepanjang program. Dalam kegentaran, 2 peserta wanita dan 3 peserta lelaki diberi ruang menyatakan kesalahan masing-masing.
Apa yang terjadi...wait n see k..
Sukarelawan Al-Falah ialah sebuah pasukan beruniform yang berorientasikan kebajikan, keagamaan, disiplin dan kesedaran kepada perjuangan untuk agama, bangsa dan negara. Anggotanya terdiri daripada pelbagai peringkat masyarakat yang berumur 15 tahun ke atas. Demi meningkatkan daya kepimpinan, kemahiran, kecerdasan, daya tahan fizikal dan mental serta kefahaman mengenai ketamadunan Islam, para anggotanya diberi latihan dan galakkan berdedikasi dan sentiasa bersiap sedia untuk memberi khidmat kepada agama dan kemanusiaan. Para peserta diberikan motivasi dan galakan supaya menjalankan kerja-kerja kebajikan dari semasa ke semasa. Dari segi kesedaran perjuangan bangsa, mereka dilatih dengan kesedaran dan kemahiran untuk membina jatidiri sebagai khairu ummah.
Objektif
• Membina generasi yang berpegang teguh kepada agama, berdisiplin dan bertanggungjawab.
• Bergiat dalam lapangan yang mendatangkan faedah dan kebaikan kepada diri dan masyarakat.
• Menjadi pemangkin kepada pembangunan negara ke arah mencapai matlamat wawasan 2020.
• Bergiat dalam lapangan ilmu pengetahuan.
• Pelindung kepada perjuangan memartabatkan bangsa dan menegakkan agama.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari:
http://www.yadim.com.my/yadim/Al_falah.asp
http://www.alfalah.yadim.com.my/
pada tanggal 20hb ogos akhirnya sukan dan sukaneka dapat dijalankan walaupun pelbagai halangan dan rintangan.tidak tertanggung rasanya bahu ini memikul tanggungjawab sebagai ketua.tp alhamdullillah dengan pertolongan sahabat-sahabat yang pic dan bukan pic bagi acara tersebut turun sama-sama ke padang bagi menjayakan aktiviti sukan tersebut.
alkisahnya begini acara sukaneka mengikut tentatif program akan diadakan pada pukul 2.30 hingga 4.30. disini saya termenung panjang memikirkan siapakah yang akan main bagi acara kanak-kanak kerana pada waktu tersebut budak-budak berada di sekolah. tapi sebenarnya saya tidak perlu memikirkan macam masalah dunia.hal ini kerana sekiranya kanak-kanak tiada orang dewasa kan ada malah pelajar-pelajar sendiri tiada masalah untuk join sama.buktinya pada itu memang ternyata sukaneka acara kanak-kanak dimainkan oleh ibu kanak-kanak bergabung dengan pelajar ukm sendiri.terima sahabat-sahabat yang menjadi pic pada petang itu.kalau tidak mesti lagi serabut kepala saya.
seterusnya acara sukan pada pukul 5 hingga 6 ditangguhkan kepada 6 hingga 7. saya fikir sempatnya bola sepak dengan tarik tali, bola jaring dengan bola tampar..aduh rungsing lagi sekali kerana waktu yang sepatutnya digunakan untuk ceramah dadah..pada masa yang sama pemain untuk bola tampar wakil felda tidak muncul tiba begitu juga dengan pemain bola tampar wakil ukm..runsing lagi.. tapi Allah Maha Berkuasa Mak Jah dari felda 1 menyatakan ada wakil untuk bola tampar yang mana team mereka main untuk dua acara sekali iaitu bola tampar dan bola jaring.lega hati ini.
bagi acara sukan bermula dari 6 hingga maghrib.ukm ada mengambil beberapa wakil orang asli dari kuala koyan termasuk bapa angkat saya iaitu Malek a/l Wah untuk sama-sama bermain dalam acara bola sepak, kerana mereka boleh dikatakan handal di padang tapi ukm pun tidak kurang hebatnya. bertemu pula dengan wakil felda yang telah menang 10 kali berturut-turut juga tidak kurang hebatnya.alhamdulillah ukm menang hasil gabungan orang asli dan juga wakil ukm.
walaupun hari kejadian saya jadi serabut alhamdulliah sahabat-sahabat tidak serabut, mereka menolong saya bagi menjayakan aktiviti tersebut dari sukaneka hinggalah mengemas padang yang bersepah dengan sampah..penyampaian hadiah juga berjaya pada pandangan mata saya walaupun begitu pantas masa berlalu.jutaan terima kasih sahabat-sahabat.
akhirnya dipendekkan cerita walau banyak rintangan dan halangan semasa program tetapi dengan semangat kerjasama sahabat-sahabat, pihak sekolah yang bagi pinjam padang,wakil-wakil felda,pensyarah-pensyarah,pihak masjid dan sebagainya program dapat berjalan dengan baik.semoga Allah membalas jasa orang-orang yang telah membantu saya.aminn
nak tau sapa pemenang-pemenang acara sukan dan sukaneka???tunggu ye....insyaallah bersambung....assalamualaikum
Salam Lebaran
Ikhlas dari Dr. Badli
Apakah pendapat anda tentang blog ini?
Search This Blog
Categorize
Portal Agensi
Akhbar Online
Contributors
Blog Archive
-
▼
2009
(108)
- ▼ 11/01 - 11/08 (4)
- ► 10/25 - 11/01 (2)
- ► 10/11 - 10/18 (1)
- ► 10/04 - 10/11 (1)
- ► 09/13 - 09/20 (2)
- ► 09/06 - 09/13 (9)
- ► 08/30 - 09/06 (13)
- ► 08/23 - 08/30 (32)
- ► 08/16 - 08/23 (1)
- ► 08/09 - 08/16 (9)
- ► 08/02 - 08/09 (13)
- ► 07/26 - 08/02 (21)