Allah Azza Wa Jalla Berfirman maksudnya:
"Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan atas kamu puasa ( Ramadhan ) sebagaimana telah diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu." (Al-Baqarah:183)
Dari Sa'id bin Jubair, "Puasa orang sebelum kita dalah dari waktu Isyak sampai menjelang malam berikut sebagaimana dalam permulaan Islam."
Al-Bughawi menyatakan, "Yang benar adalah bahawa Ramadhan itu adalah nama sebuah batu yang dipanaskan. Kerana mereka berpuasa di waktu yang amat panas." Dan dikatakan juga, " Kerana Ramadhan itu dapat membakar dosa."
Puasa Ramadhan itu diwajibkan pada tahun kedua setelah hijrah dan kafirlah orang yang menentang akan kewajipannya. Dalam soal ini banyak disebut dalam Hadis Nabi s.a.w. Antara lain, sabda baginda:
"Ketika malam pertama bulan Ramadhan, semua pintu yang ditutup. Dan Allah memerintahkan jurupanggil yang memanggil, "Wahai pencari kebaikan, menghadaplah! Wahai pelaku kejahatan, hentikanlah!" Kemudian dia berkata, "Setiap yang mohon ampun akan diampuni, setiap yang meminta akan dipenuhi permintaannya dan setiap yang bertaubat akan diterima taubatnya." Tak hentinya dia selalu menyatakan demikian sampai datang subuh dan setiap malam 'Idul Fitri, Allah membebaskan satu juga Orang dari Neraka yang semestinya mendapat seksa."
Dalam Hadis yang lain Nabi s.a.w bersabda:
"Siapa berpuasa pada bulan Ramadhan kerana iman dan mengharapkan redha Allah, akan diampuni dosanya yang terdahulu dan kemudian."
Sabda baginda lagi:
"Setiap amal manusia itu untuknya kecuali puasa ia adalah untuk-Ku dan Aku sendiri membalasnya."
Sabdanya lagi:
"Di bulan Ramadhan, umatku telah diberi lima hal yang tidak diberikan kepada umat sebelumnya. bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi di sisi Allah daripada keharuman misik, para malaikat memohon ampun untuk mereka sampai mereka berbuka, juga pada bulan itu syaitan diikat dan setiap hari Allah menghiasi Syurga dan berkata, "Hamba-hambaku yang soleh dihindarkan dari keburukan dan penyakit." Serta Allah mengampuni mereka pada akhir malam dari bualan Ramadhan."
Dikatakan, "Wahai Rasulullah, apakah itu malam Lailatul Qadar?"
Rasulullah s.a.w menjawab:
"Tidak, akan tetapi orang yang beramal akan diberikan upahnya setelah selesai dia bekerja."
Pertandingan ini juga telah diadakan di Masjid Tersang. Ia telah di mulakan tepat jam 3 petang. Seramai 8 peserta telah melibatkan diri dalam pertandingan ini. Masa yang diberikan kepada para peserta adalah selama 1 jam sahaja. Masa yang singkat ini melatih para peserta untuk bersifat penuh kesabaran. Disamping itu juga ia melahirkan sifat teliti dalam menghasilkan sesuatu gubahan tersebut. Ukiran halus daripada para peserta menjadikan pertandingan ini sebagai tempat singgahan para penonton yang tertarik dengan kekreatifan yang dihasilkan oleh para ibu melalui gubahan. Tidak ketinggalan juga, pertandingan ini turut disertai oleh wakil dari UKM iaitu Nik Ahmad Syafi'i bin Raja Daud. Pertandingan ini juga merupakan salah satu antara gerakan dakwah yang dijalankan dalam program LAD Muslim

Sebenarnya pertandingan yang diadakan ini juga adalah sebahagian bentuk gerakan dakwah. Apa yang ingin ditonjolkan disini adalah sifat sabar para peserta dalam menghasilkan sesuatu gubahan. Tiadanya persaingan dan sifat dengki dalam pertandingan dan sebagainya

- Seputih salju semerah kalbu
-Mawarku
-Bunga Citra Lestary.
Pertandingan yang diadakan ini juga mempunyai persamaan objektif dengan perandingan I-Novatif yang lain. Disamping merapatkan lagi silahturrahim, pertandingan ini juga memberikan sedikit sebanyak ilmu kepada para peserta LAD Muslim disamping meraka menjalankan misi dakwah kepada peserta pertandingan yang terlibat
SELASA (18 OGOS 2009) PETANG
Manakala disebelah petang pula telah diadakan pertandingan Jom Berkarya dan I-Novatif. Kedua-dua pertandingan ini telah berlangsung serentak di dua tempat yang berbeza.
Pertandingan Jom Berkarya
Program ini telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tersang dimana terdiri daripada 3 buah pertandingan yang terbuka kepada peringkat menengah atas dan bawah.
Antara yang dipertandingkan adalah
- Pertandingan berbalas pantun
- Pertandingan Sajak
- Pertandingan Karikatur (Menengah atas, menengah bawah dan sekolah rendah)
Antara peserta yang
menyertai pertandingan sajak
Pada hari Isnin bermulanya perjalanan program di Felda Tersang. Setibanya kami dari Dusun Eco Resort Bentong, Pahang, peserta Lad terus membuat persiapan untuk majlis Perasmian dan Penyerahan Anak Angkat yang diadakan di Masjid Tersang. Majlis dirasmikan oleh Dato' Abdullah Bakar.
Sebanyak 43 buah keluarga bersetuju menjadikan kami pelajar Jabatan Dakwah dan Kepimpinan sebagai sebahagian daripada keluarga mereka..
Di sebelah malam pula telah berlangsung sebuah ceramah yang bertajuk "Dakwah Masyarakat Berjiran" Ia dikendalikan oleh Dato' Shamsul Najmi sebagai seorang moderator dan dua orang panel. Ceramah yang berlangsung selama hampir dua jam tidak menjemukan para pendengar kerana ia diselitkan dakwah yang berunsur mencuitkan hati para hadirin. Selesai sahaja program, para hadirin yang hadir dijamu dengan jamuan makan.
SELASA (17 OGOS 2009)
9.00 pagi : Program bermula dengan Latihan Dalam Kumpulan (LDK 1) iaitu sesi Taaruf
bersama pelajar. Sesi ini dimulakan sementara menunggu kedatangan penceramah
iaitu Dr. Razak yang bakal membentangkan ceramahnya yang bertajuk "Manual
Belajr Bestari". Ia telah dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tersang.
Pelajar memberikan fokus ketika ceramah berlangsung
Bakal bersambung.....
Salam Lebaran
Ikhlas dari Dr. Badli
Apakah pendapat anda tentang blog ini?
Search This Blog
Categorize
Portal Agensi
Akhbar Online
Contributors
Blog Archive
-
▼
2009
(108)
- ▼ 11/01 - 11/08 (4)
- ► 10/25 - 11/01 (2)
- ► 10/11 - 10/18 (1)
- ► 10/04 - 10/11 (1)
- ► 09/13 - 09/20 (2)
- ► 09/06 - 09/13 (9)
- ► 08/30 - 09/06 (13)
- ► 08/23 - 08/30 (32)
- ► 08/16 - 08/23 (1)
- ► 08/09 - 08/16 (9)
- ► 08/02 - 08/09 (13)
- ► 07/26 - 08/02 (21)

